30

20.2K 481 25
                                    

"Zaed kenapa you monyok je ni? You ada problem ke?"

Zaed diam. Tidak dilayan soalan Ani yang dari tadi tak henti-henti. Dalam dia serabut memikirkan Qisya, Ani selalu bertanya macam-macam, cerita yang bukan bukan sampai Zaed sendiri naik bengang.

"You? Kenapa ni? Kalau you ada problem. Just tell me."

"Takde apalah Ani. Just be quiet please."

Ani sentap. Runsing dengan perangai Zaed yang sejak akhir akhir ni seakan mengelak dari dia

"Okey, kalau you tengah sedih, I have a good news yang boleh buat awak happy " Ani memaut lengan Zaed

"What is it?"

"Guess what sayang? I ready untuk kahwin dengan you"

Zaed terkejut. What? Kahwin?!

"This is not you Ani. Are you okay?"

"Hey, Im okay. Kenapa ni? Apasal dengan muka cuak tu? Terkejut sebab I ajak you kahwin? Ya memang selama ni I selalu mengelak kalau bincang soal kahwin dengan you dulu but now. Im ready"

Keluhan berat lepas dari mulut Zaed. Entah kenapa khabar yang sepatutnya menggembirakan hatinya, langsung sedikit pun tidak menggembirakan hatinya. Selama ini, ini yang dia tunggu keluar dari mulut Ani. Tapi sekarang, dia ingin menepis kenyataan yan baru sahaja keluar dari mulut Ani.

"You tak rasa yang keputusan you ni terlalu cepat ke?"

"Apa maksud you? Bukankah selama ni, you tunggu keputusan dari I? And now I'm ready. So whats the problem? Is it because your stupid wife?"

Zaed serta merta berdiri. Bengang bila perkaatan 'stupid wife' keluar dar mulut Ani.

"Zaed kenapa ni? Apasal you marah sangat dengan I?" Renungan mata Zaed dibalas dengan pandangan hairan

Ikutkan hati, ingin ditengking Ani. Tapi hatinya melarang. Argh!! Apa kena dengan aku ni. Getus hati Zaed.

"I got to go"Zaed mencapai kunci keretanya dan meninggalkan Ani sendirian

"Wait Zaed! Zaed you nak pergi mana tu? ZAED!!!!"


----------------------------------------


Angin malam membuatkan jiwa Qisya tenang. Tenang setenang tenangnya. Terlepas sedikit beban dibahu. Tapi, apabila berjauhan dengan Zaed, hatinya sedikit tidak menentu. Wajah Zaed selalu muncul dalam fikirannya.

"Buat apa kat sini? Tak sejuk ke?"

Qisya menoleh " Eh Faiz. Saja je ambil angin. Bosan lah kat bilik. Awak buat apa kat sini? Takde kerja ke?"

"Saya nak cari fresh air sikit. Last last jumpa awak kat sini. Sekali lah saya teman awak kan? Manalah tahu ada hantu nak culik tuan puteri ni" Faiz tersengih

"Ish dia ni. Cakap macam tu pulak malam-malam ni. Lagipun manalah ada hantu yang nak dekat saya ni encik Faiz oi." Qisya menghadiahkan senyuman manis kepada Faiz. Agak kekok apabila Faiz selalu mencuri pandang. Tapi Qisya buat buat tak nampak. Malu

"Qisya tak rindu dekat suami ke?" Gulp!! Ya Allah apa jenis soalan lah yang si Faiz bagi ni. Habis bederau darah dibuatnya. 

"Hm isteri manalah yang tak rindu dekat suami kan" 

Faiz diam. Sebenarnya hatinya sedikit kecewa apabila mengetahui Qisya sebenarnya hak milik orang. Hak milik kepada orang yang langsung tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Qisya okey ke ni?"

"Saya okey je lah Faiz. Jangan risaulah" Qisya hanya tersenyum hambar. Luarannya memang nampak seperti dia tidak mempunyai masalah. Tapi jauh di sudut hati dia sangat rindukan Zaed. Sangat cintakan Zaed. Tapi apa yang perlu dia buat? Paksa Zaed untuk cinta dia? Paksa Zaed untuk terima dia. Mustahil

"Kenapa Qisya biarkan Zaed buat Qisya macam tu. Qisya ada hak. Qisya isteri dia.. Qisya ada h..."

"Saya takde hak Faiz. Dia terima saya jadi isteri dia pun atas keterpaksaan. Saya takde hak nak tuntut apa-apa dari dia."

"Tapi Qisya isteri dia.."

"Tapi dia tak cintakan saya. Dahlah Faiz. Enough. Saya taknak dengar apa-apa lagi." Qisya berlalu dari situ bersama tangisan. Kenapalah Faiz ingatkan padanya semula tentang Zaed? Hatinya cukup sakit setiap kali mengingati Zaed. Ya Allah, berilah aku kekuatan. 


--------------------------------------


IM SORRY FOR THIS SHORT UPDATE. i got to go hahahah anyway tq for read+vote this story. in sha allah esok i'll try update yg kaw kaw punya hahahaha

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now