BAB 21

21.7K 552 15
                                    

Zaed parkir keretanya di garaj rumah. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati. Rumahnya pun dirasakan sunyi. Memang selama ni rumah mereka sunyi, tapi kali ini dia rasa sunyi nya lain macam. Macam ada yang tidak kena.

Perlahan-lahan dia buka pintu.. Dia memberi salam berulang kali namun tiada jawapan. Dia melangkah masuk. Kakinya dirasakan seperti menginjak benda berair yang melekit. Dia pandang bawah...

Ya Allah!! Darah!!

Zaed mula diserang rasa risau melihat percikan darah di merata-rata tempat. Dia terpandang cekak rambut Qisya disitu. Dalam hati dia berdoa agar tiada benda buruk yang menimpa pada Qisya. Dia memanggil-manggil nama Qisya tapi hampa. Tiada sahutan. Dia segera berlari menuju ke tingkat atas untuk mencari Qisya. Semua bilik dia tingkat atas dicerobohnya. Tapi tiada. Dia turun semula kebawah dan...

"YA ALLAH QISYAAA!!!!!!!!!"

Zaed segera berlari mendapatkan Qisya yang tidak sedarkan diri di dapur. Penuh darah di kepala dan baju Qisya. Roh Zaed seakan-akan melayang  apabila melihat kesan torehan dan lebam-lebam pada wajah dan tubuh Qisya. Dia meletakkan kepala Qisya di ribanya. Dia menggoncang kuat tubuh Qisya. Tapi tiada sebaraang respon dari Qisya. 

"Qisya!! Bangun Qisya!!" Dia menampar-nampar pipi Qisya. Namun hampa. 

Melihat keadaan Qisya yang masih tidak sedarkan diri, dia segera mengangkat Qisya ke kereta dan menuju ke hospital.

'JAHANAM!! Siapa yang buat begini dekat isteri aku!!' Zaed menampar-nampar stereng keretanya. Air matanya gugur melihat keadaan isterinya yang sangat teruk.

-

Zaed mundar-mandir di hadapan bilik wad tempat Qisya dirawat. Sejak tadi dia tidak senang duduk. Sudah sejam berlalu, tapi doktor masih belum memberitahu keadaan isterinya. Betapa risaunya dia sekarang, hanya Tuhan yang tahu.

"Sabar Zaed. Istighfar" Amirul mengusap-usap belakang sahabatnya itu. Cuba untuk menenangkan Zaed yang sedari tadi asyik menyumpah-nyumpah orang yang mengerjakan isterinya dengan teruk.

"Macam mana aku nak sabar Mirul?! Kau tengok tak keadaan isteri aku macam mana sekarang?! Kau nak aku sabar macam mana lagi? Siapalah manusia setan yang buat isteri aku macam ni?!" Zaed menumbuk dinding hospital dengan kuat. Semua jururawat memandang kearahnya.

"Ni keluarga Cik Qisya Syazana ke?" Zaed pantas menghampiri Doktor Hasan.

"I'm her husband. Macam mana keadaan dia sekarang"

"Alhamdulillah. Cik Qisya dah lepas tahap kritikal. Now she's fine. Tapi, kami kena tahan dia selama seminggu untuk kami pantau"

"Alhamdulillah" Zaed akhirnya menghela nafas lega. Buat masa ni, mereka tidak boleh melawat Qisya kerana dia perlukan rehat yang secukupnya. Dia melihat Qisya melalui kaca pintu. Air matanya sekali lagi gugur melihat kondisi isterinya yang sangat lemah. Amirul mengajak Zaed ke kantin hospital untuk berehat dan mengisi perut yang kosong.

"Jadi macam mana sekarang Zaed? Kau tau ke siapa yang belasah bini kau tu?"

Zaed pandang kosong jus oren dihadapannya. Dia sendiri buntu. Sampai sahaja dia di rumah, dia sudah lihat Qisya rebah di dapur tidak sedarkan diri.

"Wife kau ada musuh ke?"

"Aku tak rasa dia ada musuh."

"Ada"

"Siapa?"

"Ani."

Zaed tersentak. Dia memandang wajah Amirul.

"So, kau nak cakap yang Ani buat semua ni?"

Amirul mengangguk.

"Kau jangan nak tuduh sembarang Mirul. Takkan lah Ani nak buat macam tu dekat wife aku. I know her."

