BAB 3👑

4.6K 336 13
                                    

Izzaty merenung ke luar jendela biliknya. Sungguh berat nafas yang dihela pada setiap kali. Mindanya berserabut. Kusut. Gelisah.

Di manakah Irfan?

Perit untuk menerima khabar bahawa mayat Irfan tidak dijumpa. Langsung tiada petunjuk tentang Irfan. Pihak Bomba dan Penyelamat membuat operasi besar-besaran selama hampir sepuluh hari untuk mencari mangsa.

Tetap juga misi pencarian itu tidak berhasil. Sehinggalah satu andaian telah dibuat. Irfan telah lemas dan mayatnya hanyut entah ke mana. Atau juga mayatnya dimakan oleh haiwan-haiwan laut. Pihak Bomba dan Penyelamat serta polis memberhentikan misi pencarian yang memakan masa hampir 15 hari.

Izzaty teresak-esak tiba. Berat untuk menerima kenyataan itu. Irfan meninggal dunia? Tidak! Terasa baru sahaja melihat senyum manis milik sepupunya itu. Terasa tawa Irfan masih lagi terngiang-ngiang ditelinganya.

"Irfan tak boleh pergi tinggalkan aku!" Jerit Izzaty. Tangisnya mula menggila.

"Fan, baliklah!" Izzaty semakin parah. Dia meracau tak tentu fasal dan menjerit bagaikan histeria di dalam bilik itu menyebabkan Iman terpaksa menerjah masuk.

"T, mengucap. Astarghfirullahhalazim." Iman mendekati Izzaty. Terus sahaja dia meraih badan gadis itu ke dalam pelukannya. Dipeluk erat badan Izzaty yang meronta-ronta untuk melepaskan diri. Dia bimbang untuk melepaskan Izzaty. Dia khuatir Izzaty mencederakan diri sendiri dalam keadaan akalnya kurang waras.

"Irfan tak boleh tinggalkan aku, Man." Jerit Izzaty lagi. Air mata laju membasahi pipinya. Iman turut sebak. Namun sedaya upaya air mata ditegah daripada keluar. Dia harus menunjukkan bahawa dia kuat.

"Irfan dah...."

"Tak mungkin, Man. Aku dapat rasakan Fan masih hidup. Diorang bohong!" Bentak Izzaty lagi. Hati Iman bertambah sebak. Air mata yang sedaya upaya ditahan agar tidak mengalir, akhirnya gugur jua membasahi pipi gadis itu.

"T, ingat ALLAH. Jangan macam ni. Tak baik." Pujuk Iman. Juga teresak-esak.

"Kau tak faham aku, Man. Aku sayang dia! Sakit bila tahu aku kehilangan dia." Rintih Izzaty. Semakin lebat air mata Iman gugur membasahi pipinya. Terasa longlai segala urat sendinya.

Aku juga faham sakit itu, T. Aku sangat memahami apa yang kau rasa. Aku pum rasa jugak. Iman merintih dalam hati.

"Tak elok macam ni, T. Kalau sayang, bukan macam ni caranya. Pergi solat. Doa yang terbaik untuk arwah. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman." Lembut sahaja Iman memujuk Izzaty. Izzaty yang sepertinya tidak mampu untuk terima kenyataan itu menggeleng laju.

"Irfan belum mati, Man..." Sayu sahaja suaranya.

"Ya ALLAH, adik-adik akak. Kenapa ni?" Syazana yang baru sahaja sampai di rumah Izzaty dan Iman terus bergegas ke bilik Izzaty sebaik sahaja mendengar jeritan dan tangisan yang berlagu dari bilik itu.

"Akak..." Iman memanggil Syazana.

"Kak Ana, Iman cakap Irfan dah mati. Irfan belum mati, kan kak?" Izzaty mendekati Syazana. Pipi yang masih dibasahi air mata dikesat kasar. Dia memandang Syazana dengan penuh harapan.

"T..." Syazana memegang bahu Izzaty. Ditarik gadis itu ke dalam pelukannya. Perlahan-lahan dia mengusap belakang badan Izzaty. Syazana yakin Izzaty tertekan. Izzaty juga mungkin mengalami kejutan yang besar.

"Akak.... Irfan masih hidup." Ujar Izzaty. Bibirnya menggigil.

"Tak, T. Terimalah qada' dan qadar." Sahut Syazana.

"Ya ALLAH! Kenapa orang susah sangat nak percaya cakap T? T yakin Irfan masih hidup." Lutut Izzaty longlai. Dia jatuh terjelopok di atas lantai dengan tangisan yang masih lagi berterusan.

"T... ALLAH maha Mengetahui. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini." Pujuk Syazana lagi. Iman turut terkesan.

Ya, Iman. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Terimalah qada' dan qadar, Iman. Iman memujuk dirinya. Hanya mampu memujuk orang lain dan apabila berkaitan diri sendiri, tiada siapa yang ingin memujuk. Terpaksalah memujuk hati sendiri.

"Iman.." Bahu Iman disentuh oleh Syazana. Iman tersedar dari lamunannya. Senyum pahit terukir dibibirnya.

"Jaga T elok-elok, ya? T perlukan sokongan sekarang. T tekanan teruk." Pesan Syazana. Iman mengangguk faham seraya melebarkan senyum palsunya. Syazana membalas senyuman Iman sebelum meminta pamitan untuk beredar. Ada seorang lagi yang perlu dia perhatikan. Asyraf Aisy sudah tentu tidak mampu mengawal perasaannya tatkala ini.

Iman mengelus lembut rambut Izzaty. Sungguh dia simpati dengan keadaan Izzaty.

"Aku...."

"Shhh T. Menangislah. Menangislah kalau itu mampu buat kau okay. Aku ada untuk kau. Bahu aku selalu untuk kau." Iman meraih Izzaty ke dalam pelukannya. Siapa yang akan pinjamkan bahu untuk kau, Iman? Siapa yang bakal memujuk kau cara begini, Iman? Hati kau juga turut berduka lara.

"Izzaty Iris aku kuat. Dia seorang gadis yang tabah. Saat ini, mungkin kita kehilangan orang yang kita sayang. Mungkin nanti hadirnya seseorang untuk kita. Seseorang yang lebih baik." Bisik Iman. Dielus rambut Izzaty lagi.

"Kau tak sedih, Iman?" Soalan itu membuat Iman terkaku seketika. Sebelum keadaan menjadi lebih janggal, terus senyum palsunya diukir.

"Siapa tak sedih? Hilang kawan kot. Tapi, in shaa ALLAH. Aku kan sado." Canda Iman. Liur ditelan. Pahit.

"Lagipun kawan yang baik akan selalu mendoakan sahabat dia." Sambung Iman lagi. Sungguh tidak percaya. Iman yang selalu bertindak keanak-anakkan mampu berfikir serasional ini. Izzaty mengonggoi di dalam dakapan Iman.

"Aku sayang dia, Man.."

"Tahu, T. Kalau sayang, doa yang terbaik untuk arwah." Pujuk Iman lagi.

------

"Sayang..." Aisy mengukir senyuman pahitnya tatkala melihat Syazana menghampirinya.

"Abang okay?" Syazana bertanya. Risau. Aisy yang masih berada di atas sejadah itu direnung.

"Alhamdulillah abang okay. In shaa ALLAH. Kenapa sayang?" Syazana menarik nafas lega. Dia bimbang Aisy bertindak seperti peristiwa mereka kehilangan Umar. Namun jauh disudut hatinya, Syazana yakin Aisy dipagut rasa sedih.

"Abang sedih tak?"

"Sedih..." Kata-kata Aisy mati. Senyuman juga semakin pudar.

"Abang, kalai abang perlukan pendengar setia, saya ada whole time untuk abang." Syazana meraih Aisy ke dalam pelukannya. Aisy hanya menurut. Tidak lama kemudian, bahu Aisy terhinjut-hinjut. Kedengaran esakan halus milik jejaka itu.

Sebak dengan tangisan milik suaminya, Syazana turut menangis. Mungkin perit dengan kehilangan Irfan. Satu-satunya orang yang rapat dengan Aisy.

"Abang tak sangka cepat dia tinggalkan kita.." Suara Aisy tenggelam timbul dengan tangisannya. Kali ini Syazana pula yang terlebih emosi. Teringat keletah jejaka itu yang sangat menyenangkan hatinya. Ya ALLAH! Peritnya kehilangan orang yang disayang.

"Abang...." Pelukan dieratkan. Kini kedua-keduanya tenggelam dengan kesedihan masing-masing.

"Daddy....." Aisy mendongak. Wajahnya jelas kelihatan sembap.

"Kenapa daddy menangis?" Kali ini Adzim menyoal. Aqilah yang juga berada disebelah Adzim juga menayangkan riak ingin tahu.

"Mummy pun menangislah abang." Aina mendekati Syazana. Dia terus sahaja memanjat katil itu dan merapati Syazana.

"Kenapa mummy dan daddy menangis?" Tanya Aina lagi.

"Takde apalah." Syazana menyeka air matanya. Terus senyumnya ditayang bagi mengaburi mata anak-anaknya.

"Ayah usu mana? Dah lama Ayah usu tak melawat kita." Dummmmm! Bagaikan halilintar menyambar, kepahitan dan kesakitan itu bertambah saat anak-anaknya sibuk bertanya mengenai Irfan.

Ya ALLAH, berikanlah ketabahan buat kami. Kau tempatkanlah Irfan Aisy dalam kalangan orang yang beriman. Jika dia masih hidup, pertemukanlah kami. Masing-masing berdoa di dalam hati.

ALL RIGHTS RESERVED BY RealStarlight.
FP-BAB 3.
19/12/2016.

Sis tabah. 😢

FLOWER PRINCE 👑 ✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu