BAB 21👑

3K 214 27
                                    

"Cempaka..." Walaupun gegendang telinganya disapa berkali-kali dengan suara itu, Cempaka masih tidak memberi riaksi. Sudah lama dia menunggu. Berharap bahawa lelaki itu kembali dan menunaikan janjinya.

Semakin hari, hatinya semakin remuk apabila memikirkan kemungkinan lelaki itu untuk kembali adalah tipis. Setiap malam, pasti empangan airmatanya pecah. Benarlah, penantian adalah satu penyeksaan.

"Cempaka, janganlah macam ni nak. Jom makan. Kau tak makan sejak semalam lagi." Mak Teh sudah puas memujuk anak perempuannya itu. Dari tadi nama gadis itu diseru, namun sedikitpun gadis itu tidak menyahut. Hanya merenung lemah ke arah jalan dihadapan rumahnya.

Sudah beberapa minggu Cempaka berkelakuan sedemikian sehingga penduduk kampung mula menganggap Cempaka gila. Gila bayang!

Cempaka tiada riaksi. Hanya diam membisu. Langsung tiada riak terpamer diwajahnya.

"Cempaka Angsana, kau dengar tak apa yang mak cakap ni?" Mak Teh melabuhlan punggungnya disebelah Cempaka. Bahu Cempaka dipeluk lemah.

"Cuba cakap kat mak. Apa yang kau tunggu?" Lembut sahaja wanita itu bertanya. Sebenarnya dia faham benar dengan keadaan anaknya. Dia faham dengan lara hati yang sedang dialami oleh anak gadisnya.

"Cempaka... cerita kat mak. Mak sudi dengar." Pujuk Mak Teh lagi. Kepala Cempaka diarahkan agar melentok di atas bahunya. Terharu dengan keprihatinan ibunya, mata Cempaka mula berkaca-kaca. Tambahan lagi, hatinya yang sedang bergolak menyebabkan mudah sahaja mutiara jernih itu mengalir membasahi pipinya.

"Mak..." Sebutnya. Badan Mak Teh dipeluk.

"Ya... cerita... Mak sudi dengar." Belakang badan Cempaka di usap perlahan.

"Orang rindu Nadim. Kenapa Nadim tak datang sini lagi?" Tangis Cempaka semakin menjadi-menjadi. Sungguh cinta yang dirasai buat pertama kali ini, pada awalnya sungguh indah dan membahagiakan. Namun, sejak kepergian insan yang tersayang, hidupnya bagainya tidak terurus.

Beginikah rasanya apabila bercinta? Bukan indah belaka?

"Orang dah lama tunggu dia. Tapi dia tak pernah datang balik. Nadim dah tak ingat kat orang ke mak?" Mak Teh turut mengongoi dalam kesedihan. Barangkali turut merasai kesediham yang sedang melanda hati anaknya.

Inilah yang ditakuti oleh hati tuanya. Dia bimbang, anak gadisnya yang seorang ini jatuh cinta dan akhirnya patah hati. Ternyata kebimbangannya memnjadi kenyataan. Bertambah erat pelukannya terhadap anaknya. Berharap ketenangan dapat disalutkan buat sang gadis.

"Dia janji nak kahwin dengan orang. Tapi dia tak datang balik. Mak, sakit dada orang. Orang rasa nak putus asa, mak." Adu Cempaka lagi.

Cinta yang dia rasai buat pertama kali menghadiahkan kesakitan yang tidak terperi buatnya. Penantian yang seolah-olah tiada hasil menyebabkan dia ingin berputus asa.

"Cempaka, sabar ya. Ini ujian untuk kau. Mak sedih tengok kau macam ni. Mak tak nak kau jadi macam ni." Cempaka masih lagi teresak-esak menangis di dalam pelukan ibunya.

"Orang tak kuat, mak." Adu Cempaka lagi.

Sedih hidup sang gadis naif yang pertama kalinya jatuh cinta. Hatinya terluka tatkala baru mengenal erti cinta. Cinta pertamanya seperti menyeksa dirinya.

Tabahlah Cempaka Angsana. DIA pasti ada rancangan terbaik buat dirimu.

----

Iman melangkah longlai dari dewan kuliah itu. Otaknya tepu setelah berada di salam dewan selama satu jam. Nasib sahaja kelas sebentar tadi merupakan kelas terakhir buatnya. Langkahnya diatur menuju ke arah kereta. Dia ingin pulang ke rumah dan berehat. Alangkahnya indahnya dunia andai dia dapat melepaskan lelahnya dan berbaring di atas katil.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora