27

21.1K 529 36
                                    

Bunyi deringan telefon mengejutkan aku dari tidur. Aku mencapai telefonku dibawah bantal. Dengan agak mamai, aku menjawab panggilan. Banyak kali aku 'hello' tapi tiada sahutan. Pelik. Aku pandang skrin telefonku.

"Laa. Telefon siapa pulak yang bunyi niii?"

Aku melihat di katil. Zaed tiada. Aku menggosok-gosok mataku sebelum mencari kelibat Zaed. Tapi tiada. Mataku tertumpu pada telefonnya di atas meja solek. Aku paksa diri bangun untuk jawabkan panggilan Zaed. Mungkin panggilan penting. Mungkin jugak Zaed tak dengar telefon dia bunyi. Aku mengambil telefonnya dan.....

Ani?

Hatiku berdebar-debar. Ani mana yang call Zaed ni. Takkanlah Ani yang dah masuk rumah sakit jiwa tu? Mustahil Ani yang tu. Ya Allah patutkah aku jawab call ni? Aku berfikir sejenak. Kalau aku jawab, maknanya aku menganggu privacy Zaed. Kalau tidak, macam mana aku nak tau siapa yang call dia pagi-pagi ni? Lambat-lambat aku jawab panggilan..

"Hello?"

"Who are you?! Mana Zaed?!"

"Zaed tiada."

"You!! Eh perempuan gila, mana you sembunyikan Zaed?!"

Aku matikan talian. Perasaan tidak sedap hati hadir dalam diri. Seram pun ada. Kalau didengar dari cara percakapan perempuan tadi, suara dia memang 100% sama dengan Ani. But.. Ani kan dah masuk rumah sakit jiwa? Ya Allah peningnya!

"Eh sayang"

Aku tersentak dan telefon terlepas dari genggaman ku. Zaed terkejut melihat telefonnya hancur terhempas ke lantai. Lantas dia menghampiri dan menolak aku ke dinding. Alangkah terkejutnya aku apabila pipiku menjadi mangsa tapak tangannya. Kuat. Air jernih mula menitik keluar dari mata. Sangat terkejut dengan kelakuan Zaed. Selama ni Zaed baik terhadapku, sekarang..

"Apa kau dah buat dengan telefon aku ni?! Kau cakap sebelum aku pecahkan muka kau ni!!"

"Sa..sa..saya tak buat apa-apa pun. Saya jawab panggilan je"

"Boleh tak lain kali kau jangan nak ganggu privacy aku?! Kau ni tak habis-habis susahkan aku!!" Zaed mengambil telefonnya yang sudah pecah di lantai lalu pergi dari situ. Pergi meninggalkan Qisya yang terduduk menahan sendu. Sungguh dia terkejut dengan perubahan mendadak Zaed pagi ini. Selama ini, Zaed melayannya dengan baik. Tapi kenapa hanya disebabkan panggilan telefon Zaed berubah? Ohya! Ani! Ani ke yang call Zaed? Ya Allah serabutnya. 

Aku duduk berfikir di balkoni. Sebenarnya apa yang terjadi? Yang call Zaed tadi takkan lah Ani. Ani kan dah masuk rumah sakit jiwa. Zaed pun cakap dia tiada kaitan langsung dengan Ani. Ke Ani lain yang call? Oh my god apa semua ni? 

'Amirul! Dia je yang boleh jawab semua ni'

Aku mengambil kad yang diberi oleh Amirul tempoh hari dan menelefon dia. Aku bernasib baik sebab Amirul free dan bersetuju untuk berjumpa dengan aku. Aku perlu tahu semua apa yang terjadi ni. Aku tidak mahu diburu tanda tanya lagi. Pening!


------


"Amirul, to be honest, saya jumpa awak ni ada sebab yang sangat penting"

Amirul mula tidak senang duduk. Harini Qisya sangat serius. Jelas api kemarahan dalam dirinya. 

"Apa dia Qisya?"

"Please tell me the truth"

Amirul menjongket bahu melihat Qisya. Apa maksud dia ni? Kenapa tiba-tiba ajak jumpa dan desak macam ni?

"Please Amirul. Saya nak tahu apa yang terjadi selama ni. Tentang Ani. Betul ke dia masuk rumah sakit jiwa? Please jujur dengan saya"

Amirul diam. Dia terkejut dengan bicara Qisya. Macam mana Qisya boleh tahu pasal Ani? No! Qisya tak boleh tahu pasal Ani. Nahas aku dengan Zaed nanti, detik hatinya.

"Yes. Dia masuk rumah sakit jiwa. Kenapa Qisya?"

Qisya lepaskan keluhan berat. Dia tahu Amirul berbohong. Sangat jelas riak terkejut di wajah Amirul waktu dia bertanya tadi. Dia yakin pasti ada sesuatu yang cuba disembunyikan darinya. 

"Amirul please. Kau tak kesian dengan aku ke? Aku ni isteri Zaed. Aku berhak tahu apa yang terjadi. Please tell me. Tolong jangan nak sembunyikan dari aku."

"Qisya.."

"Please.." Amirul rasa bersalah melihat air mata Qisya. Dia bukannya tidak mahu beritahu hal yang sebenar. Cuma dia risau dengan penerimaan Qisya nanti. Dia kesiankan wanita itu. Ditipu oleh suami sendiri.. Dia tidak mahu Qisya sakit hati dengan kelakuan setan Zaed. Tapi apa-apa pun, Qisya isteri Zaed. Dia ada hak untuk tahu semua tentang suaminya.

"Actually.. Ani tak masuk rumah sakit jiwa"

Bagaikan ada renjatan dalam diri Qisya. Sungguh dia terkejut dengan apa yang baru keluar dari mulut Amirul. Ani tak masuk rumah sakit jiwa? 

"Wait. Zaed kata dia dah masuk rumah sakit jiwa. And itupun kau yang bagitahu dia kan? Eh Mirul. I can't get it. Apa sebenarnya semua ni?"

"Sebenarnya macam ni..."

Amirul menceritakan semua yang terjadi kepada Qisya dari A sampai Z. Qisya sangat tidak menyangka akan kebenaran yang baru sahaja dia ketahui. Terasa seperti hendak pitam. Dirinya ditipu hidup-hidup oleh suami sendiri. Air mata tidak henti-henti jatuh mengalir di pipi. 

'Ya Allah, sampai macam ni sekali Zaed sanggup tipu aku?'

"Qisya. Im so sorry. Saya tiada niat langsung nak bersekongkol dengan idea bodoh Zaed. But you know Zaed kan?"

Aku hanya mengangguk. Aku tidak salahkan Mirul. Aku tahu, dia cuma mangsa yang dipergunakan oleh Zaed untuk melaksanakan ideanya dengan Ani. Tidak terucap dengan kata-kata perasaan terkejut ku. Aku masih tunduk dan menangis tersedu-sedu. Amirul sudah tidak kuhiraukan. Berat betul masalah yang aku hadapi sekarang. Lebih berat dari apa yang aku lalui selama ini. 

Kalau betul dia masih cintakan Ani dan nak hidup selama-lamanya dengan Ani, kenapa nak pujuk aku balik rumah?! Ya Allah manusia jenis apa Zaed ni? Tidak pernah aku jumpa manusia sekejam dia. Suami aku pulak tu. Aku betul-betul tak boleh terima semua ni. Cukuplah dengan penderitaan yang aku hadapi sebelum ini. Aku tidak mahu lagi berhadapan dengan semua dugaan ini. Aku lemah. Aku tidak mampu berbuat apa-apa.

"Qisya, tolong simpan semua ni sebagai rahsia kita berdua?"

"What do you mean 'rahsia'? Kenapa nak jadikan benda ni rahsia? Sampai bila lagi aku kena simpan rahsia ni? Oh so maknanya aku kena jaga rahsia ni and then biar je diri aku terluka dan kena tipu? Macam tu ke Mirul? Aku betul-betul tak faham dengan kawan kau tu. Kalau dia memang nak sangat dengan Ani. Kenapa beria-ia nak pujuk aku balik rumah?"

"Qisya, I'm sorry. Waktu Zaed ambil keputusan untuk jamin Ani keluar dari penjara, seriously saya sangat sangat terkejut. Saya dah halang dia untuk buat perkara bodoh tu. Tapi sia-sia. Dia berkeras nak Ani bebas. Zaed sangat sangat cintakan Ani. Dia sanggup buat semua benda asalkan Ani happy...."

"Even sakitkan hati isteri sendiri? Dahlah Mirul. Thankyou atas kejujuran awak ni. At least aku tahu yang dia dah tipu aku. So takdelah aku perasan yang dia dah cintakan aku. Thankyou so much. Saya nak balik"

"Qisya, I'm sorry okay?"

Aku hanya mengangguk. Aku berlalu pergi bersama tangisan. Hatiku seperti dihiris-hiris apabila mengetahui perkara yang sebenar. Kenapa Zaed sekejam itu? Kenapa Zaed tipu aku? Kenapa?! Kenapa dia sanggup hancurkan hati aku lagi? Kenapa dia mainkan perasaan aku dengan berpura-pura baik dengan aku? Ya Allah, kenapa aku kena hadapi kembali penderitaan ini? 



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TUTTTTTTTTT. Macam x logik je Ani kena jamin kan kan kan. Haih macam tu lah. Money is everythinggggggggggg kan!! Haih btw ayat dalam cerita ni tak dramatisa sampai saya sendiri pun bosan baca -_-. Jalan cerita pun semakin berterabur. Haish whateverlah hahahaha.

Btw thankyou sebab baca and vote cerita ni!! hehehe.

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now