Bab 40

20.1K 428 12
                                    

Qisya mengangkat telefonnya untuk menjawab panggilan. Keluhan lepas dari mulutnya. Dia lagi!

"Ya, ada apa?"

"Assalamualaikum"

Qisya buang pandang. "Waalaikumsalam. Ada apa?"

"Takkanlah suami sendiri nak call tak boleh."

Zaed ketawa kecil melihat reaksi muka menyampah Qisya dari jauh. Sebenarnya dari tadi dia perhatikan Qisya dibalik pokok. Tak dia nafikan kali ini, muka marah Qisya memang comel!

"Awak nak apa ni? Saya banyak kerja nak buat ni?" Sengihan Zaed bertambah lebar mendengar penipuan Qisya. 

"Yeke banyak kerja? Kalau banyak kerja buat apa duduk-duduk kat situ?"

Qisya terkejut. laju dia memandang sekelilingnya. Laju jugak Zaed bersembunyi. Seram Qisya dibuatnya.

'Seram betullah diani. Ada saka ke apa?' Ujar Qisya perlahan.

"Dahlah, saya banyak kerja ni. Assalamualaikum"

Tutt tutt panggilan dimatikan.

Qisya beredar dari situ. Seram jugak dibuatnya. Tau-tau aje Zaed dia tengah duduk-duduk ambil angin. Entah-entah ada mata-mata Zaed yang tengah perhatikan dia. Qisya berlari menuju semula kebiliknya

"Hai!"

"Arghhh!"

Qisya jatuh terduduk di pasir. Habis sengal punggung Qisya dibuatnya. 

"Awak buat apa kat sini?!" Alangkah terkejutnya apabila dia lihat Zaed sudah melutut dihadapannya. Zaed pula hanya diam. Fokusnya sekarang pada kaki Qisya. Nampaknya kaki Qisya terseliuh. Menyesal jugak dia buat Qisya terkejut beruk tadi.

"Awak buat apa kat sini?" Soal Qisya semula.

"Saja. Holiday"

Qisya buang pandang. Holiday dengan Ani lah tu!

"Ni boleh jalan ke tak ni?" 

Qisya mengangguk. Dia cuba untuk berdiri tapii.... jatuh semula.

"Boleh apanya kalau asyik jatuh macam ni?" Zaed cuba merangkul bahu Qisya tapi laju ditepis.

"Bolehlah." Qisya membalas sambil mencuba sedaya upaya nya untuk berdiri. Wahai kaki, tolonglah bagi kerjasama. Aku taknak dipapah oleh Zaed.

Zaed sekali lagi memegang bahu Qisya tapi sekali lagi tangannya ditepis. Bukan oleh Qisya, tapi Faiz.

"Dah dia kata taknak, takpayahlah paksa."

Zaed merenung Faiz tajam. Zaed menghampiri Qisya. "Wife aku. Kau apa kesah?"

"Wife?" Faiz tersengih. "Mana wife baru kau?"

Qisya kini memandang Zaed. Dia sendiri tertanya-tanya mana Ani. Biasanya asyik berkepit dengan Zaed. Bak kata pepatah, dimana ada Zaed, disitu ada Ani. 

Zaed menghampiri Faiz. Marahnya betul-betul memuncak. Qisya yang menyaksikan renungan tajam Zaed mula rasa tidak sedap hati. Dia bukannya tak kenal Zaed ni. Panas baran!

"Boleh tak jangan nak menyibuk hal aku dengan wife aku?" Zaed menekan perkataan wife. Biar Faiz sedar yang Qisya ni isteri orang.

"Sorry bro, tapi aku taksuka tengok orang yang aku sayang kena desak."

Zaed menggetap bibirnya. Sayang? Oh God damn it!

"Qisya, mari abang ban.." Kata-kata Zaed  terhenti melihat Qisya yang sudah tiada disitu. Qisya sudah jauh meninggalkan mereka berdua dengan kaki yang pengkak. Zaed dan Faiz memandang antara satu sama lain. 

