BAB 8

24.9K 673 0
                                    

"Assalamualaikum." Aku melangkah masuk kerumah dengan langkah yang agak lemah. Apa tidaknya, dari pagi sampai malam kat pejabat.

"Waalaikumsalam. Lewat balik harini? Dah nak pukul 11 dah ni. Banyak kerja ke?"

Aku membalas soalan ibuku dengan senyum paksa. Penat! Aku menaiki anak tangga dengan perlahan. Kalaulah aku ada kuasa saat ni, nak saja aku terbang langsung landing kat katil. 

Usai mandi, aku baring di katilku. Ya Allah nikmatnya! Aku merenggangkan otot-otot ku beberapa kali. Tangan aku tarik kebelakang, kaki hempas atas katil, kepala aku bunyikan, tarik lengan ke depan, tarik kaki kebelakang kemudian kedepan blablabla. Dah macam aksi orang bina badan pun ada. 

Aku menguap beberapa kali. Mengantuk sangat dah ni. Tapi mata masih degil tak mahu pejam. Aku mencapai telefon ku dalam keadaan baring. Malas betul nak berdiri sekarang. Dengan aksi yang tersangat-sangat malas, aku berusaha mencapai telefonku yang berada jauh dari aku. Haila telefon apasal kau jauh sangat.. Aku terpaksa berdiri apabila telefon gagal aku capai. Aku buka whatsapp. Tiada mesej. Hm baik aku tidur. Takut esok terlajak tidur pulak.

                                                                     *                 *              *               *

'Alamak! Macam mana aku boleh lupa nak kunci jam ni?! Mentang mentang lah Allah bagi cuti istimewa, aku boleh terlajak tidur pulak. Alamak macam mana ni?! 10 minit lagi dah nak masuk pejabat ni. Memang kena aku kalau masuk lewat ni.'

Aku segera turun dari katil dan bergegas lari ke bilik air. Hah waktu ni lah semua kelajuan aku keluarkan. Kalau ikut acara lumba lari, mesti juara ni. 

Berus gigi dan syampu aku capai pada masa yang sama. dua kerja dalam satu masa. Aku memberus gigi sambil tangan kiriku menggosok-gosok kepalaku. Terjerit-jerit aku menahan pedis akibat syampu yang masuk ke mataku. Apa boleh buat kan Qisya, dah nak cepat.

Aku berlari turun dari tangga. Hampir terseliuh aku semasa berlari turun tangga. Tudung yang aku pakai pun dah senget-senget. Ya Allah apa kenalah dengan aku hari ni.

"Dari tadi lagi mak dengar bunyi kedebak kedebuk dari atas. Awal awal pagi becantik ni nak pegi mana? Ada blind date ke?" Puan Nita menegur anaknya sambil menuang teh ke dalam cawan.

"Ish mak ni. Orang nak pergi kerja lah." Aku meneguk teh dan melantak roti yang mak aku sediakan. Macam takpernah makan sepuluh hari pulak gaya aku ni. 

"Takkanlah hari Ahad ni pun kerja jugak." arianku terhenti. Hari ahad? Aku memandang kalendar di telefonku. Ha'ah lah hari ahad! Apasal lah aku kecoh sangat hari ni. Hari pun boleh terlupa. Ni kes makan semut lebih ka apa?

"Ha'ah lah mak. Boleh pulak Qisya lupa kan? nasib lah mak ada" Aku menggaru-garu kepalaku sambil tersengi-sengih sendiri macam orang gila. ( bukan kerang busuk )

"Ada ada saja anak mak ni. dah. pegi makan"

Aku duduk berhadapan mak aku. Fuhh. Lega hati aku. Tak adalah aku kena berlari ke stesen bas tadi. 

Mungkin terlampau excited nak jumpa bos kut tu yang nak sangat pergi kerja. haha k gurau.

Seperti biasa, aku duduk di ruang tamu sambil melayan drama televisyen. Beberapa kali aku tukar siaran, masih tiada yang berkenan dihati. Bosan pulak waktu cuti ni.

"Qisya, mama nak main teka teki sikit ni."

Aku memandang ibuku. Amboi mak. Peliknya. Seram pulak aku mak tiba tiba pelawa aku main teka teki ni.

"A...apa dia mak?" Soal ku tergagap-gagap

"Okey teka teki dia macam ni. Umur Qisya dah berapa?"

DAH!!! Mak aku main umur pulak. Ni tak lain tak bukan mesti nak cakap soal kahwin lah tu. Aduh mak mak. Patutlah tak sedap je hati ni dari tadi tau.

"Eish mak ni. Ni nak suruh Qisya kahwin lah ni kan. Mak, nanti nanti lah dulu. Bagi habis kerja dulu lah.

"Ewah ewah anak mak ni. Ingat kerja tu macam sekolah ke ada tamat-tamat nya? Qisya cubalah dengar cakap mak ni. Tak takut ke esok lusa dah jadi andartu, tak ada yang nak?

Laju aku memandang ibuku. "Mak ni ada pulak sampai macam tu sekali. Bukanlah Qisya taknak, cuma Qisya tak ready lagi. Lagipun Qisya tak ada calon lagi." Aku membuat muka comel dihadapan ibuku. Siapalah tahu mak terus ubah fikiran apabila tengok kecomelan aku ni hehehe.

"Soal calon Qisya tak payah nak risau. Kalau Qisya takda calon, ni mak ada calon." Mak menepuk-nepuk dadanya dengan bangga. 

"Maaaaaaaaaaaakkkkk. Janganlah. Okey macam ni. Bagi Qisya masa...."

"tiada alasan! Qisya dah tunang dah pun dengan calon pilihan mama tu. Jangan nak memandai membantah pulak. Dengar cakap mama"

Mahu tekeluar biji mata aku. Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Mahu gugur jantung aku ni. TUNANG?! bila masa pulak mak tunangkan aku ni. Aku tak tau pun yang aku dah ditunangkan. Dan yang paling sadis, aku tak kenal pun siapa tunang aku tu. Hah nilah yang aku tak suka ni. 

"Mak... Mak biar betul ni? Asal tak bincang dengan Qisya dulu. Qisya tak tahupun si..."

"Tak payahlah Qisya nak risau sangat. Qisya just percaya dengan mak ni. Takkanlah mak nak jodohkan anak mak dengan penjenayah kan.

"Ha'ah kak. Terima ajelah. Nanti Aiman pulak yang kempunan tak dapat kahwin kalau akak tak kahwin dulu" Adik aku yang baru tamat zaman persekolahan itu menghampiriku. amboi, tah dari ceruk mana datangnya tiba tiba nak masuk campur

"Kau ni lagi satu, tiba-tiba aja muncul lepastu nak masuk campur. Masih muda nak menggatal kat anak orang."

"Dah dah. Jangan gaduh kat sini. Mak libas kamu dua baru tau. Dahlah. Mak nak pergi pasar ni. Aiman teman mak ya?"

Aiman mengangkat ibu jari nya tanda setuju.

Aku masih lagi duduk terpaku di sofa. Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Rupanya selama ni aku dah tunang! Aaih mak ni Qisya tanak kahwin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now