BAB 45 👑

3.7K 236 67
                                    

IRFAN menapak keluar dari kereta. Baju melayu berwarna putih itu dirapikan. Puas dengan penampilan dirinya, Irfan lekas mendekati abangnya yang sedang sibuk menjaga anaknya yang berderet memandangkan Syazana menjadi ahli bagi pihak perempuan pada hari ini.

"Ayah Usu nak pergi mana ni?" Kali ini bukan Ammara yang yang bercakap pelat, tetapi Miya atau nama sebenarnya Amira. Dia mendongak memandang Irfan dengan mata yang bersinar.

"Ayah Usu nak kahwinlah." Jawab Irfan sambil mengenyitkan matanya. Comel!

"Oh kahwin..." Miya mengangguk laju. Di fikirannya, kahwin yang dimaksudkan oleh ayah usunya adalah seperti main masak-masak yang selalu mereka main di rumah.

"Kak Yong, Ayah Usu nak kahwin macam kita main masak-masak tu kan?" Miya mencuit Aqilah yang sedang memegang Afiq. Dah agak! Aqilah mengangguk laju. Mengiyakan sahaja apa yang diberitahu oleh adik bongsunya itu. Sehari memang bising memanjang walaupun lidah masih terbelit untuk bertutur.

Irfan tahan ketawa. Keletah anak-anak saudaranya mencuit hatinya. Comel je!

"Pakai sampin ke pakai kain pelikat ni?" Aisy menegur Irfan setelah selesai membahagikan anaknya kepada papa dan Auntie juga Syakir. Biasalah, anak ramai sangat. Siapa suruh produktif sangat, kan?

"Kenapa pulak?" Irfan menyoal dengan nada tidak berpuas hati. Sampin yang melilit pinggangnya ditenung. Elok sahaja dimatanya. Muka cemberutnya ditayang.

"Nak pergi sunat sekali ke?" Sinis sahaja Aisy bersuara. Irfan ternganga. Percayalah! Aisy dah banyak berubah. Kebekuan dia dahulu sudah boleh dizonkan dalam arkib negara. Terus sampin yang melilit pinggang Irfan dilucutkan.

Dengan penuh teliti dia melilit sampin itu kembali dipinggang Irfan. Usai sahaja, dia menyelitkan keris dipinggang Irfan. Aisy tayang muka bangga.

"Ni baru jadi hero untuk seorang cinderella brutal." Puji Aisy. Irfan tergelak kecil. Bahu Aisy dipeluk erat. Irfan rasa beruntung kerana mempunyai abang seperti Aisy walaupun tidak dilayan seperti dari kecil. Apa-apa pun, dia bersyukur kerana ALLAH hadirkan keluarga yang cukup memahami buatnya.

"Thanks, long." Bisik Irfan perlahan sebelum matanya menangkap ke arah seorang gadis yang sedang menapak ke arahnya.

"Good luck, Fan! Buat elok-elok jangan gugup." Izzaty mendekati Irfan dengan senyuman yang melebar. Hatinya sudah mampu melepaskan Irfan dengan tenang. Sungguh, ALLAH akan hadirkan yang terbaik untuk kita, kan? Irfan tayang senyum janggal.

"Err thanks." Ya, janggal. Selama ini, kerjanya hanya menengking sahabatnya itu. Langsung tiada perasaan simpati terhadap Izzaty. Selagi dia boleh sembur, selagi itulah dia mengeluarkan amarahnya terhadap gadis itu. Secara tiba-tiba, perasaan menyesal dan bersalah mula menapak dalam hatinya.

Baru nak rasa menyesal? Masa buat tak fikir? Irfan mengutuk dirinya sendiri.

"T..." Izzaty terus mendongak. Wajah Irfan dan Aisy dipandang bergilir. Wajah Irfan sudah berubah riak manakala Aisy masih beriak bekunya. Langsung tidak menayangkan senyumnya. Apabila Irfan dan Aisy duduk dekat macam tu, nampak seiras. Handsome!

"Aku mintak maaf.." Pinta Irfan. Wajahnya membahang. Malu dengan setiap perlakuannya dulu.

"No hal lah bos. Aku dah tahu sebab singa selalu mengaum. Sebab aku ganggu awek dia rupanya." Usik Izzaty sambil terkekek sendiri dengan lawaknya. Irfan turut tergelak kecil. Hilang sedikit rasa bersalahnya apabila Izzaty masih lagi mampu bercanda dengannya.

"Serious, aku rasa bersalah. Maafkan aku, T." Irfan memohon maaf lagi. Riak bersalah jelas kelihatan diwajahnya.

"Aku maafkan kau. Jangan risau. Jangan monyok. Kau raja sehari tau hari ni." Pujuk Izzaty dengan senyuman masih kekal dibibirnya. Sebelum sempat Irfan berbicara lagi, Izzaty menepuk dahi. Dia lupa sesuatu. Sebenarnya, dia keluar dari rumah kerana ingin mengajak pihak lelaki masuk ke dalam rumah. Tetapi dia lupa niat asalnya apabila bertemu dengan Irfan.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now