Bab 33

18.6K 414 7
                                    

Qisya berehat dibilik memandangkan hari cuti. cuti sebegini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Apa tidak, kalau waktu bekerja, disitulah kerja tak pandai habis. Sekarang cuti. Baik berehat dibilik. Lagipun tiada aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Teman tiada, baca majalah bosan, tengok tv bosan. Hmmm hailah Qisya..

'kring kring'

Telefon Qisya ambil dari atas meja. Faiz

"Ya waalaikumsalam Faiz, kenapa ni?"

"Hm Qisya awak free tak?"

"Kan cuti ni, mestilah free. Ada apani?"

"Keluar jom?"

Qisya memandang telefonnya. Seolah olah muka Faiz ada di skrin telefonnya. Budak ni, takpandai ke tidur je kat bilik

"Faiz, tak penat ke? waktu kerja, bekerja. Waktu cuti, nak bawa saya jalan pulak. Rehatlah. Rehat cukup2"

"Dah telebih cukup dah rehat saya ni Qisya. Lagipun saya bosan lah kat bilik ni. Semua benda tak menarik kat mata saya."

Qisya diam sejenak. Hm bagus jugak kalau aku pegi jalan jalan. taklah mereput kat dalam bilik, bisik hati Qisya.

"Okay, boleh. Tapii.. Satu syarat!"

"Ala dia ni nak jalan pun besyarat bagai. Apa dia?"

"Awak belanja saya! kering poket saya sekarang ni tau" usik Qisya. Saja nak di uji nya adik Faiz sorang ni.

"Anything for you my queen. Dah pegi besiap sekarang. Saya tunggu kat lobi"

Telefon dimatikan. hm Faiz ayat dia bukan main..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"OH MAK KAU CINA" laju Qisya menutup mulutnya. Malunya melatah depan Faiz!!!!!!!!!!!

"Perempuan cantik pun melatah? hahahahha " usik Faiz. Senang hatinya melihat muka merah Qisya. comel

"Ish awak ni. Saya tekejut lah. Kalau saya jatuh kat dalam kolam tadi ni, nak ke awak berenang selamatkan saya?"

"Lautan api sanggup kurenangi...."

"Ha mula dah perangai dia.. dah lah" laju Qisya memotong ayat 'pickupline Faiz. Geli sebenarnya dia mendengar ayat-ayat sebegitu.

"Lain kali hati-hati kalau jalan tu. Kang kalau jatuh, saya jugak yang susah"

Qisya menjeling sambil tersenyum. Dia membetulkan tudungnya yang ditiup angin. huh nasib tak jatuh!

Suasana di taman petang itu sangat tenang. tak ramai yang datang. mungkin semua sedang meluangkan masa dengan keluarga. maklumlah, cuti cuti macam ni lah peluang untuk luangkn masa bersama mak ayah, anak anak, suami. suami...

"Nah" Faiz menghulurkan aiskrim vanila kepada Qisya. Laju Qisya mengambil.

"Hei! tau je awak kan saya suka Vanila."

"Well, stalker"

Qisya makan tanpa pedulikan Faiz yang sedang asyik merenungnya. Dia sedar perbuatan Faiz itu, tapi memilih untuk berdiam. Kalau ditenungnya balik Faiz ni, mampus! Dahlah pandangan Faiz kaw-kaw!

"Qisya.. saya nak tanya something lah. tapi awak jangan marah ya?"

Setelah melihat anggukan dari Qisya, Faiz mula bersuara.

"Zaed tak cari awak ke? Yelah maksud saya dah lama awak pergi dari dia, dia tak risau ke?"

"Nak ke dia risau pasal saya ni? Mimpi kut kalau dia nak risaukan saya." Qisya membalas dengan tenang. Kedengaran agak sayu di telinga Faiz.

Faiz mengeluh perlahan. "Takbaik macam tu Qisya, tu suami awak."

"Ya saya tahu dia suami saya. tapi... susah saya nak cakap Faiz. Susah"

Faiz diam sejenak. Kalau makin dilanjutkan pertanyaan, takut Qisya naik angin.

"Okay! jom pegi tengok wayang? Bosanlah asyik makan aiskrim ni je. Mamat aiskrim tu pun mungkin dah bosan tengok kita ni" Tawa Qisya pecah. Tah apa yang kena sangat dihatinya.

"Eh gelak kuat ni kenapa? something wrong ke?"

Qisya mengambil sapu tangannya dan lap mulut Faiz yang terkena aiskrim.

Faiz terpaku. Terkejut dengan tindakan spontan Qisya. Matanya tepat merenung wajah Qisya. Qisya yang mula menyedari, cepat cepat menyimpan sapu tangannya.

"Ish mulut awak tu kotorlah dek oi" sengaja Qisya menggunakan perkataan 'adik'. Supaya Faiz tak menyalah anggap perbuatannya tadi.

"Yelah kak Qisya. Nak tengok wayang ke tak ni?"

"Wayang apa? Kalau aksi aksi ni, baik mu pegi tengok sendiri."

"Tu yang best tu. Jomlah. Kali ni je. Kalau awak taknak tengok, at least temanlah saya. Nanti awak tidur jelah kat dalam panggung tu"

"Amboi banyak jelek muka kau! habistu bazir jelah duit kalau beli tiket tapi tak nonton. Dah! daripada tengok wayang, baik pegi makan. Perut kenyang...." Qisya berhenti untuk Faiz sambung pepatah itu.

"Hati pun senaaaaaaaang." Faiz menyambung dengan nada yang kurang senang.

"Hah pandai. Jom! Akak belanja"

'Akak lah sangat!' Faiz bermonolog sendiri.

"SAYA DENGAR TU SAYA DENGAR"

Faiz hanya ketawa. lega hatinya melihat Qisya bahagia. misinya untuk membuat Qisya happy berjaya. sekurang-kurangnya, kesedihan Qisya terawat kalau macam ni. taklah dia duduk terperap di bilik dan teringat masalah dia. Faiz tak mahu Qisya bersedih. dia tidak mahu lihat orang yang dia sayang, bersedih. walau apapun, aku tetap akan bahagiakan Qisya, bisik hati Faiz.


------------------------------------------------------------------------------------------

Hai guys ok sis nak promote satu cerita ni. dia baru mula but the story is superb! 


Slide to unlock my heart by  

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now