BAB 34 👑

2.8K 220 76
                                    

"Bang Hakeem..." Puan Zaidah mempamerkan riak risau saat memanggil abang iparnya itu. Encik Hakeem juga. Mereka berkumpul di ruang tamu itu. Sebentar lagi, majlis bakal bermula.

"Macam mana ni, abang Hakeem? Abang Hakeem yakin ke dengan keputusan ni?" Tanya Puan Zaidah lagi. Matanya mula berkaca-kaca. Secebis kertas yang berada ditangannya di pegang erat. Seketika kemudian, dia kembali merenung kertas yang sudah tercoret sesuatu.

"Aisy, apa pendapat kamu?" Encik Hakeem menyoal Aisy pula. Aisy juga seperti mereka. Riak risau juga terpamer menggambarkan hatinya tidak tenteram. Syazana yang berada disebelahnya hanya mampu menenangkan Aisy dengan menggenggam erat tangan lelaki itu.

"Kami ikut keputusan papa, Auntie Farain, Maksu dan Paksu. Kalau putih, maka putihlah." Aisy bersuara dengan suara yang cuba dikawal.

"Kalau macam..."

"Assalamualaikum. Maaf, Fan lambat. Apa hal urgent? Kenapa? Iman sakit ke?" Irfan mula kalut. Matanya melilau mencari kelibat Iman disekitar ruang tamu itu. Namun yang kelihatan hanyalah keluarganya juga Pak Su dan Mak Su. Suasana hanya sepi. Tiada sesiapapun yang menjawab soalan Irfan.

"Iman sakit ke?" Tanya Irfan sekali lagi apabila soalannya tidak berjawab. Riak wajah masing-masing serius sahaja. Seriau Irfan dibuatnya. Puan Zaidah mengeluh kecil sebelum menyerahkan secebis kertas ditangannya kepada Irfan.

"Apa ni?" Kertas itu bertukar tangan. Irfan membaca setiap bait perkataan yang tertulis disitu.

Maaf. Iman tak boleh teruskan. Iman rasa Irfan tak layak untuk Iman. Irfan selayaknya untuk Izzaty. Kahwinkan Izzaty dengan Irfan. Iman mengundur diri. Assalamualaikum.

Mata Irfan terbuntang. Hampir terhenti jantungnya saat ini. Dunia juga bagaikan berhenti seketika sebelum semuanya kembali seperti asal. Irfan speechless. Lidahnya kelu. Coretan itu menyentak tangkai hatinya.

Kenapa? Kenapa aku diuji sebegini, ya ALLAH! Semalam aku hampir ingin membatalkan perkahwinan ini, tetapi apabila memikirkan Iman, aku telan jua. Tetapi hari ini, Iman pula yang mengundur diri dan mencalonkan Izzaty sebagai pengganti.

Liur yang telan terasa pahit. Irfan duduk bersila di atas lantai dengan berbaju melayu putih dan bersampin. Songkok yang berada di kepalanya diletakkan ke atas ribaannya.

Adakah ini balasannya kerana mengguris hati Cempaka dan keluarganya? Irfan meraup wajahnya. Usai itu, dia meramas rambutnya dengan kasar. Ujian datang bertimpa menguji dirinya.

"Fan.." Gegendang telinganya menangkap satu suara memanggil namanya. Lekas dia mendongak. Saiz matanya sedikit membesar apabila melihat seorang gadis yang berbaju sedondon dengannya. Jubah yang berwarna putih itu kelihatan padan dengan gadis dihadapannya.

"T!" Lekas Irfan bangkit dan mendekati Izzaty.

"Kau mesti tahu Iman pergi mana, kan? Kau tahu, kan?" Soalan diajukan secara bertubi-tubi kepada Izzaty. Wajah Izzaty direnung dengan penuh pengharapan. Izzaty hanya diam tidak berkutik. Tiada tanda-tanda dia ingin menjawab soalan Irfan.

"T, cakaplah! Iman pergi mana? Jangan buat aku macam ni." Irfan semakin mendesak.

"Aku tak tahu. Serius! Aku tak tahu." Jawab Izzaty dengan nada sayu.

"Habis tu, kenapa kau pakai baju Iman?" Irfan mencerlung memandang ke arah Izzaty. Ya, dia kenal! Itu jubah yang dipilih oleh Syazana dan Auntie Farain untuk majlis ijab kabul mereka.

"Fan, papa rasa kamu kena kahwin dengan T memandangkan pengantin sebenar dah lari. Tolong, nanti orang datang, pengantin takde, apa pandangan diorang?" Lembut Encik Hakeem menyampuk perbualan Irfan dengan Izzaty. Dummm! Kali ini beban lain pula menghempap dirinya.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now