28

19.5K 500 18
                                    

Qisya yang baring dikatil dipandang sepi. Hatinya dijentik rasa bersalah kerana menengking isterinya itu pagi tadi. Perlahan-lahan dia menghampiri Qisya. Rambut Qisya diusap perlahan. tidak mahu Qisya sedar.

"Abang minta maaf. Abang tak bermaksud. Abang sendiri tak faham dengan diri Abang.."

Qisya memejam matanya rapat sementara telinganya hanya mendengar luahan Zaed. Putus asa. Sungguh dia putus asa dengan perangai Zaed. Dia sendiri tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Lawan Zaed? Sudah tentu tidak. Syurga dibawah telapak kaki Zaed. Dia tidak mahu hancurkan syurga itu. Redha? ya dia redha. tetapi hatinya cukup sakit dengan perbuatan Zaed. Walaupun dia tahu Zaed tidak pernah cintakan dia, sekurang-kurangnya Zaed perlu hormat dia sebagai seorang isteri. 

----

Bunyi penggera telefon mengejutkan Zaed. Dia meraba-raba katil sebelahnya. Qisya tiada. Baru matanya terbuka luas apabila menyedari itu. Dia pergi ke bilik air, tiada. Matanya terpandangkan sekeping kertas bersama cincin diatas meja. Cincin perkahwinan mereka! Hati Zaed bagaikan terhenti. dia mencapai surat itu

"Assalamualaiku..

Zaed, pertama sekali saya nak minta maaf. Maafkan segala perbuatan saya yang menyakiti hati awak secara sengaja atau tidak. Saya tahu sepanjang kehadiran saya dalam rumah ni, saya tak pernah pun memberi kebahagiaan pada awak. Saya tahu sayalah yang menjadi penghalang antara awak dan Ani. Saya nak awak tahu, sedikit pun saya tak berniat nak halang hubungan awak dengan Ani. Saya pun taknak ini semua terjadi. Tapi siapalah saya nak halang perancangan Allah. Saya tahu awak marah dengan saya. Saya tak minta pun awak cintakan saya. Saya cuma minta awak hormat saya sebagai isteri awak. Walaupun bukan inilah isteri idaman awak. Bukan inilah isteri yang cintakan. Halalkan segala makan minum saya. Saya minta awak tolong jangan cari saya. Biarlah saya ergi dari hidup awak semua. Saya tak nak menjadi halangan antara awak dan Ani lagi. "

Surat ditangannya dipandang ksoong. Cincin Qisya juga hanya ditatap sepi. Hatinya berkecamuk. Buntu. Kenapalah aku begitu leka sebagai seorang suami? Kenapalah aku tak pernah sedar Qisya seorang isteri yang sangat baik? Zaed hanya melepaskan keluhan berat. 

Deringan telefon mengalih perhatiannya. Ani. Arghh! Aku tiada masa nak layan call Ani. Apa yang perlu aku fikirkan sekarang ialah dimana aku nak cari Qisya. 


-----


"Cik? Alhamdulillah cik dah sedar."

Qisya memegang kepalanya yang masih terasa berat. Pandangannya masih kabur. Hanya melihat bayangan seorang lelaki yang kini berada ditepi katilnya.

"Saya dimana ni?"

"Cik di hospital sekarang. Semalam cik pengsan kat tengah jalan. Dahlah semalam hujan lebat sangat"

Aku cuba mengingati kembali kejadian semalam. Akhirnya aku hanya mengangguk.

"Cik rasa okey tak ni? Saya risau dari semalam cik tak sedarkan diri. Muka cik pun nampak pucat."

Dari semalam? Jadi maksudnya lelaki ni teman aku dari semalam? bisik Qisya dalam hati. Tapi malas hendak ditanya. 

"Saya okey. Panggil saya Qisya je. Bila saya boleh keluar ni?"

"Doktor cakap, Qisya boleh keluar esok kalau Qisya dah okey"

Qisya mengangguk. Matanya melilau mencari air. Haus pulak rasanya tekak. 

"Nah"

Qisya memandang lelaki itu. Eh tau pulak dia ni aku tengah haus. 

"Nama encik siapa?"

"Faiz  Hakimi. Just call me Faiz" balasnya bersama senyuman

":Malam tadi awak nak pergi mana? Saya tengok awak bawak beg berat berat. Jalan tengah malam. Hujan pulak tu."

Qisya hanya diam. Dibiarkan sahaja soalan Faiz berlalu.

"Hello" Faiz memetik jarinya beberaapa kali.

"Eh, taklah. Hm awak keluarlah dulu saya nak pergi tandas ni" Qisya berbuat alasan. Kalau dibiar lama, makin banyak lah soalan encik Faiz sorang ni..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


HAI!!! yey finally dapat pun update. sorry kalau cerita makin jatuh merundum ke'best'an dia haahhahahaha. okay tq sebab baca and vote muah.

Bacalah novel ni jugak. Ceritanya memang best+gempak!!! 

Budak PT3 Itu Isteri Aku!!?? Budak SPM Itu Suami Aku!!?? 

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now