BAB 13

22.5K 565 20
                                    

lagu Selamat Pengantin Baru memeriahkan lagi suasana perkahwinan kawan Zaed

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

lagu Selamat Pengantin Baru memeriahkan lagi suasana perkahwinan kawan Zaed. ditambah pula dengan tetamu tetamu yang hadir. aku tengok raja sehari yang duduk di pelamin tersebut. bahagia betul mereka berdua. aku tersengih sendiri. teringat pulak waktu majlis kahwin aku dengan Zaed. dua duanya masam mencuka. aku menggeleng. 

tengah asyik aku melayan lagu lagu yang dimainkan, aku terlihat Zaed sedang berbual dengan seorang perempuan. cantik. dia mengenakan gaun paras lutut. rambutnya pula dibiar lepas. reben merah yang dipakai menyerlahkan lagi kecantikan perempuan itu. dari jauh aku nampak mereka berdua berbual agak mesra. perempuan itu siap memaut lengan Zaed lagi. 

aku menggeleng beberapa kali. cuba mengeluarkan fikiran negatif dari otakku. 

'huh! maybe kawan dia je kut. ye Qisya tu kawan dia' aku cuba menenangkan diriku sendiri. aku pergi mengambil makanan. tidak mahu mengambil peduli lagi tentang apa yang dilihat tadi.

"assalamualaikum" 

aku menoleh. erk? siapa pulak ni? aku memandang kiri kanan. kut kut lah ada orang kat tepi aku kan. nanti aku menyahut, malu je yang aku dapat. lelaki dihadapanku sudah tersengih-sengih. makinlah aku pelik dia ni! 

"saya ke?" aku menunjuk diriku sendiri cuba untuk meminta kepastian

"ada nampak orang lain ke? awak je depan saya sekarang. saya cakap dengan awaklah"

aku menggaru kepala ku sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. apa punya soalan lah Qisya oii.

aku memandangnya menanti dia mulakan bicara

"saya Amirul. just call me Mirul" dia menghulurkan tangannya. aku sekadar senyum. bukan mahramla oi!

Amirul teragak-agak menarik tangannya. lupa pulak dia Qisya ni isteri kepada kawannya sendiri.

"saya Qisya."

"i know"

"how did you know?"

"well, Zaed tu bestfriend saya. waktu wedding korang saya ada datang" dia tersenyum manis melihat ku. hais hensem pulak dia ni. 

"oh yeke? maaf lah tak perasan"

" takpelah. manalah orang tu nak perasan kan kalau asyik tunduk masam je"

PPANG! rasa macam kena tamparan pulak rasanya. aku hanya tersenyum hambar pandang dia. 

" mana Zaed?"

aku memuncungkan mulutku kearah Zaed. masih lagi dengan perempuan tadi. hebat sangat kut topik yang dibualkan tu. huh!

"Zaed Zaed. ada isteri cantik masih lagi nak layan si Ani tu"

agak perlahan suara Mirul tapi aku dapat dengar dengan jelas. 

"Ani? siapa Ani tu?"

"hah? taklah bukan siapa-siapa pun" Mirul kelihatan terpinga-pinga. aduss! terlepas.

"alaa alang-alang awak dah cakap ni, baik awak bagitahu je. lagipun saya ni isteri Zaed. saya berhak tahu kan?"

Mirul menghela nafas panjang. dah terlanjur, kena teruskan jugaklah. 

" okay kita duduk kat sana eh? sekali saya teman awak makan." dia memandang pingganku. aku ketawa. peramah betul Mirul ni. tak rasa kekok pun dengan dia. aku akhirnya akur sahaja dan membuntuti langkahnya.

                                                             *          *          *          *          *          *

aku pandang suami ku yang tengah asyik main iphone dia tu. aku nampak dia tengah asyik lagi tersengih-sengih sambil tangannya lancar menaip. sejak pulang dari majlis tadi, telefon dia tak pernah lepas dari tangannya. kata kata Mirul sentiasa mengganggu fikiran ku. entah kenapa perkara itu membuat hatiku gelisah. walaupun aku tak cintakan Zaed, tapi dia tetap suami aku. 

" tadi buat apa dengan Mirul?" aku tersentak. segera aku memandangnya.

" ah? takde apa apa pun. dia cuma temansaya makan je" 

dia menjelingku. ish kau boleh pulak berbual dengan Ani tu lama-lama! aku menjerit geram dalam hati

( throwback)

" actually Ani tu... Ani.. dia.."

"awak ni cakaplah cepat. jangan lah buat saya tertanya-tanya macam ni"

Mirul menggeleng. mungkin berat sangat perkara yang ingin diucapkan ni.

"Ani tu kekasih Zaed"

terasa seperti ada batu yang menghampasku. aku tersandar di kerusi. kekasih Zaed? aku cuba menyembunyikan perasaan terkejut ku dari Mirul. aku nampak dia seperti rasa serba salah dengan aku.

"what do you mean? this is joke right?"

"no Qisya. Zaed dan Ani memang dah lama bercinta. Zaed sangat cintakan Ani. dia selalu bagitahu Ani yang dia nak kahwin. tapi Ani selalu bagi alasan yang dia nak fokus kerja dulu. hm, orang macam Ani tu. kerja perkara paling utama bagi dia

aku memegang kepalaku. terasa berat pulak. susah aku nak telan kenyataan yang suami aku dalam diam dah ada kekasih hati. aku tidak tahu lagi nak cakap apa. lidah aku dah kelu. Mirul memandangku. dia meminta ku untuk bersabar. dan dia jugak minta aku supaya memujuk Zaed putuskan hubungan dengan Ani. tapi itu semua mustahil! mustahil aku nak putuskan hubungan mereka berdua. 

aku cepat-cepat sedar dari lamunan. aku lihat Zaed sudah nyenyak tidur. aku memandang mukanya. Ya Allah. kau ampunilah dosa suami aku ini ya Allah. kau kuatkan hatiku untuk menghadapi semua kenyataan ni ya Allah. air mata suda mula mengalir membasahi pipi. aku memejam mata rapat-rapat.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mario Maurer sebagai Amirul *gambar di atas

ha tudia ada sorang hero lagi muncul!! nak yang mana satu? Amirul atau Zaed? hehehe

#TeamZaed

#TeamAmirul


bos jadi suami?!Where stories live. Discover now