Bab 43

18.7K 435 7
                                    

Sepanjang hari itu, Faiz hanya berdiam diri. Qisya yang berborak dengaannya pun tidak dipedulikan. Malah, dia meninggalkan Qisya. Mungkin terlalu kejam. But ya! Cuma ini satu-satunya cara untuk dia buang perasaannya pada Qisya. Even it's hard.

Malam itu, Faiz menghabiskan masanya di luar. Tempat dimana dia dan Qisya selalu menghabiskan masa bersama. Tempat dimana dia menyambut kepulangan Qisya. Rindu pulak dengan suasana sebegitu. Faiz berharap agar ketenangan pada malam itu mampu menenangkan hatinya. Tapi... apalah daya, perasaan cinta terlalu kuat.

"Ehem." Suara yang agak garau menyapanya. Faiz menoleh. Wajah saingannya suda di depan mata.

"Buat apa kat sini?"

"Kau nak apa?" Faiz menyoal straight to the point. Rasa panas hatinya melihat Zaed. Tapi dia masih mampu mengawal emosinya.

"Aku tau kau suka Qisya."

Faiz diam.

"Dan aku tau kau benci dengan kehadiran aku kat sini."

Faiz tetap diam. Malas untuk bersuara.

"You know what bro. Walau apapun, she's my wife and I really love her."

'Arghhh!! Perlu ke kau cakap semua tu depan aku!' Jerit Faiz dalam hati. 

"Faiz, aku tau perasaan kau pada Qisya. Tapi boleh tak kau buang semua perasaan kau pada dia?"

Faiz tersenyum nipis. "Kalau kau tak suruh pun aku akan buatlah. Aku tau aku salah sebab menaruh harapan pada isteri orang."

Zaed diam. Semarah macam mana pun dia pada Faiz, dia tetap kasihankan lelaki itu. Salahnya jugak sebab membiarkan Qisya terlalu lama dengan Faiz sehingga terbitnya rasa cinta yang sukar untuk dibuang.

"Don't worrylah bro, kau tetap masih boleh kawan dengan Qisya." Zaed menepuk bahu Faiz.

"Aku nak minta satu dari kau."

Zaed menoleh. "Apa dia?"

"Tolong jaga Qisya.Kau jangan sakitkan hati dia lagi. Aku perhati, dia ni lemah sebenarnya walaupun luaran dia nampak keras, tapi hati dia mudah tersentuh. So please jaga dia bagus-bagus. Kalau aku dengar dia sedih lagi sebab kau, jangan harap kau boleh jumpa dia lagi!"

"I will." Zaed sedikit terkejut dengan ayat terakhir Faiz. Menyeramkan.

"So, no revenge?" Zaed menghulurkan tangannya. Agak lama Faiz diam memandang kosong tangan Zaed. Dia menarik nafas dalam-dalam. Perlu ke aku berdendam?

"Sure." Kini mereka berdua berjabat tangan. Faiz sudah nekad. Tiada gunanya dia menyimpan perasaan dendam pada Zaed. 

Soal Qisya, Biarlah. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku kena teruskan hidup. Move on!


-----------------------------------------------


"Cepatlah sikit kemas baju tu. Abang tak sabar nak balik rumah ni."

Qisya membulatkan matanya pada Zaed tanda 'sabarlah-sikit!'

Setelah selesai mengemas barangnya, Qisya memandang sekeliling biliknya. Semua dilihatnya buat kali terakhir. Berat rasanya mahu meninggalkan bilik yang menjadi tempat tinggalnya selama 2 bulan. Oh my~

"Hm, selamat tinggal." Qisya melambai lambai biliknya dengan wajah sayu.

"Eh kenapa nangis ni. Ya Allah! Tinggal bilik je kut bukannya tinggal laki." Zaed terkejut melihat airmata Qisya mula menitis. Ape dah dia ni?

"Awak tak faham. Bilik ni banyak berjasa dekat saya tau sepanjang awak takde. Hm."

Zaed membiarkan sahaj Qisya melayan perasaan. Pape jelah!

"Awak, saya nak jumpa Faiz kejap boleh?"

Qisya mula risau melihat muka serius Zaed. Tapi wajah itu bertukar menjadi senyuman. Qisya tersenyum lega.

"Pergilah. Take your time. Abang tunggu kat kereta."

Qisya segera berlari mendapatkan Faiz. Sampainya di hadapan bilik pejabat Faiz, perlahan-lahan dia membuka pintu.

Faiz menoleh. Dia lihat Qisya sudah berdiri di pintu sambil menggenggam jarinya.

"Masuklah."

"Dengan teragak-agak, Qisya melangkah masuk. Faiz tidak pandang langsung pada Qisya. Menambahkan lagi rasa bersalah pada dirinya. Hmmm, Marah ke dia ni?

"Faiz."

"Emm."

"Maafkan saya, saya kena pergi."

"Pergilah kalau nak pergi."

Faiz sudah sembunyi senyum. Lucu betul muka cuak Qisya ni. Baru sikit!

"Okay, okay! Saya main-main ajelah. Takpe, pergilah balik dengan laki!" Mereka berdua ketawa. Dalam ketawa Faiz, sebenarnya berat hatinya untuk membiarkan Qisya pergi. Kalaulah dia punya hak, dia tidak akan biarkan Qisya pergi darinya.

"Awak jaga diri ya. Awak jangan selalu tak makan. Risau saya tau tak!"

Faiz tersenyum nipis. "Baiklah kak." Faiz menggelar Qisya kakak kali ini. Walaupun sakit! Tapi dia harus terima kenyataan. Qisya milik Zaed dan Qisya tak lebih dari seorang kakak.



"Lamanya." Zaed sudah berpeluk tubuh melihat Qisya yang sibuk memakai tali pinggang keledar. Keselamatan katanya.

"Tadi kata take your time?"

"Ye tapi janganlah lama sangat."

"Sorrylah, berat tau hati saya nak tinggalkan Faiz"

Zaed menjeling. "Elok lah tu."

Qisya diam. Biarlah dia nak cemburu ke apa.

"Awak."

"Ye." Zaed menjawab sepatah. Merajuk! Tapi biasalah, Qisya peduli apa! Hahahahaha.

"Saya nak jumpa Ani."

"Bawak lah saya jumpa Ani!"

"Awak dengar tak ni?"

"Awak!"

Zaed akhirnya menoleh. Hampeh betul kalau nak harap Qisya memujuk!

"Saya dengarlah."

"Saya nak jumpa Ani."

"Ye."

Qisya merengus. "Ye ye! Boleh ke tak?"

Zaed hanya mengangguk. Hailah Qisya, kau tak faham ke suami kau tengah cemburu ni???

"Awak, saya kesian lah kat Faiz. Mesti dia--"

Zaed cepat-cepat menghidupkan radio. Faiz, faiz, faiz. Dari tadi Faiz. Boleh tak cakap pasal aku ke apa? 

Qisya mencebik. Jealous lah tu! Qisya menguatkan lagi volume radio. 

"Nak pekak ke apa?"

"Nak sangat dengar radio kan? Haaa dengarrrrrrrrrr"

Akhirnya Zaed mematikan radio. Qisya dijeling sekilas. "Kalau awak cakap lagi pasal Faiz, saya.."

"Saya apa!"

"Saya terjun kang!" 

Habis berderai tawa Qisya. "Terjun kereta? Berani ke?"

Zaed buang pandang. "Dahlah."

Qisya menggeleng. Tahap tinggi dah cemburu laki aku ni. Ish ish ish.

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now