BAB 4

26K 818 9
                                    

Encik Zaed memandangku atas bawah sambil tersengih. Aku mulalah rasa tak senang hati. Aku memang tak suka kalau lelaki macam ni. Seram sejuk aku dibuatnya. Kemudian encik Zaed memandangku tajam. Heih apasal lelaki ni? Gila kut.

" So you Qisya Syazana right?" Aku mengangguk

" What are you doing here?"

Dia bagi soalan cepu emas pulak dah!. Sah sahlah aku datang sini nak interview wahai encik bos.

"Interview" Aku mengukir senyuman. Nak bersopan lah katakan. 

" Oh wow interview eh? So awaklah yang akan gantikan Nurul untuk jadi PA saya?"

Ish kalau aku taulah aku kena ganti tempat Nurul sebagai PA kepada bos monyet macam dia ni memang aku tolak tawaran ni. Tapi dah alang-alang kat tengah jalan ni, mana boleh nak undur balik kan? 

"Kenapa nak kerja kat sini?" Soalannya mengembalikanku ke alam realiti.

"Bukan ke pihak encik yang ada contact saya semalam? Kata saya akan di interview harini. Jadi saya yakin yang saya memang sesuai untuk kerja disini." 

" Memanglah diorang ada contact kau, Tapi kenapa kau nak kerja kat sini?" 

"Sebab saya memang dah lama sangat nak berkhidmat kat syarikat ni. Tapi tulah, baru sekarang dapat offer ni. Jadi saya tak nak sia siakan. Dan saya janji akan jadi pekerja yang bertauliah dan akan menjadi pekerja contoh kepada semua orang kat dalam syarikat ni." Amboi jawapan tu macamlah dah dapat kerja ni. Yakin sangat tu Qisya. 

"Amboi kau punya jawapan tu macamlah kau dah dapat jadi PA aku."

Aku diam. Tidak menjawab. kalau menjawab nanti kena cop kurang ajar pulak. Rasa macam nak sepak pulak dia muka dia tu!

"Okey saya terima awak bekerja tapi dengan satu syarat"

Aku memandangnya. Aduh dia pakai syarat pulak. Jangan syarat nya tu yang menjahanamkan aku sudah.

"Please change your appearance. I mean, this" Dia memegang tudungku. Lantas aku jauhkan diri ku dari dia. Amboi main sedap kau aja nak sentuh sentuh!

Aku memandangnya dengan penuh perasaan pelik. Pasti dia sudah dapat membaca reaksi mukaku yang 1000000% membantah dengan syarat nonsense nya. Gila punya orang!

"Bos, syarat yang bos bagi ni memang sangat sangat sangat nonsense dan memang gila!" Aku tekan perkataan gila tu. Sebenarnya 'gila' tu untuk dia, bukan untuk syarat nonsense dia tu.

"Eh Qisya, Sepanjang perjalanan awak ke bilik saya tadi, Awak ada nampak pekerja-pekerja yang berpenampilan macam awak ke? No right?"

Aku mendengus geram. Tadi ada je aku nampak pekerja wanita yang bertudung. Eish dia ni kalau ya pun marah kat aku pasal pagi tadi, janganla buat sampai macam ni. Kalau taknak ambil aku kerja tak payahla sampai nak 'ugut' macam ni sekali. Ada juga yang kena lenyek kat sini!

Aku membalas renungannya. Aduh ni yang tak tahan ni. Hensem sangat. Tapi aku kena tatap juga mata dia tu. Konon nak tunjuk berani. 

"Buat pengetahuan encik, saya rela tak kerja dekat tempat idaman saya ni daripada saya kena buka tudung saya ni dan tunjuk aurat saya dekat orang yang bukan mahram saya!"

Aku melangkah keluar. Langkahku terhenti. Aku menoleh semula kepadanya.

"Oh lagi satu saya nak beritahu encik. Kalau encik rasa fesyen tu lebih penting daripada kelulusan dan kebolehan untuk kerja kat sini, saya sangat yakin dan pasti yang syarikat encik ni takkan tahan lama. Okey assalamualaikum." Aku menghadiahkannya senyuman sebelum melangkah keluar dari biliknya. Hah ambik kau ceramah dari Cik Qisya. Aku sempat menoleh kearahnya yang terkebil-kebil melihatku. Eish jadi bos tu sepatutnya bimbinglah pekerja. ni tak. menyesatkan pekerja adalah!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So macam mana? Part ni memang bosan giler sebab dah tiada idea. 

#wahaiideadatanglahkauudinextchapter

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now