BAB 1

42.2K 962 16
                                    

KRING KRING!!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KRING KRING!!!!

Dalam keadaan mamai aku menekan jam loceng agar berhenti berdering. Aku duduk dan menggosok mataku beberapa kali. Aku duduk termenung seketika dan menguap banyak kali. Masih ngantuk ni. Kalau lah aku tak tepikir tentang interview ni, memang aku landing balik kat katil empuk aku ni. Terpaksalah aku gagahkan juga badan aku untuk bangun.

Selesai sahaja mandi, aku mengenakan baju kurung bercorak bunga warna ungu dan tudung ungu tua. Kenalah ayu sikit, brulah sedap mata memandang. Amboi Qisya macam nak pergi cari jodoh pulak. 

*sila rujuk gambar di atas. Niena Baharun sebagai Qisya

Aku segera mencapai telefon bimbitku lalu keluar. Dengan langkah yang agak santai, aku menuju ke stesen bas. Lagipun aku berangkat sejam awal. So taklah aku nak kelam-kabut nanti. dahlah aku guna baju kurung. Mahunya koyak skirt aku nanti.

Keadaan di stesen bas waktu ni agak lenggang sikit. 10 minit kemudian bas pun sampai. Aku dahulukan orang naik bas. Yela, sebagai seorang insan yang baik hati, kenalah dahulukan orang yang lebih tua. Ceh.. 

Aku pun naik ke bas dan.......... tempat duduk dah penuh!!!!!!! Kenapa pulak penuh sangat ni? tulah pasal, baik sangat kan Qisya sampai tak dapat tempat duduk. 

Mataku mencari-cari kalau ada tempat duduk yang masih kosong. Tapi tiada! Haih terpaksalah kau berdiri Qisya.

Sambil berdiri, mataku masih mencari kalau ada tempat duduk yang masih kosong. YES!! Adapun kosong kat belakang.

" Maaf, tumpang lalu"

No respon

Aku berdehem. "Maaf tumpang lalu"

No respon

Diani pekak ke apa? Bukan main kuat suara aku. Driver bas kat depan pun dah curi curi tengok aku yang terpekik kat sini. 

" Maaf, boleh saya tumpang lalu?" Aku melambai lambai tanganku di hadapaan mukanya.

Lelaki itu membuka kaca mata hitamnya lalu memandangku. Mak aii! Hensemnya!. aku cuba kawal muka teruja ku dan kembali serius pandang dia.

"Tumpang lalu saya nak duduk kat tepi tu" Aku memberi senyuman paling manis. Kut kutlah dia cair dengan senyuman aku yang manis ni. Hah Qisya berangan!

"Duduk sini?" Lelaki itu mula bersuara.

'Yala. Takkan lah duduk kat bumbung' Kata kata itu hanya kuluahkan dalam hati. Takmahu aku cari pasal dengan orang pagi-pagi ni.

"Taknampak ke ada beg saya kat sini?"

"Tapi encik kan boleh pangku beg encik tu?"

"No" Dia memakai semula kaca mata hitamnya. Ewah ewah! Orang suruh pangku beg aja pun bukannya pangku aku. Aku hadiahkan jelingan tajam kepadanya walaupun dia tak nampak. Dahlah kau. Lebih baik aku berdiri. Lagi tenang aku.

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

so guys macam mana dengan chapter 1 ni? okey tak? kalau okey, alhamdulillah lega hati saya. kalau tidak, minta maaf sebab saya bukan penulis. saya baru nak menulis hehehe. apapun thankyou for read and vote my story. support dari kamu semua amat saya hargai!! :*

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now