Bab 37

19K 410 12
                                    

Deringan telefon membuatkan mata Qisya terbuka. Dia meraup wajahnya beberapa kali sebelum melihat jam di dinding. Pukul 9:00 pagi. Siapa pulak yang telefon pagi-pagi ni.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Qisya."

Qisya melihat semula telefonnya. Mak!

"Ya mak. Ada apa kol Qisya ni?"

"Tak ada apa lah. Mak cuma risau sebab Qisya takpernah telefon mak. Qisya sihat?"

"Ya mak. Qisya sihat. Mak sihat?"

"Alhamdulillah. Kenapa tak pernah balik sini. Bos tak bagi cuti ke?"

Qisya diam.  Baru dia sedar, sejak dia keluar dari rumah Zaed, dia tidak pernah balik kerumahnya.

"Nanti Qisya bincang dengan bos ya. Okelah mak, Qisya kena turun ni. Bai assalamualaikum"

Qisya mengenakan seluar slack dan tshirt coklat polos bersama tudung coklat. Harini, no uniform kerja! Cewah.

Qisya mahu minta kebenaran pada Faiz untuk balik rumah maknya sehari dua. Harap-haraplah Faiz bagi cuti.

"Assalamualaikum" Qisya mengetuk pintu bilik ofis Faiz. Tiada sahutan. Aik, mana pulak Faiz? Biasa pagi-pagi macam ni dah ada kat ofis.

Qisya menjongket bahu dan pusing ke belakang..

"BBBAAAA!!!"

"ARGHHH!" Qisya menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya. Dia mendengar suara'ketawa'. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Kelihatan Faiz sudah galak mentertawakannya. Kurang asam punya Faiz! Bahu Faiz menjadi mangsa pukulan Qisya. Ambik kau!

Faiz mengerang kesakitan bersama sisa tawanya. Hailah Qisya, comel bebenor budak ni kalau marah.

"Tak baik tau buat orang macam ni. Nasi saya tiada sakit jantung."

"Sorrylah. Elleh dia ni. Gurau sikit pun tak boleh"

"Gurauan awak ni boleh buat penumbuk saya singgah kat muka awak tau tak?" Qisya acah-acah mahu menumbuk Faiz. 

Faiz tersengih "Apalah sangat penumbuk kecil ni. Pagi-pagi dah terpacak depan bilik saya ni kenapa?"

" Kalau ya pun, masuklah dulu. Saya nak duduk"

Faiz senyum lalu masuk ke dalam. Diikuti oleh Qisya.

"Faiz, saya nak minat cuti tiga hari boleh?"

Seperti biasa, pandangan Faiz tertumpu sepenuhnya kearah Qisya

"Kenapa? Awak sakit ke?"

"Eh taklah. Saya nak balik rumah mak saya."

Faz mengangguk tanda faham. "But in one condition"

Qisya memandanganya. Ni yang bikin takut ni. Syarat apalagi encik Faiz oi? Qisya mengangkat keningnya.

"Saya hantar"

Qisya menghembuskan nafas lega. Haih diani, ingatkan apalah tadi.

"Suka hati awaklah Faiz. Saya balik bilik dulu. Nak kemas baju sikit"

Faiz mengangguk sambil senyum memandang Qisya, sampailah Qisya hilang daripada pandangannya.


-----------------------------------------------

"MAKKK!!!" Qisya berlari laju untuk mendapatkan ibunya. Dah serupa pelari pecut pun ada. Lama dia memeluk ibunya. Rindu!

"Akak!!" Aiman muncul bersama bunga ditangannya. Qisya tersenyum lebar melihat adiknya itu. How sweet!

"Amboi. Suka sangat kakak balik sampai prepare bunga. Thankyou"

"Eh eh eh! Jangan nak perasan. Aiman susun bunga kat dalam tadi" Laju dia menarik bunga dari tangan Qisya. Qisya mula memuncung .

"Siapa yang hantar Qisya tadi tu?"

"Abang Zaed lah mak. Siapa lagi." Aiman menyampuk

"Eh taklah. Tu bos Qisya. Faiz"

"Oh. Zaed mana? Kerja?"

Qisya diam. Belum apa-apa mak dah soal. Macam manalah aku nak cerita benda ni nanti.

"Masuk dulu lah mak. Aiman, tolong angkat beg akak ni."

"Baik bos!"


Qisya duduk di sofa sambil emmbaca novel. Lamanya tidak pegang novel. Sejak kerja di challet tu, manalah ada masa nak baca novel. Sibuk memanjang.

"Qisya, daritadi mak tengok Qisya diam aje. Qisya ada masalah ke? Qisya dengan Zaed okey?"

Qisya menghadap ibunya dan memegang kedua-dua tangan ibunya. Kemudian ibunya dipeluk buat seketika. Hm mak. Macam manalah ananda mu ini nak cerita.

Qisya menarik nafas panjang sebelum mula bicara

"Mak, sebenarnya Qisya dah tak tinggal dengan Zaed."

Bulat mata Puan Nita mendengarkan itu. "Kenapa? Zaed ceraikan Qisya ke?"

"Tak mak, cuma Qisya lari. Qisya tak tahan lagi mak dengan perangai Zaed"

"Ya Allah Qisya. Kenapa sampai macam tu sekali?"

"Entahlah mak. Qisya malas lah nak cakap benda ni. Lagipun Zaed dah nak kahwin"

"Apa?! Kahwin?!" Aiman yang baru datang dengan dua gelas oren tiba-tiba menyampuk. Qisya hanya mengangguk.

"Dengan siapa?" Puan Nita menyoal.

"Firs't love dia mak. Ani"

"Hish! Takguna punya abang ipar." Ujar Aimaan acah-acah marah.

"Aiman, takbaik macam tu. Mungkin Zaed ada sebabnya tersendiri buat semua tu. Qisa tak cuba bincang dengan Zaed?"

"Tak ada benda yang nak dibincangkan mak. Biarlah dia." Qisya pasrah. Malas hendak ambil tahu. Apa yang dia dapat kalau ambil tahu pasal semua ni? Dapat untung? Tak. Dapat sedih adalah!

"Qisya takbaik macam tu. Qisya kena bincang dengan Zaed. Qisya isteri dia. Qisya berhak suarakan apa yang terbuku dalam hati Qisya"

"Lagi satu. Qisya setuju ke Zaed nak kahwin lain? Sanggup dimadu?

Qisya hanya mengangguk lemah. 

"Akak ni pun satu. Kenapa tak bantah? Fight for your love lah kak."

"Fight apa bendanya kalau Zaed dah tetap dengan pendiriannya? Ingat akak suka Zaed kahwin lain? Ingat akak suka dimadukan? Eh Aiman, akak sayang tau dengan Zaed Tapi apa akak boleh buat? Biarlah dia Aiman. Apa dia nak buat,akak taknak ambil tahu"

"Qisya.." pujuk ibunya lembut

Qisya menaiki anak tangga menuju kebiliknya. Malas bicarakan soal Zaed. Entah-entah dorang dah selamat kahwin dan bahagia sekarang ni. 

Zaed, kau buat aku hancur Zaed. Hancur!


-----------------------------------------------------------------


Holla guys assalamualaikum. So end for this chapter. Selamat berpuasa. 

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now