EPILOG 👑

7.3K 286 51
                                    

Siapa sangka, orang yang dahulunya nampak seperti sukakan orang lain, menjadi milik kita. Tiada siapa yang mampu meramal masa hadapan.

Jodoh pertemuan, ajal dan maut, juga rezeki terletak di tangan ALLAH yang maha Esa. Kita hanya mampu merancang, tetapi ALLAH yang menentukan segalanya.

Iman menoleh ke arah Irfan yang tenang memandu kenderaan menuju ke Kelantan. Seraut wajah Irfan ditenung lama. Dia mempunyai mata yang menarik. Alis matanya sedikit lentik. Hidungnya mancung. Bibirnya terletak elok.

Dia bukan menyukai Irfan kerana itu. Dia menyukai Irfan kerana sikap lelaki itu. Lelaki yang paling kuat membebel. Jarang lelaki membebel tau. Seorang lelaki yang cengeng, tanpa langsung berlagak kuat untuk menutupi rasa sedihnya. Dia jenis yang unik.

Senyum Iman terukir mekar. Dia bersyukur.

"Kenapa senyum sensorang?" Lamunan Iman berkecai di situ apabila suara Irfan memecah kesunyian kereta itu. Iman menggeleng laju. Lekas dia membuang pandang ke luar tingkap. Malu kerana sudah tertangkap merenung Irfan.

"Honey..."

"Honey bunny.." Irfan masih memanggil Iman apabila isterinya itu langsung tidak memandang ke arahnya. Iman mengeluh perlahan. Dia terus menoleh ke arah Irfan.

"I asked you just now."

"Takde apa. Salah eh kalau nak tengok suami sendiri?" Jawab Iman selamba walaupum hatinya tiada siapa yang tahu. Irfan ketawa kecil. Tangan Iman digenggam erat.

"Tak salah, honey." Irfan bersuara lembut. Iman meremang. Kalau dia singa pun aku meremang. Dia sweet macam ni pun meremang jugak? Imam kaku. Genggaman ditangannya langsung tidak dibalas. Masih janggal. Bukan mudah untuk adapt suasana yang baharu. Alam rumahtangga yang baru beberapa hari dijejak bukan mudah untuk diadaptasi. Kadangkala suasana disulami dengan kejanggalan. Mungkin, sebulan atau bulan, rasa janggal itu bakal hilang.

"Tahu tak?"

"Tahu apa?" Irfan mendiamkan diri. Sengaja membiarkan Irfan dipenuhi tanda tanya.

"Tahu apa?" Iman bertanya lagi. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.

"Kita dah nak sampai." Beritahu Irfan diiringi dengan gelak ketawanya. Iman merengus geram. Ditarik tangannya dari genggaman Irfan. Sebal! Suka je main-main. Iman memeluk tubuhnya.

"Okay. Okay. Ini serius. Nak tahu tak?" Sekali lagi Irfan bertanya. Dia menahan tawanya.

"Tak nak." Irfan ketawa kecil. Comel je kalau merajuk!

"Ini serius. Tak main-main dah. Nak tahu tak?"

"Hmmm apa dia?" Jawab Iman kononnya tidak berminat.

"Aku sayang kau." Irfan mengenyitkan matanya. Tak semenanya bibir Iman terlakar sebuah senyuman. Hatinya berbunga bahagia. Pipinya membahang.

"Sweet talker!" Iman menepuk bahu Irfan sedikit kasar. Irfan hanya ketawa saat itu. Hatinya juga bahagia. Tidak sampai beberapa minit selepas itu, akhirnya mereka tiba di rumah kawan Iman.

Mereka berdua mula menapak keluar dari perut kereta dan mengutarakan salam. Salam mereka bersambut. Pintu rumah kelihatannya dibuka dari dalam.

"Jemputlah naik, Kak Iman." Cempaka mengajak Iman. Dia senyum bahagia saat melihat Iman yang sudi bertandang ke rumahnya. Sungguh dia rindu akan wanita yang pernah menolongnya dahulu.

"Ajaklah suami kak Iman sekali." Pelawa Cempaka lagi. Dia mendongak. Matanya lekas membulat. Lidahnya kelu secara tiba-tiba. Nadim! Bisik hati kecilnya.

Irfan juga kelu. Tak disangka, destinasi yang ingin dituju oleh Iman adalah rumah Cempaka. Destinasi Iman sama seperti destinasinya. Tetapi bagaimana Iman boleh mengenali Cempaka?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 26, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now