BAB 10

23.7K 597 6
                                    

tinggal satu hari saja lagi aku akan bergelar isteri orang, tapi keadaan aku sekarang ni macam bukan orang yang nak kahwin. siapa 'orang' nya tu pun aku tak tahu lagi siapa. biarlah. aku yakin dengan pilihan mak aku. takkan lah mak aku nak kahwin kan aku dengan pembunuh kan? okey Qisya positif positif!

segala persiapan kahwin aku serahkan kepada mak aku. semua. dari barang hantaran, design pelamin, baju pengantin, cincin kahwin blablabla. kalau nak bagi aku urus, manalah aku tau kan. aku mana ada pengalaman kahwin ni. hehe. 

aku duduk di katilku. aku mencapai majalah wanita di tepi katilku. satu satu aku belek. sampailah aku ternampak gambar baju pengantin. cantik! hm tak sangka pulak aku akan kahwin esok. cepat aje masa berlalu. aku tersenyum sendiri. 

aku pandang ke luar tingkap. macam macam benda aku terfikirkan sekarang. kadang-kadang aku terfikir banyak jenis muka lelaki. mana satulah muka suami aku ya? hahaha

bunyi deringan telefon menyedarkanku. aku mencapai telefonku. aik? nombor siapa pulak ni? tak pernah-pernah nombor ni masuk call  aku. nombor merah ke?! hah Qisya dah mula lah tu imaginasi.

"assalamualaikum" aku mula bicara

tutt tuttt..

aku pandang skrin telefonku. orang ni nak kenakan aku ke apa? aku sekadar menjongket bahu dan meletakkan semula telefonku diatas meja. aku baring semula di katil.

                                                              *          *          *          *          *         *

Zaed memandang kosong telefonnya. 'baik aku tak cakap dululah dengan bakal isteri aku ni. nanti dia ingat aku terhegeh-hegeh pulak nak kat dia'

Zaed memandang kearah baju pengantinnya. esok dia akan menyarungkan baju itu dan esok juga dia akan sah menjadi suami orang. 

sejak maknya bagitahu yang dia sudah bertunang, dia selalu terfikirkan Ani. dia sudah memaklumkan semuanya kepada Ani. pada mulanya, buah hatinya itu memberontak suruh dia cancel perkahwinan tu. tapi setelah Zaed jelaskan semuanya, dia akhirnya boleh terima. lega sikit hati Zaed


(throwback)

"you! you biar betul ni?! you tak sayang I dah ke?" soal Ani. dia menyeka air matanya. terkejut apabila dapat tahu buah hatinya itu akan berkahwin. 

Zaed meraup wajahnya. entah macam mana lagi dia perlu yakinkan Ani.kusut betul fikirannya sekarang

"you cinta dengan bakal wife you ke? habis I ni apa?!"

"tak Ani, seriously I tak tahu pun yang I akan kahwin. mak I tak bagitahu pun yang I akan kahwin. I pun memang tak mahu kahwin dengan orang lain selain you." dia memegang pipi kekasih hatinya itu. Ani pula masih masam mencuka. 

"habistu, kalau you dah kahwin nanti, I nak simpan kat mana? mesti nanti you banyak luang masa dengan isteri you tu kan?" 

"no dear, I janji yang I akan lepaskan dia. tapi I tak janji yang I akan lepaskan dia secepat mungkin. well, you know my mom macam mana kan sayang?" 

Ani memandang mata Zaed. dia tahu Zaed sangat sayangkan dia dan Zaed akan lakukan apa saja untuk dia. dia yakin itu.

"mak you tu memang tak suka I kan?! ada saja nak sakitkan hati I!" ucap Ani agak perlahan tapi kedengaran jelas ditelinga Zaed.

"Ani..." Zaed agak terkejut juga dengan omongan Ani yang marah dengan maknya itu.

Ani cepat cepat memaut lengan Zaed. takut Zaed perasan dengan keterlanjuran bicaranya. dia memang tidak suka dengan mak Zaed. bukannya apa, mak Zaed memang tiak pernah restu engan hubungan diorang berdua. 

"macam ni lah. malam ni you teman I ya? yelah, nanti dah jadi suami orang tu, mana boleh nak keluar sampai lewat malam kan" Ani berbicara manja memerli Zaed. Zaed pula hanya tersenyum melihat karenah comel cinta hatinya itu. dia mencubit manja hidung Ani.


bunyi ketukan pintu mengembalikan Zaed ke alam realiti. dia lihat maknya suda terpacak di hadapan pintu.

"kenapa mak?" Zaed membetulkan duduknya.

Puan Risma hanya menatap wajah anak satu satunya itu. lama. air mata mula bertakung di birai mata. senyuman kegembiraan mula terbit di bibirnya.

"esok anak mak yang kacak ni akan jadi suami orang yang sah. Zaed pandai pandai lah ye uruskan family Zaed nanti. mak percayakan Zaed." Puan rismah mengusap lembut rambut anaknya.

Zaed hanya senyum kosong. dia pun tidak pasti yang dia akan menguruskan keluarganya nanti dengan baik. yang ada di fikiran nya sekarang cuma Ani. Ani, Ani Ani dan Ani. dia perlukan Ani.  

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now