BAB 29 👑

2.6K 217 94
                                    

IMAN menyandarkan badannya pada bangku di taman itu. Suasana pagi yang nyaman sedikit sebanyak mampu mententeramkan jiwanya. Esok merupakan hari terakhir peperiksaannya. Sesudah itu, seminggu kemudian, hari paling penting dalam hidupnya bakal menjelma. Tarikh yang telah ditetapkan untuk majlis ijab kabulnya dengan Irfan semakin mendekat.

Dia gementar. Hatinya gelisah. Dia risau dan bimbang.

Andainya Izzaty pulang selepas ini, bagaimanakah ikatan perkahwinannya nanti? Andai Izzaty pulang, adakah Irfan akan kembali kepada Izzaty? Andai Izzaty kembali ke Malaysia, bagaimanakah hubungannya dengan Izzaty nanti?

Puas dia minta tarikh itu ditangguh namun Encik Hakeem dan Puan Zaidah tetap berkeras untuk mengadakan majlis pernikahannya pada minggu hadapan. Iman mengeluh lagi.

Sebolehnya dia tidak mahu. Dia tidak ingin perkara ini terjadi. Semakin lama, perasaannya kepada Irfan semakin bercambah.

Irfan melayannya dengan sangat baik. Selalu ada di kala dirinya susah. Sering membahagiakan hatinya dengan lawak bodohnya. Ya. Iman akui dia semakin sayang dengan Irfan.

Tapi, Izzaty... Izzaty lagi kesian. Sampai sekarang, dia tidak mengetahui tentang Irfan yang telah kembali. Iman bimbang sahabatnya itu terasa teraniaya. Gadis itu pasti berusaha dalam pahit dan getir untuk move on. Tetapi, move onnya hanya untuk sesuatu yang palsu. Dada Iman sesak. Izzaty pasti lebih terluka.

"Kak...." Iman tersedar dari lamunannya apabila satu suara menyapa gegendang telinganya. Lekas dia menoleh. Kelihatan seorang gadis sedang menangis memandangnya dengan pandangan sayu. Iman melihat gadis itu dari atas hingga ke bawah.

"Orang lapar... Tolong..." Gadis itu mula menangis. Wajahnya sedia comot itu bertambah comot. Iman bangkit lalu mendekatinya.

"Awak lapar, ya?" Iman lekas menyeka air mata gadis itu. Iman turut sedih melihat gadis itu. Gambarannya sewaktu dahulu bermain di mindanya. Gadis itu sebijik sepertinya tatkala hidup merempat dahulu.

"Jom. Akak bawak awak, makan." Iman segera memimpin tangan gadis ke arah kedai makan yang berada di seberang jalan. Dipesan makanan untuk gadis itu.

"Nama awak apa?" Sambil menunggu makanan yang dipesan tiba, Iman menyoal nama gadis dihadapannya. Gadis yang bertudung itu sebenarnya cantik. Namun disebabkan kecomotan diwajahnya, kecantikan itu terselindung.

"Cempaka.." Jawabnya sepatah. Dia tidak berani untuk memandang Iman. Matanya hanya menikus memandang ke lantai.

"Cantik nama. Cempaka dari mana?"

"Dari kampung." Iman mengerutkan dahinya. Kampung? Hatinya semakin risau. Pelbagai soalan bersesak di dalam benaknya.

"Buat apa datang sini? Kerja?" Iman bertanya lagi. Cempaka menggeleng.

"Orang cari seseorang kat sini." Namun tidak semenanya selepas itu, air mata Cempaka tumpah lagi. Iman semakin risau. Lekas dia bangkit dari duduknya lalu mendekati Cempaka. Dipeluk gadis itu ke dalam pelukannya.

Cempaka menangis sepuas-puasnya di dalam pelukan kakak yang baru sahaja ditemuinya. Entah kenapa, senang sahaja dia mempercayai orang dihadapannya walaupun episod duka laranya disini tidak pernah berhenti sejak dua minggu yang lalu yakni sejak pertama kali dia menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur.

"Orang nak balik... Tapi orang takde duit. Orang kena tipu. Orang hampir kena ro..." Bicara Cempaka mati disitu. Air matanya semakin lebat membasahi pipinya. Iman tersentak. Ya ALLAH, kenapa gadis ini melalui pengalaman sepertinya? Iman semakin mengeratkan pelukan Cempaka.

Dia faham dengan kedukaan yang dihadapi oleh Cempaka. Dia juga pernah melaluinya.

"Orang nak balik. Orang rindu mak dengan ayah." Sambung Cempaka lagi. Bahunya terhinjut-hinjut. Buat pertama kalinya, dia rasa selamat di kota raya itu.

FLOWER PRINCE 👑 ✔Where stories live. Discover now