BAB 17

22.8K 567 23
                                    

aku mundar-mandir di balkoni

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

aku mundar-mandir di balkoni. aku memeluk tubuh menahan sejuk dari angin malam. 

'nak bagitahu ke tak? bagitahu ke tak?' aku menggaru-garu kepalaku. kalau aku bagitahu, nanti dia marah. kalau aku tak bagitahu, dosa pulak. dia kan suami aku. aku mestilah mintak izin dia.

aku sembunyi di belakang langsir dan mengintip dia. Zaed masih lagi dengan telefonnya. hish tak habis-habis lah dia ni! setelah mendapat segala kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan raja singa ni, aku melangkah menghampirinya.

"err... awak saya nak cakap sikit boleh?"

Zaed merenungku dengan pandangan yang tajam.

aku bermain-main dengan jari-jemariku sambil mengetap bibir. aduyaii hilang pulak keberanian aku ni. wahai keberanian, datanglah kau kembali!!!

"Apa dia!!" Zaed bersuara separuh jerit. Qisya apalagi, terangkat-angkat lah bahu dia. kesian Qisya.

"errr.. saya nak pergi rumah mak esok, boleh tak?"

Zaed diam. 

"awak dengar tak ni?"

"dengar! kalau kau nak pegi, pegi jelah."

aku mendengus perlahan. eih dia ni asyik marah aje. tadi dia jugak yang suruh aku cakap! 

Zaed curi-curi pandang kearah isterinya yang tengah khusyuk mengemas. sebenarnya dia tiada niat langsung untuk memarahi Qisya walaupun dia tidak cintakan Qisya. cuma... desakan yang diberikan oleh Ani sebenarnya menjadi punca Zaed tekanan sampai terbawa-bawa sampai kerumah. Qisya pulak yang jadi mangsa. kesian

"banyak baju. nak pindah terus ke kat sana?"

aku menoleh. Zaed sudah duduk mencangkung disebelahku.

"taklah. saya pergi seminggu je"

"amboi banyak cantik muka kau. habistu siapa nak ambil alih kerja kau? aku?" dia menolak kepalaku. aku yang pada mulanya duduk mencangkung, akhirnya rebah ke lantai. aduss sakitlah!

"semalam saya nak minta izin untuk cuti dengan awak. tapi asal saya cakap sikit je awak dah marah. seram saya" aku memperlahankan suaraku di akhir ayat. 

Zaed menyembunyikan senyumnya. comel jugak Qisya ni kalau marah-marah. dia tahu Qisya pasti takut untuk minta cuti dengan nya kalau dia asyik marah sahaja. kesian isteri aku ni.


"Qisya nak pergi mana dengan beg-beg ni?" terpancar riak risau dari wajah Puan Risma. mungkin dia menyangka aku sudah tidak betah tinggal dalam rumahnya. aku tergelak kecil.

"Qisya nak pergi rumah mak seminggu. Qisya rindu dengan mak. lama dah tak jenguk mak." aku memegang tangan mak mertuaku.

"mak ingat apalah tadi. yalah, kirim salam dengan mak kamu ya" Puan Risma mengusap kepalaku yang dibaluti selendang putih. 

bos jadi suami?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang