Bab 35

18.8K 420 19
                                    

Faiz melangkah masuk kedalam sebuah restoran. Jantungnya berdegup kencang. Huh! Apapun jadi, kau mesti cakap benda ni!

Dia mengambil tempat di satu sudut yang agak terpencil dari penglihatan orang ramai. 

flashback~

"Qisya saya nak keluar kejap lagi. Awak tolong tengok-tengokkan challet ni jap okay?"

Qisya yang sedang sibuk membersihkan meja menoleh. Jarang Faiz keluar ni.

"Nak pergi mana?"

"Nak beli barang jap. Makanan basah kat dapur semua dah habis"

Qisya hanya mengangguk sambil tersenyum. Biarlah dia.

Lamunan  Faiz terhenti apabila seorang pelayan melambai-lambai dihadapan wajahnya. Dia menggeleng tanda tidak mahu memesan apa-apa.

Fuh! Nasiblah Qisya tak perasan waktu aku ambil number phone Zaed.

Faiz sebenarnya mahu selesaikan semuanya dengan Zaed. Dia tidak tahan tengok Qisya asyik tersiksa. Dia tahu hati Qisya tersiksa walaupun dia tidak pernah tunjukkan. Tabahnya Qisya.

"Excuse me?"

Faiz mengangkat muka. Lelaki dihadapannya menunjukkan muka serius. Sangat serius sampai huluran tangannya tidak bersambut. Perlahan-lahan dia menarik semula tangannya.

"We need to talk"

"Ya sure. Apa dia?"

"It's about Qisya"

Zaed terdiam kemudian memandang Faiz lama. Mengundang rasa tidak selesa di hati Faiz. Sabar Faiz. Walau apapun, kau kena cakap benda ni!

"Saya dengar, awak dah nak kahwin"

Zaed mengangguk

"Congratulation"

Zaed mengangguk lagi (sindrom down ke apa? -,-)

"So how about Qisya?"

"Saya takkan ceraikan dia. I will take care of her"

"No, I will take care of her."

Zaed terdiam. Terkejut. Apa yang lelaki dihadapannya ni merepek? Penumbuk sudah digenggam. Sabar Zaed.

"Well, kau tahu kan? Semua isteri kat dunia ni pun akan sakit bila dimadukan. And you know what bro? I will make sure yang Qisya tak akan alami itu semua" Jawab Faiz selamba.

"What do you mean?"

"Ceraikan dia"

"NO!" Laju Zaed membalas. Suaranya suda mula meninggi. Mencabar kesabaran betul lelaki ni! Suka hati suruh aku ceraikan Qisya.

"Aku tak akan ceraikan Qisya. She's my wife!"

" Oh your wife? Habistu kalau dah ada wife, kenapa nak buat wife baru lagi?" Faiz tersengih. Sebenarnya dia tiada niat pun mahu rosakkan rumah tangga mereka. Walaupun jauh disudut hati dia ingikan Qisya. Tapi dia nak bagi sedar sikit pada Zaed. Dia tidak sepatutnya mempersia-siakan keikhlasan Qisya.

"Bro, aku bukan apa. Cuma kau tak pernah ke terfikir perasaan Qisya. Kau tahu tak? Qisya asyik nangis, menyendiri. Kau tak tahu sebab kau tak tengok semua tu. Ditambah lagi dengan beruk gedik hari tu suruh Qisya minta cerai dengan kau"

"Beruk gedik?"

"Bakal wife kau lah"

Nak je Zaed kerjakan Faiz. Huh sabar Zaed!

"Aku pun tak tahulah. Dulu aku bukan main bahagia kalau nak kahwin dengan Ani. Tapi sekarang.."

"Dahlah bro. Satu je aku nak minta. Kalau kau rasa  kau tu masih suami Qisya, tolong jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang suami. Jangan jadi dayus. Qisya isteri kau yang sah. Dia berhak dapatkan hak dia." Zaed dipandang. Jelas riak bersalah pada wajah Zaed.

"Lagi satu aku nak kau ingat. Kalau kau tak nak Qisya. Aku nak. I will always be there for her. Remember that" Faiz memakai kaca mata hitamnya lalu pergi dari situ.

Zaed tunduk. 'Kalau kau taknak Qisya, aku nak'. Kata-kata Faiz diingat kembali. Ya Allah apa aku perlu buat ni. Aku tak nak kehilangan Qisya.. dan Ani


-----------------------------------------------------------------------------


"Dah balik dah?" Qisya menunjukkan senyuman paling manis untuk Faiz. Faiz mengangguk sambil tersenyum. Comel!

"Mana barang-barang yang awak beli? Tak nampak pun. Halimunan ke apa?"

Faiz hairan. "Hah? Barang? Barang apa?"

"Dia ni. Lupa lah tu. Kan tadi awak kata nak beli barang dapur."

Faiz menepuk dahi. Baru dia ingat yang dia kononnya keluar nak beli barang dapur. Apa lembab sangat lah kau ni Faiz. Faiz mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri.

"Nak saya tolong ketuk?" Qisya ketawa. Faiz hanya memandangnya. Budak ni.

"Barang tu semua ada kat dalam kereta. Nanti saya bawa pergi dapur" Faiz berbohong. 

"Takpe. Biar saya tolong angkat" 

"Eh takpayah takpayah! Biar saya suruh orang lain angkat. Berat barang tu semua"

"Tak apalah. Bukannya berat sangat pun kalau setakat barang basah" Qisya melangkah semula menuju ke kereta.

"Takpayah!" Faiz menarik tangan Qisya sampai ke pintu masuk. Budak sorang ni kepala batu betul. Tak habis-habis dia tahu aku tipu dia.

Qisya mula mengerutkan dahi sambil berpeluk tubuh. 

"Ish! orang nak tolong sikit pun tak boleh"

Faiz tertawa kecil. Ada ada je Qisya ni. 


----------------------------------------------------------------------

Holla guys assalamualaikum.

So end for this chapter. Hope you guys still lagi enjoy cerita ni ok? Happy fasting everyone!! 

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now