"Stay away from my wife!" Zaed memberi amaran pada Faiz. Dia dapat rasakan yang Faiz menjadi penghalang untuknya mendapatkan Qisya.


----------------------------------------------------------------


Amirul berdiri di tepi tingkap memandang ke luar. Sesekali dia menoleh kearah Zaed. Fikirannya juga turut kusut memikirkan cara untuk bantu kawan nya itu mendapatkan semula isteri kesayangannya. Macam pelik kan? Dah jangan pelik. Itulah Zaed Syakir

Bahu Amirul terhinjut mendengar pukulan meja dan jeritan kuat Zaed.Nampaknya bukan Amirul sahaja yang terkejut, orang sebelah pun terkejut sebab kedengaran bunyi ketukan dinding dari bilik sebelah. Hailah Zaed kauni sawan ke apa?!

"Kau kenapa ni Zaed?"

"Aku bengang betullah dengan budak Faiz tu. Suka sangat menyibuk!"

"Faiz mana pulak ni?" Kini Amirul duduk disebelah Zaed.

"Bos Qisya."

"Ek elleh kauni. Lumrah lah kalau bos caring dengan pekerja."

"Lumrah apa kalau sampai sayang sayang bini orang? Menyampah!"

Amirul diam. Muka Zaed dipandang "Habistu macam mana? Takkan kau nak balik tangan kosong?"

"Siapa kata aku nak balik? Aku akan pastikan yang aku balik dengan Qisya."

Amirul hanay mengangguk. Bagus semangat Zaed ni.

"Tapi.."

"Tapi apalagi?"

"Aku tak taulah apa nak buat dengan Faiz tu. Dimana ada Qisya, disitu jugak muka dia. Susah bro aku nak pujuk Qisya."

"Biasalah tu. Dah namanya sayang kan. Mestilah dia nak protect Qisya from stranger."

"Stranger apanya? Aku ni suami dia!"

Tawa Amirul pecah. Hailah Zaed orang gurau aje lah.

"Kau kol lah Qisya suruh dia datang bilik kau. Lepastu pandai pandai lah kau."

Zaed diam seketika. Betul jugak!

"Pandai lah kau." Puji Zaed. Amirul sudah menepuk-nepuk dadanya. Bangga. 

"Kau blah lah pegi bilik kau." 

Amirul buang pandang. Dengan penuh rasa kemalasan dalam diri, akhirnya Amirul melangkah keluar.

Zaed mengambil telefonnya diatas meja dan menekan nombor Qisya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Jawab Qisya dengan nada malas.

"Qisya buat apa? datang bilik abang boleh?"

Qisya menjauhkan telefonnya dari telinga. Habis dicarutnya Zaed. Nak datang bilik dia buat apa? Nak bermesra dengan madu?

"Qisya."

"Apa?"

"Datang sini?"

"Taknak lah. Saya mengantuk ni." Qisya berpura-pura menguap. 

"Tidur sinilah."

"Tidur sana? Lepastu nak suruh saya tidur kat lantai?" Akhirnya Qisya melepaskan marahnya. Gila betul Zaed ni.

"Lantai? Apa pulak tidur kat lantai. Tidur dengan abang lah."

Qisya menjelirkan lidah nya kearah telefon. "Habistu, Ani awak nak letak mana?"

Zaed sudah agak! Mesti Qisya ingat dia tengah honeymoon dengan Ani. Qisya, Qisya.

"Ani tak adalah sayang. Datanglah sini."

Qisya terkejut.Ani tiada? Maksud tiada tu macam mana? Tiada sebab pergi keluar ke atau...?

"Datang sini please?"

Setelah lama membisu, akhirnya Qisya akur. Kalau dia asyik memberi alasan, jawabnya sampai esok pun tak habis.


-------------------------------------------------------------------


Holla guys so end for this chapter. Haraplah korang still enjoy lagi dengan cerita ni. Happy fasting!

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now