BAB 37 👑

3K 216 20
                                    

"Kenapa Cik tak datang kerja semalam?" Iman yang baru sahaja melabuhkan punggungnya lekas memandang ke arah muka pintu. Disitu berdiri setiausahanya, Alya. Senyumnya diukir lalu memanggil Alya agar duduk di hadapannya. Alya menurut sahaja.

"Saya pening. Tak boleh nak bergerak pergi mana-mana semalam. Nak Whatsapp awak pun tak boleh." Bagitahu Iman. Jujur. Semalam dia memang mengalami pening yang agak teruk selepas tidak dapat tidur semalaman. Ini semua Irfan punya fasal!

Disebabkan kemunculan Irfan kembali dalam hidupnya setelah lima tahun lelaki itu 'hilang', semalaman dia menangis. Ternyata hatinya yang disangka telah sado itu masih lagi rapuh.

"Cik Iman..." Alya melambaikan tangannya di hadapan wajah Iman apabila melihat bosnya itu mengelamun jauh. Iman tersedar dari lamunannya. Segera sengihnya ditayang.

"Apa dia?"

"Saya tanya, hari ni cik dah okay ke?" Ulang Alya lagi.

"Dah alhamdulillah. So, macam mana dengan jadual saya hari ni?" Iman terus menanyakan aktivitinya pada hari ini. Sejak dilantik menjadi pengurus besar setahun yang lalu, setiap hari pasti ada sahaja meeting dengan clients.

"Disebabkan semalam cik tak datang, meeting dengan wakil Aisy Holdings ditunda kepada hari ini." Iman mengetap bibir. Meeting dengan wakil syarikat Aisy Holdings merupakan satu perkara yang paling dia elakkan sejak dia bekerja di sini. Dia tidak sanggup untuk menemui sesiapa yang berkaitan dengan keluarga itu.

Rasa bersalahnya terhadap keluarga itu kerana melarikan sewaktu majlis masih menggunung dalam hati. Tambahan lagi, dia tidak masih tidak bersedia untuk berjumpa dengan Irfan.

"Hasif tak dapat gantikan saya ke?" Lekas sahaja dia bertanya tentang Hasif, rakan sejawatnya.

"Encik Hasif awal-awal dah keluar pergi tengok kilang. Hari ni, seharian dia akan berada di kilang." Iman menggigit bibirnya. Selama ini, jika dia ingin mengelak untuk menghadiri meeting dengan wakil Aisy Holdings, pasti Hasif menjadi mangsanya.

"Tak boleh tunda lagi?"

"Mereka ingin menyelesaikan urusan ni hari ni jugak." Jawab Alya. Setia dengan setiap soalan yang diajukan oleh orang atasannya itu.

"Okaylah. Pukul berapa?" Iman terpaksa mengalah. Dia sangat berharap, bukan Aisy mahupun Encik Hakeem yang akan menjadi wakil daripada syarikat itu.

"9 pagi di Hotel Grand." Mendengar sahaja jawapan daripada Alya, jam tangan dikerling. Jarum jam menunjukkan waktu 8.30 pagi. Lekas sahaja Iman bangkit. Beg tangannya digapai.

"I need to go." Iman meminta diri.

"By the way, mana files yang diperlukan? Awak tak ikut saya, Alya?" Iman memberhentikan langkahnya apabila dia lupa akan files yang diperlukan sewaktu perbincangan. Dia menoleh ke arah Alya kembali.

"Kejap ya, cik Iman." Alya bergerak ke rak yang menempatkan pelbagai jenis files yang tersusun rapi di sudut bilik itu.

"Ini dia." Dia menghulurkan files yang berwarna biru dan merah itu kepada Iman. Akhirnya files itu bertukar tangan.

"Awak tak ikut?"

"Maaf cik Iman. Saya perlu jumpa Tuan Saif dan Tuan Syahiran untuk menentukan janji temu cik dengan diorang." Iman mengangguk sahaja. Benar kata Alya. Tidak lama lagi, meeting bersama dua bos besarnya itu bakal berlangsung.

"Okaylah. Kirim salam kat bos-bos besar."

"Cik Iman, hati-hati! Hari ni Cik Iman jumpa Singa Handsome. Dah ramai cakap dia tu garang kalah singa. Memang gamaknya nak makan orang je kerjanya." Iman mengerutkan dahinya. Singa Handsome? Ada-ada jelah diorang ni. Iman meminta diri dan mula berlalu menuju ke keretanya.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now