BAB 27 👑

2.8K 204 32
                                    

"Irfan...." Mata Irfan segera membulat apabila menyedari suara Iman sedikit berlainan. Perasaan cemas mula menyerang dirinya.

"Weh, kau kenapa ni?" Irfan semakin gabra apabila nafas berat iman kedengaran melalui corong telefon itu. Irfan tidak senang duduk. Menanti jawapan Iman bagaikan menunggu ayam jantan bertelur. Tanpa berfikir panjang, dia mula melangkah masuk ke dalam kawasan rumah Iman.

"Sakit..." Mendengarkan jawapan itu, jantung Irfan bagaikan terhenti seketika. Irfan semakin risau. Wajahnya terus sahaja berubah pucat. Terus Irfan menerjah pintu rumah itu. Nasib Irfan malang apabila pintu itu berkunci.

"Iman, bertahan jap!" Jerit Irfan. Berharap Iman dengar. Namun talian telah terputus. Irfan mengetap bibir. Dia menyimpan kembali telefonnya ke dalam poket. Pintu rumah itu cuba dirempuh. Dengan sekut tenaga, Irfan mencuba untuk memecah daun pintu rumah itu.

"Satu... dua... tiga!" Jerit Irfan seraya berlari laju ke arah pintu itu.

Gedebuk!!

Bukan pintu yang roboh, tetapi Irfan yang jatuh terbaring di hadapan pintu. Lelaki itu mengaduh kesakitan sambil mengusap bahunya yang terasa sengal. Bibirnya digigit. Dia bangkit. Sekali lagi dia cuba merempuh pintu itu. Kali ini, tetap juga dia yang rebah mencium lantai. Bukan pintu yang terbuka. Kesakitan kian menyengat bahunya.

"Imannnnnnnnnn!" Jeritnya sekaligus berlari ke arah pintu buat kali ketiga. Cubaannya kali ini turut tidak berjaya. Namun, Irfan tidak mengalah. Dia cuba dan mencuba. Dia ingin menyelamatkan Iman. Dia tidak ingin kehilangan gadis itu. Banyak kali dicuba, tetapi pintu itu masih utuh dihadapannya.

Air mata Irfan sudah bergenang. Sungguh dia kesal dengan dirinya sendirinya. Benda senang pun kau tak boleh buat ke, Irfan? Irfan memarahi dirinya. Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum dia mencuba lagi. Bahunya yang mungkin sudah lebam membiru tidak dihiraukan. Dia masih mencuba.

Akhirnya, pintu itu terbuka luas. Terhidang ruang dalaman rumah itu. Dengan air mata kegembiraan kerana berjaya memecahkan pintu, Irfan lekas memasuki rumah itu. Setiap bilik digeledah untuk mencari Iman.

"Iman Hannan!" Jerit Irfan. Tingkat atas dituju. Bilik pertama yang dijumpai terus diterjah dengan kasar.

"Iman!" Irfan lekas mendekati sekujur tubuh yang terlantar di atas lantai. Darah berlumuran dibahagian kepalanya. Namun, kaki Irfan terus terkaku.

Matanya membesar melihat sekujur tubuh yang hanya berkembam itu. Perkara itu sangat luar biasa baginya. Irfan meneguk liur. Nafasnya menderu dengan kencang.

Adakah aku telah melihat sesuatu yang tidak halal buatku? Irfan menggigit bibirnya. Serba salah untuk mendekati gadis itu. Dalam keadaan sebegini, Irfan terpaksa berfikir banyak kali. Namun, dia yakin nyawa Iman lagi penting saat ini.

Liurnya diteguk sebanyak dua kali. Maafkan aku, Iman. Irfan melangkah ke arah almari yang diyakini milik Iman dan lekas membukanya. Baju lengan panjang diambil. Baju itu disarungkan ke badan Iman dengan segera.

Tujuan Irfan yang paling penting ialah untuk membawa gadis itu ke hospital. Usai itu, dia cuba mengangkat gadis itu.

"Allahh.." Bahu sebelah kiri Irfan terasa memyengat apabila lelaki itu menggendong Iman. Irfan mengetap giginya. Matanya berair. Irfan menarik nafas sebelum mengetap giginya. Urat dilehernya kelihatan. Dia segera membawa Iman ke dalam kenderaannya.

Irfan mengeluh. Kejadian tadi masih segar diingatannya. Setelah membawa Iman ke hospital, Iman dikejarkan ke bilik kecemasan. Irfan masih mundar-mandir dihadapan bilik itu kerana dia tidak dibenarkan masuk.

Namun tidak semenanya, sesusuk tubuh Iman yang hanya berkembam kini kembali mengganggu dirinya. Sungguh dia rasa bersalah, namun perkara itu tetap bermain dibenaknya.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now