"Eh Zaed. Sampai bila lagi kau nak pertahankan si Ani tu? Dah sah-sah dia yang buat semua ni. Sebab apa? Sebab dia rasa Qisya dah rampas kebahagiaan dia. Qisya dah rampas kau dari dia. Lebih-lebih lagi bila kau tak tunaikan janji kau pada dia untuk ceraikan Qisya. Can't you think, bro?"

Zaed tetap menggeleng. Dia sangat yakin dan pasti bukan Ani yang lakukan. Dia kenal Ani. Ani tidak sekejam itu.

Keluhan berat lepas dari bibir Amirul. Tak faham bahasa betul Zaed ni. Fade up dia nasihatkan Zaed yang memang tak makan nasihat tu.

"Suka hati kaulah Zaed. Ni baru sikit tau. Esok lusa kita tak tau lagi apa yang akan jadi pada si Qisya tu."

"Jadi kau nak aku buat apa? Ceraikan Qisya supaya Ani berhenti kacau dia? Macam tu?"

"Eh bodoh, aku tak lah maksudkan sampai macam tu sekali. Cuma aku nak kau bagi warning dekat Ani" 

Zaed menggeleng "Mustahil aku nak bagi warning dekat dia."

Amirul meraup wajahnya. Aduuhh boleh gila cakap dengan orang macam Zaed ni!

"Tak mustahil langsung bro! Kau yang buat benda tu jadi mustahil. Kau sebenarnya takut yang Ani akan marah kau kan? Eh sejak bila kau jadi sotong ni. Takkan sebab cinta kau pada Ani, kau sanggup butakan mata kau dari melihat apa yang Ani dah buat pada wife kau. Sialp-silap, esok kau dah tak jumpa Qisya, tapi mayat dia yang kau jumpa. Jangan nak menyesal pulak."

"Bodoh ah kau. Kau macam doakan aje wife aku mati" Zaed menumbuk lengan Amirul.

"Aku tak doakanlah. Aku just nak bagi peringatan dekat kau ni. Kau jangan tunggu benda dah jadi baru nak menyesal"

Zaed diam. Apa yang dia perlu buat sekarang? Jumpa Ani? Marah Ani? Mustahil!. Lagipun belum ada bukti yang cukup kuat untuk membuktikan bahawa Ani yang buat semua ni pada Qisya.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seminggu kemudian..

Aku teragak-agak untuk turun kebawah. Dalam keadaanku yang bertongkat, susah untuk aku bergerak. Zaed selalu menawarkan diri untuk bantu, tapi aku tidak mahu. Kalau boleh, aku nak mengelak untuk bertembung dengan dia!

"Eh Qisya, bahayalah! Meh saya tolong" Zaed memaut tanganku tapi sempat aku elak. Aku patah balik ke bilik tanpa menoleh kepadanya.

Aku berbaring di katil. Aku masih tidak boleh melupakan betapa tragisnya kejadian yang menimpa pada diriku. Tidak sangka wanita selemah aku ni  dibelasah habis-habisan oleh seorang lelaki. Yang paling aku tidak sangka ialah, orang yang menjadi dalang di balik semua ini.

(throwback)

"Hello bos. Semua tugas sudah beres. Sekarang dia sudah tidak bermaya lagi. saya sudah kerjakan dia cukup-cukup. Tinggal tunggu masa saja untuk mati" Aku mencuri-curi dengar perbualan lelaki itu. 

"Baiklah. Kalau Cik Ani nak saya buat sesuatu lagi dekat budak ni, call me. Anything for you" Lelaki tadi mencium telefonnya. Dia menginjak perutku sebelum pergi dari situ.

Laju airmata ku mengalir. Aku tidak sangka yang Ani sanggup buat macam tu sekali dekat aku. Kalau ikutkan hati, mau sahaja aku mengadu pada Zaed. Tapi mustahil. Zaed pasti tidak akan percaya langsung dengan kata-kata ku. Maklumlah. bagi dia kan, Ani tu lah segala-galanya. Aku menyeka air mataku dan tidur. Tidur untuk tenangkan fikiran ku yang bercelaru.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Holla!! 

Aduyaii kesian Qisya kan. Macam mana lah rasanya kena belasah teruk sampai macam tu sekali.

Zaed ni pun satu!! Srs author bengang gila dengan Zaed ni!!!! hmmm hahahaha over.

Btw, thankyou for readers-reader BJS?! yang setia membaca dan vote cerita ni even cerita ni kurang menarik kan? hmmm in sha Allah esok kita update lagi okay? hahahah bye night mwah :*

(Segala ketypo-typo an saya harap dimaafkan hehehehe)

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now