Bab 46

29.1K 528 31
                                    

8 bulan kemudian..

"Aku terima nikahnya Siti Maisarah binti Abdul Jalil dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!"

Alhamdulillah. Aiman selamat dinikahkan. Selamat menjadi suami kepada Siti Maisarah seorang.

Aiman mengucup umbun-umbun Sarah. Air mata kegembiraan mulai jatuh membasahi pipi mulus Sarah. Matanya dipejamkan. Mungkin menikmati kucupan penuh kasih sayang dari suami. Semua yang melihat senyum gembira. Syukur Aiman selamat melafazkan akad dengan sekali lafaz sahaja. Syukurlah tak keluar penyakit parkinson dia hahaha.

Kini giliran Sarah pula mencium tangan suaminya. Aiman memegang kepala Sarah dengan senyuman. 

"Terima kasih." 

Sarah senyum bersama air mata kegembiraan. 


Guess what? Qisya sekarang sudah berbadan dua! Alhamdulillah, rezeki Allah. Siapa sangka malu-malu kucing pun, tup tup Zaed junior dah nak keluar. 2 bulan aje lagi. 

Amirul pula. Hm tulah dah pesan jangan benci sangat, nanti jadi cinta. See? Rupanya dalam diam tengah hangat bercinta dengan Ani! Bila dipaksa, baru nak mengaku. Hailah dorang ni, kalau dah suka, nak buat macam mana kan? Sekarang ni pun tinggal tunggu kad kahwin diorang sampai aje. Hehehe

Faiz? Faiz masih lagi membujang. Masih sibuk uruskan challetnya. Katanya mahu naikkan lagi challetnya itu. Dan yang paling penting, Faiz sudah boleh jalani hari-harinya seperti biasa. No more Qisya, no more love. Just work!

Kring kring!!

Telefon bimbit Qisya berbunyi. Faiz! Panjang umur.

"Hello, saya dalam perjalanan ke rumah awak ni."

Qisya senyum gembira. "Datang pun! Yalah saya tunggu."

Sebaik sahaja Qisya meletakkan telefon. Ada seorang lelaki berbaju melayu biru lembut menghampirinya. Ya Allah!

"Tadi kata baru on the way? Terkejut saya!"

Faiz sudah ketawa mengekek. "Betullah. Sampai dah pun."

"Yalah. Pegilah makan dulu. Banyak awek kat dalam, usah je." Bisik Qisya.

"Ehem. Apa yang dibisikkan tu?" Zaed muncul. Segak dengan baju melayu ungunya. Lengkap bersamping. 

"Taklah. Qisya bisik I love you aje."

Bulat mata Qisya dibuatnya. Zaed apalagi, macam bola pingpong.

"Main-main aje lah. Saya masuk dulu."

"Dah. shuh-shuh." Usik Zaed.

"Ish tak baik!"

Zaed memandang Qisya. Bini aku sorang ni pun tak pandai duduk diam ke?

"Sayang ni pun satu. Yang berdiri kat sini buat apa? Kang teberanak pulak."

"Mulut!" Qisya mencubit mulut Zaed. Susah betul dapat laki mulut laser ni.

"Hahaha dah jomlah masuk wahai sayangku." Zaed merangkul pinggan Qisya masuk ke dalam. Qisya jalan pun dah tak boleh nak stabil sangat. Maklumlah tengah sarat.

Sampai sahaja mereka di ruang tamu, Amirul dan Ani sudah berada disitu menjamah kuih. Alahai sweet pulak tengok diorang ni main tolak-tolak. Tolak-tolak manja gitew.

"Telempar kang si Ani tu." Usik Zaed.

Amirul tersengih. Ani turut tersengih. Perasaannya pada Zaed sudah lama hilang. Kini, hanya Amirul dihati. Cewah.

"So, bila boleh rasa nasi minyak korang pulak?"

"Hello, Kitorang nak buat nasi briyani okay." Ujar Amirul.

"Eh! Tadi you dah setuju nak nasi goreng ayam." Bantah Ani.

"Takjadi."

"You!"

"Dah dah dah. Tak kisah lah nasi briyani ke nasi goreng ke, yang penting bila kad korang nak sampai?" Laju Qisya bersuara. Bergaduh pulak merpati dua sejoli ni.

Amirul dan Ani saling berpandangan. Kemudian mereka memandang Zaed dan Qisya sambil tersenyum mereng.

"Tadaaa!" Amirul meletakkan kad kahwin mereka di atas meja. Majlis perkahwinan A&A. Ohmy God!

"Serius ke weh?" Qisya menepuk bahu Ani. Tidak percaya!

"Serius lah. Jangan lupa datang tau."

"Gila tak datang?" 

"So tema apa?" Qisya menyoal teruja.

"Transformer."

"Fairy tale." Rengek Ani.

"Pulak! Dah kenapa pulak tiba-tiba transformer Mirul?"

"Hebat apa? Aku nak nanti ada robot-robot iringi kita masuk pergi dewan. Hebat kan sayang?"

"Hebat palahotak you! Sejak bila ada robot kat majlis kahwin?" Ani sudah berpeluk tubuh. Pelik berul manusia sorang ni.

"Dah lah tu. Lantak korang lah." Zaed bersuara. Apa-apalah. dDiorang yang nak kahwin.

Akhirnya, mereka berempat ketawa. Tak sangka betul masing-masing dah nak tamatkan zaman bujang. Cayalah Mirul!



--------------------------------


"Sayang, sayang tau tak apa beza sayang dengan semua perempuan yang pernah abang kenal?"

Qisya menggeleng. "Tak tahu."

"Dorang semua sementara, tapi sayang selama-lamanya."

"Sementara pun pernah jugak kan. Kira Qisya ni bukan yang pertama lah. Hm~"

"But, you will be the last." Bisik Zaed lembut ditelinga Qisya. Dia mengusap-usap perut Qisya lalu melekapkan telinganya disitu. Macam-macam lah Zaed dengar. Bunyi tendang lah. Apalah. Hm. Macam-macam.

"Sayang, ibu memang kuat merajuk ke?"

"Ya ayah, ibu kuat merajuk." Zaed meniru-niru suara bayi pulak dah. Tergelak Qisya dibuatnya.

Qisya memerhati Zaed dengan senyuman manis. Senyuman yang sememangnya tidak pernah terbit dari bibirnya dulu. Tapi kini, senyuman itu yang sentiasa menghiasi bibirnya. Ya Allah, memang betul Zaed jodoh yang terbaik buatku. Aku yakin Zaed lah yang terbaik untuk ku. Ya, sangat terbaik! Akhirnya, rumah tanggaku berakhir dengan kebahagiaan. Syukurlah. Terima kasih Ya Allah kerana menganugerahkan Zaed kepadaku. Terima kasih kerana memberikan yang terbaik buat kami. Semua konflik yang berlaku, akhirnya selesai. Terima kasih Ya Allah.

Dialah bos, dialah suami. Zaed Syakir. :)


-TAMAT-

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now