BAB 9

23.3K 643 10
                                    

Aku duduk termenung. Dari semalam lagi aku fikir tentang mak aku. Maksud aku, terfikir tentang cakap mak aku. Tak sangka pulak Qisya Syazana ni dah tunang tanpa diketahui oleh tuannya sendiri. Hebat!

PAPPP!!!!!!! 

Bunyi pukulan di meja yang kuat betul betul buat aku terloncat berdiri. Aku melihat siapakah gerangan yang buat aku terkejut beruk. Aduh bos rupanya !! Dia ni tak boleh ke baik baik sikit. Nasib lah saya tiada sakit jantung tau bos!

"Awak ni Qisya, dari tadi saya terpekik panggil awak, awak tak dengar ke?" Bos suda merenung ku tajam. 

"Maaf bos. s..sa..saya tak dengar" Kelam kabut aku menyusun fail fail dihadapan ku.

"Mana dokumen yang saya suruh siapkan kelmarin?"

Aku mencari-cari dokumen itu. laju aku mencapai dokumen yang terletak di rak belakangku lalu kuserahkan kepada bos. Seramm jugak bos ni kalau buat muka bengis diaa tu.

"Harini awak tak payah teman saya lunch. Saya lunch kat rumah."

Aku memandang bos. Yes! Berjoget joget aku dibelakang dia. 

"Hah suka sangat lah tu" bos menoleh ke belakang.

Laju aku berhenti berdiri tegak. Malu giler bos nampak aku joget joget ni. Haih Qisyaa kawal diri!

Aku duduk semula. aku menyiapkan pula dokumen seterusnya yang diserahkan oleh bos.

                                                                *              *               *                * 

"Assalamualaikum mak."

Zaed menyalam tangan ibunya. Sebenarnya ibunya yang meminta dia lunch dirumah. Ada hal yang ingin dibincang katanya.

Puan Risma menyendok nasi dan lauk di pinggan Zaed. Dalam hatinya, dia harap apa yang dikatakannya nanti dapat anaknya terima. Dia bukannya tidak tau yang Zaed ni dah ada kekasih. Tapi dia lebih berkenan dengan calon pilihannya. Kekasih Zaed tu pun memang menyakitkan matanya saja. Gedik semacam.

"Zaed macam mana dekat pejabat? Tiada masalah?"

Zaed memandang wanita kesayangan dihadapannya itu. Dia tersenyum manis sambil mengangguk. Masakan ibunya dimakan dengan penuh selera.

"Zaed, mama ada benda sikit nak cakaap dengan Zaed"

"Apa dia ma?"

Puan Risma menarik nafas dalam dalam sebelum memulakan bicaranya. bismillahhirrohmanirrahim.

"Sabtu ni Zaed akan k..ka.."

"K..ka apa mak?"

"Kahwin"

Serta merta Zaed berdiri. Terkejut betul dia dengan bicara maknya. Nasi dalam mulutnya pun berhenti dikunyah. Apa tidaknya, manusia mana yang tak terkejut kalau tiba tiba aja nak dikahwinkan tanpa dibincang?

"Mak jap jap! Kahwin? Apa mak merepek ni mak. Kahwin apa? Siapa nak kahwin?" Zaed berpura pura menyoal seperti orang bodoh. 

"Kamulah Zaed. Siapa lagi anak mak? Kamu sorang je"

Zaed duduk semula. Air diteguknya. Seleranya mati tiba tiba. Kahwin?! Ni kalau Ani tau ni mesti dibunuhnya aku!

"Mak, mak bukannya tak tahu yang Zaed ni dah berpunya kan? Yang tiba tiba nak kahwinkan Zaed ni kenapa? Mak tak bincang dulu pun dengan Zaed."

"Mak taknak dapat menantu macam si.. siapa awek kamu tu? Hah yang tu, Mak taknak dapat menantu macam dia tu. Sakit kepala mak ni dengan perangai dia tu"

Zaed mengeluh perlahan. Pening betul kepalanya. Apa kes ni kena kahwin tiba tiba. Sabtu ni pulak tu. Lagi 2 hari aje. Zaed meraup-raup mukanya. 

"Mak cancel ajelah perkahwinan tu"

Bulat mata Puan Risma mendengar kata kata anaknya itu. Dia memukul bahu anaknya.

"Ada pulak cancel! Kamu dah tunang dah pun. Tak payah nak cancel cancel.  Jangan risau. Mak tahu yang terbaik untuk anak mak ni"

Sekali lagi jantung Zaed bagaikan hendak gugur. TUNANG?!. Ya Allah mak aku ni kenapalah tak bincang dengan aku dulu?!

"Mak. Mengarut lah semua ni. Kenapa Zaed tak tahu yang selama ni mak dah tunangkan Zaed dengan orang lain."

"Zaed, kalau mak bagitahu Zaed, dah sah sah Zaed taknak kan. Zaed janganlah risau sangat. Mak tak tunangkan kamu dengan pembunuh pun. Qisya tu mak tengok, memang the best lah untuk anak mak ni." Puan risma menepuk-nepuk belakang anaknya.

Zaed memandang maknya. 'Qisya? Qisya PA aku ke? ish kau ni zaed. bukan dia sorang je Qisya kat dunia ni.'

"Dahlah mak. Zaed pergi pejabat dulu." Zaed menyalam ibunya lalu keluar dari rumah. Puan Risma menggeleng geleng melihat anaknya. Takpa. nanti lama lama Zaed boleh terima si Qisya tu. Dia tersenyum sendiri.

-

Sampai sahaja di bilik pejabatnya, dia terus membelek fail-fail yang diserahkan oleh Qisya. Dia memandang wajah Qisya dan fail itu bersilih ganti. 'Qisya yang ni ke tunang aku? eh tak lah. Kalau betul pun dia, mesti muka dia tu dah gelabah semacam kan? Ni muka selamba aja' Zaed berkata sendiri dalam hati. 

Qisya memandang bos nya. Ada benda yang tak kena ke dekat muka aku? Dia memegang mukanya. Hidung ada, mata ada, bibir ada... Ish Qisya merepek lah kau ni.

"Qisya, awak ada apa apa acara ka hari sabtu ni?" Zaed sengaja menyoal. 

Qisya pandang keatas sambil memegang dagunya. Konon kononnya tengah berfikir. 

"Adalah bos busy sikit. mak ada buat kenduri sikit dekat rumah." Fuh, maaf bos terpaksa tipu bos hidup hidup. Bukannya tak nak jujur. Nanti aku kata mak aku buat kenduri kahwin, malu aku. Lagipun bos ni bukan siapa siapa pun untuk tahu semua benda ni.

Zaed sekadar mengangguk dan menyuruh Qisya beredar.

'Betullah tu bukan Qisya yang ni. lega sikit hati aku'


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan yakin sangat bukan 'Qisya' yg ni ya Zaed muehehhehehe

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now