31

20.1K 499 16
                                    

"Assalamualaikum Qisya"

"Waalaikumsalam mak. Ada apa call Qisya ni?"

"Amboi. Takkan lah tak boleh nak call. Lagipun Qisya jarang sangat call mak. Qisya sihat?"

"Alhamdulillah Qisya sihat. Mak apa khabar?"

"Alhamdulillah mak sihat. Kenapa tak pernah call mak ni? Busy sangat ke kerja?"

"Takde apalah mak, cuma busy sikit kat challet ni"

"Challet? Zaed bukak challet ke?"

PPAP!! Ya Allah terlepas!! Apa aku nak cakap ni? Menipu bedosa, jujur naya aku!!

"Hm takde apalah mak, okelah Qisya busy ni ada kerja okebai!"

"Eh nanti nanti.. Qisya jangan nak lari dari mak. Cepat jawab"

Moodku 100% berubah. Aduyai apalah aku nak cakap kat mak ni. Takkanlah aku nak cakap aku lari dari rumah Zaed dan kerja kat challet yang jauh dari suami. 

"Errr.. sebenarnya Qisya tak tinggal kat rumah Zaed..." Lama aku tunggu jawapan dari mak. Tapi tiada. Aku 'hello hello' beraa kali pun tiada sahutan

'Hilang line rupanya. Fuh baguslah, selamat rahsia aku' aku menarik nafas lega

"Cik Qisya, ada orang kat luar nak jumpa cik." 

Aku menoleh. Aku lihat sara memberikan reaksi yang sememangnya merisaukan aku. Kali ni apa pulak lah masalah yang berlaku. Tak habis habis masalah berlaku dalam challet ni.

"Ada apa Sara? Kenapa muka risau sangat ni?" 

"Tak tahulah cik. Tadi Mila dah cuba tenangkan 'perempuan gila' kat luar tu tapi teruk Mila kena marah."

"Ish awak ni takbaik cakap macam tu. Biar saya pergi tengok jap"

Aku bergegas ke lobi untuk lihat apa yang terjadi...

"Oh wow! So ini bos korang?!" Aku lihat Mila sudah tunduk menahan geram yang teramat dengan perempuan dihadapannya itu. 

"Ani?"

"Yes its me! Why? So you bos kat sini?"

Aku buang pandang saat dia berikanku jelingan maut dia tu. Masalah apalagi dia nak bawak kat sini. Kenapalah aku kena jumpa dia kat sini jugak? 

"Awak ada masalah apa kat sini? Ani bergerak menghampiriku.

"I know you kerja kat sini thats why I datang." Ani berbisik kepadaku sambil tersenyum sinis. Dia tahu aku kerja kat sini? Macam mana dia tahu dan kenapa dia nak tahu? Sewel betul Ani ni takde kerja ke?!

"I nak cakap sikit dengan you kalau you free." Aku memandangnya. Daripada aku biar dia buat masalah kat sini lama-lama baik aku turutkan aje permintaan dia ni.


----------------------------------------


"I akan kahwin dengan Zaed"

Nafasku seakan-akan terhenti. What? Kahwin dengan Zaed? Apa motif dia bagitau aku?

"So, you datang sini nak bagi kad jemputan korang ke?"

"No. I nak you ceraikan Zaed"

"Cerai? What do you mean?"

Ani buang pandang. Rambutnya dirapikan apabila angin bertiup. Sesekali dia melihat sekeliling. Tidak mahu ada telinga yang mendengar perbualan mereka.

"You know what? I tak tahu lah jampi apa yang you guna supaya Zaed susah sangat nak ceraikan you. So I want you to tell him yang you nak bercerai. Thats all"

"Ani, saya tak kesah kalau awak nak kahwin dengan Zaed. Awak yang nak kahwin dengan dia kan so why not awak yang suruh dia ceraikan saya. Lagipun dia cintakan awak kan? Saya yakin dia akan dengar cakap awak. "

"Kalau dia dengar cakap I, taklah I susahkan diri cari you untuk cakap benda ni. You must understand!"

