BAB 7👑

3.7K 256 24
                                    

"Angsana..." Cempaka yang sedang melongo di luar rumah tersentak apabila namanya disebut oleh Nadim. Terus sahaja dia bangkit dan berdiri tegak bak askar pencen. Matanya memandang ke lantai. Tidak yakin untuk mmemandang ke depan.

"Mak Teh panggil awak." Beritahu Nadim. Cempaka memgangguk laju. Langkahnya diatur laju sehingga dia tersadung bendul rumahnya. Jatuh tergolek Cempaka dihadapan Nadim.

"Angsana okay?" Nadim mendekati Cempaka. Dia mendekati Cempaka untuk memeriksa keadaan gadis itu, namun Cempaka cepat sahaja bangkit dan berlari ke dapur bak lipas kudung. Cepat aje menghilang. Nadim ketawa kecil. Gadis itu mencuit hatinya.

Nadim melabuhkan punggungnya diatas tangga rumah itu. Sempat lagi lamunanya bertamu.

Mimpi yang kian malam hadir dalam lenanya menguatkan lagi andaiannya bahawa dia dan Cempaka mempunyai hubungan.

Disebabkan nama Cempaka juga, dia mengingati namanya. Ya, Namanya Nadim Afham muncul dalam benaknya setelah mendengar nama Cempaka; Cempaka Angsana.

Nadim sangat yakin, Cempaka merupakan sebahagian daripada hidupnya.

Dalam mimpinya, Nadim sangat mesra bersama Cempaka. Bergelak tawa bersama dan yang paling dia ingati, baik kata seorang lelaki yang samar-samar sahaja kelihatan wajahnya menyatakan 'selamat pengantin baharu' buat dia dan Cempaka.

Adakah aku dan Cempaka suami isteri? Bisik Nadim perlahan. Nadim yakin mimpi itu merupakan sebahagian daripada ingatannya. Maka benarlah, aku dan dia mempunyai ikatan yang sah?

Namun kenapa Cempaka seakan menjauh darinya? Dia bukan tidal berusaha untuk mendekati Cempaka, namun Cempaka selalu melarikan diri daripadanya. Apatah lagi sekarang ini Cempaka tinggal di rumah neneknya. Nadim mengeluh.

"Nadim..." Lamunanya melayang apabila Cempaka muncul disebelahnya.

"Ya?"

"Boleh tolong orang tak?" Tanya Cempaka dengan teragak-agak. Dia merenung wajah Nadim, namun kantoi dek bertentangan mata dengan lelaki itu. Segera dilarikan anak matanya. Jantungnya usah cakaplah. Berdegup kencang. Wajahnya membahang bak tomato.

Kena bagitahu mak tak pasal sakit jantung aku yang semakin kerap ni?

"Tolong apa?" Soal Nadim dengan senyuman yang melebar dibibir. Suka melihat wajah ayu gadis dihadapannya. Cempaka meneguk liur. Terasa seram sejuk apabila suara Nadim sangat lembut menyapa gegendang telinganya.

"Tolong orang bawa benda tu pergi ke tempat ayah dan abang." Tangan Cempaka menunjukkan satu guni yang penuh dengan pukat itu. Sudah tentu dia tidak mampu untuk mengangkat guni seberat itu.

"Untuk Angsana, semua boleh." Jawab Nadim sambil mengenyitkan matanya. Hati Cempaka lagi. Sungguh bagaikan kena renjatan eletrik, Cempaka membeku disitu sambil mulutnya ternganga.

"Angsana?" Nadim memanggil Cempaka apabila gadis itu tidak berkutik.

"Angsana....." Nadim melambai-lambaikan tangannya dihadapan Cempaka. Cempaka tersedar dari dunianya.

"Errrr...."

"Jomlah. Kita pergi sama-sama. Saya tak kenal jalan kat sini." Ajak Nadim sambil senyumannya masih manis dibibir. Sambil teragak-agak Cempaka bangkit dari duduknya lalu turun untuk mengambil kereta sorong yang berada di bawah rumahnya.

"Awak letak guni ni dalam kereta sorong ni." Arah Cempaka. Nafim mengangguk.

"Baik my princess." Sahut Nadim. Cempaka mengerutkan dahinya. Princess? Dalam bahasa melayu apa eh? Mulutnya ternganga saat terjemahan perkataan itu berlegar di mindanya. Puteri saya? Liurnya diteguk. Nadim ketawa kecil. Suka melihat wajah Cempaka yang merah bak tomato itu. Comel!

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now