Bab 45

19.8K 426 9
                                    

Dua bulan sudah berlalu. Semuanya berubah. Alhamdulillah. Semuanya tidak sesukar dahulu. Semuanya tidak sesiksa dahulu. Orang disekeliling juga bertambah sayang pada Qisya. Tiada lagi dendam, iri hati, sakit hati. 

Ani pun semakin pulih. Dia dibenarkan pulang hari ini. Ani pun tidak sekejam dulu. Kalau dahulu dia membenci Qisya, sekarang perasaan tersebut berubah menjadi sayang. Sekarang pun, dia bersahabat baik dengan Qisya. Syukurlah.

Memandangkan Ani pulang hari ini, Zaed dan Qisya pergi melawat Ani. Kali ini, Amirul ikut sekali setelah didesak berkali-kali oleh Qisya. Ni kali pertama dia melawat Ani. Apa tidaknya, bencinya pada Ani masih belum surut. Hm bertaubatlah wahai Amirul.

Apabila Qisya membuka pintu, kelihatan Ani sedang menyisir rambutnya. Memang dia akui Ani sangat cantik. Patutlah dulu Zaed jatuh cinta dengan Ani. Dulu!

"Masuklah."

Zaed dan Qisya melangkah masuk. Cuma seorang yang masih terpkau di hadapan pintu. Amirul.

"You kalau taknak masuk, tutup pintu tu." Ani menunjuk kearah Amirul. Amirul membuat reaksi muka 'ada-aku-kesah?'

"Masuklah!" Sekarang Zaed pula mengarah. Aih yala yala!

"Macam mana awak sekarang? Dah okey?" Soal Qisya sambil membantu Ani mengemas barangnya.

"Alhamdulillah. Cuma kepala I pening sikit." Ani membalas dengan senyuman. Qisya hanya mengangguk.

"Pandai pun alhamdulillah." Perlahan Amirul menuturkan itu. Perlahan sangat kut sampai Ani pun boleh dengar.

"You ingat I jahil sangat ke?"

"Ada aku kata?"

Ani menjeling tajam. Malas nak layan!

"Dahlah tu Mirul. Kalau macam ni, sampai bila-bila pun tak habis."

"Jangan benci sangat, nanti jadi cinta." Zaed menyambung kata-kata Qisya.

"No way!" Serentak Amirul dan Ani menjawab. Ani sudah menayangkan muka menyampahnya. Amirul apalagi, tidak mahu kalah, macam-macam jenis reaksi muntah ditunjukkan

"Amirul, awak tolong hantar Ani balik boleh kan? Saya dengan Zaed nak pergi rumah mak."

"Hantar dia ni?" Amirul emnunjuk Ani atas bawah dengan muka menyampahnya. Memang taklah!

"Hantar ajelah. Kitorang dah lambat ni."

"Kenapa pulak aku yang kena hantar!"

"Tak apa. Saya naik teksi aje." Kali ini Ani pulak bersuara. Sengaja. Ikutkan hati memang tidak mahu dia dihantar oleh Amirul.

"Takpayah. Awak tu belum sembuh sangat. Biar Amirul hantar."

"Dah dia kata nak naik tek--"

"Hantar ajelah!"

Amirul mengeluh. Sengaja dikuatkan keluhannya supaya didengar oleh Ani. Ani pula hanya diam. Nak bantah pun macam mana? Terpaksa jugak ikut.


"Cepatlah masuk. Panas ni!"

"Sabarlah. Berat tau beg ni.

"Baju aje pun. Bukannya batu." 

Ani diam malas hendak bertekak dengan Amirul. Terkial-kial dia mengangkat begnya. Hampeh betul Amirul ni. Bukannya nak tolong!

Naik sahaja Ani dikereta, Amirul terus memecut. Dua-dua mereka dia. Sunyi. Bunyi radio pun tiada. Sesekali Amirul menjeling untuk lihat Ani. Ani hanya pandang ke luar. 

"Ehem. Ehem ehem."

"Apa! Saya ada nama tahu tak. A.M.I.R--"

"Tekak saya gatal lah. Perasan." Ani menjeling.

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now