Aku diam. Aku tak faham betullah dengan Ani. Perangai Zaed lagilah aku tak faham. Kata benci aku, kenapa taknak ceraikan aku dan kahwin je dengan Ani. Nak seksa aku ke kena berhadap dengan beruk ni?

"Qisya are you listening?"

"Macam ni lah Ani. Saya tak nak masuk campur dengan urusan dunia awak berdua ni. Korang handle lah sendiri. I mena nothing to Zaed. So Im sure yang Zaed tak cintakan saya dan saya tahu dia akan ceraikan saya. So awak jangan risaulah Ani. Jangan nak terdesak sangat. Just wait" Aku menekan perkataan terdesak. Jadi perempuan jangan nak terdesak sangat nak kan lelaki. Jatuh maruah!

"So maksud you I terdesak?" Ani sudah menunjukkan api kemarahan

"Saya tak cakap, awak yang cakap" Aku membalas dan berlalu dari situ.

"Qisya!!" Ani menarik lenganku kasar dan ingin menampar wajahku..

" HEY!!!!" tangan Ani direntap kasar. Ya Allah sikit lagi muka pipiku jadi mangsa kemarahan Ani

"Wow Qisya. Ni siapa pulak?" Ani memandang tajam kearah Faiz.

"Im his bodyguard so you please stay away from Qisya or else.." Faiz acah-acah ugut Ani. Ani mengetap gigi menahan marah memandangku. Aku tahu dia tidak puas hati dengan aku. Lebih-lebih lagi semua omongannya aku endahkan.

"Ya Allah Faiz, terima kasih sangat sangat. Nasib awak ada, kalau tak, saya tak tahulah apa jadi dengan pipi saya ni" Faiz ketawa sambil mencalit hidungnya dengan ibu jari. Tunjuk hebatlah konon.

"Sebenarnya dari tadi saya tengok awak sembang dengan dia. Saya rasa macam tak sedap hati pulak. Tu yang saya tunggu. Tak sangka pulak betul tekaan saya yang perempuan tadi tu memang saiko"

"Tulah kekasih kesayangan dunia akhirat suami saya. Dia datang sini pun bagitau aku yang dia akan kahwin dengan Zaed."

"Dia dan Zaed nak kahwin? So awak macam mana?"

Senyum ku mati. Aku? Aku sendiri takpasti. Aku kena redha dengan apapun keputusan yang Zaed akan lakukan. Aku tak boleh berharap Zaed akan berpihak padaku. 

"Kalau awak tanya Zaed, mesti dia akan cakap 'Qisya campak kat laut jelah'" aku buat loyar buruk. 

"Daripada dia campak kat laut, baik campak kat saya yang single and available hanyaa untuk Qisya kan?"

Aku tersentak. Ek eh dia ni nak buat lawak pun janganlah lawak libatkan aku.

"Amboi sweet talker betul bodyguard saya ni. Dah dah pegi sambung kerja. Saya nak masuk bilik." 

"Yelah Qisya.."

Faiz sembunyi senyum. Entah kenapa dia senang dengan Qisya. Kehadiran Qisya benar-benar mengisi ruang hatinya. Cuma satu yang menghalang. Qisya ada suami. Tidak mungkin dia akan merebut Qisya dengan mudah.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum readers sis yang baik hati lagi comel2 belaka ni. 

Sis nak minta maaf ni if bab ni hambar gila namatey sebab sis takde idea sis cari inspirasi kat luar pun takde idea sebab sis dikelilingi hutan :'). Esok sis akan balik tawau so maybe sis akan jarang update sbb sekolah akan start kembali guys!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hm i hope so i can meet you guys again in the next chapter. okay see you when i see you bye. tq for read and vote this story hehehehhe 

bos jadi suami?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang