BAB 12

22.2K 584 7
                                    

sejak duduk di meja makan, Zaed hanya merenung tajam muka Qisya. menyampah betul dengan gaya PA a.k.a isteri dia tu.

"apasal kau conteng muka aku?!" suara Zaed suda separuh menjerit. direnungnya dalam dalam mata Qisya. hampir naik tangannya apabila Qisya hanya buat bodoh

"ish apa awak ni? saya tak buat apa-apalah!" Qisya mendengus geram. conteng muka aje pun takpayahlah sampai nak tampar-tampar. kang kau yang aku lempang.

" takde apa-apa? habistu muka saya tadi pagi yang penuh dengan contengan awak ni, tu yang awak kata takda apa-apa?" Zaed mengangkat keningnya. dia mendekatkan wajahnya dengan Qisya. Qisya membulatkan matanya. comel!

" betullah bukan saya, ish dahlah saya nak pergi kerja encik bos" aku bersuara seolah-olah mengejek. langkah diatur ke stesen bas. mak Zaed ada suruh aku ikut Zaed. tapi tak nak lah aku. aku bukannya tak tahu yang dia pun bukannya nak pergi kerja dengan aku. siap bulatkan mata lagi waktu mak offer aku pegi kerja dengan dia.

                                                               *          *          *          *          *          *          *

"Qisya masuk bilik saya jap"

Zaed memanggilku dari dalam. aku akur sahaja tanpa banyak mengeluh

"Ada apa bos?" aku masih panggil dia bos walaupun dia dah jadi suami aku. katanya, hal rumah tangga dan pejabat jangan disamakan. buekkkk!

" malam ni awak teman saya pergi wedding kawan saya "

aku mengangguk sahaja.

"remember, jangan pakai macam ni. kolot!"

aku mendengus geram. hah mula lah tu nak memperlekehkan fesyen cik Qisya ni. suka hati aku lah, baju aku bukan baju kau.

aku keluar dari biliknya tanpa banyak cakap. malaslah nak gaduh dengan dia ni. lantak dia lah nak buat apa pun

" Qisya wait!"

aku menoleh lagi. apa pulak kali ni?! 

"nanti saya bawak awak pergi shopping baju. get ready" Zaed bercakap sambil menyinsing bajunya hingga ke paras lengan.

" dah dah. tak payahlah. pandailah saya nak 'berfesyen' nanti " aku menjelingnya. leceh betul shopping. aku mana suka sangat.

"okay, you agree. tunggu saya jam 3 nanti"

aku mengecilkan mataku. hih tak paham bahasa betul suami aku ni!

aku keluar sahaja dari bilik dia tanpa disuruh. entah kenapalah aku rasa macam nak marah aje sekarang ni. serabut betul.

Aku dan Zaed pergi ke pusat membeli-belah lepas semua urusan di pejabat selesai. aku membuntuti sahaja langkahnya. dah macam orang perempuan aku tengok dia ni. excited kemain lagi.

kami masuk ke salah sebuah butik disitu. aku tengok gantungan-gantungan baju satu persatu. cantik!

"awak pilihlah" Zaed berpeluk tubuh sambil memerhatiku memilih baju untuk wedding kawan dia malam nanti. temanya blue. jadi aku membelek baju-baju yang berwarna biru sahaja. agak lama aku pilih, tapi masih belum ada yang berkenan di hati.

"saya tak pandailah pilih baju baju macam ni. kita balik ajelah"

aku memandangnya dengan muka seposen. berharap dia kesian lah dengan aku. tapi hampeh! dia menarik ku mengikuti nya. dia membelek-belek baju disitu. dia mengambil dan meletakkan di hadapan tubuhku. reaksinya dah macam ibu-ibu yang pilihkan pakaian untuk anak diorang aje. aku tergelak kecil. sesekali dagunya dipegang tanda dia sedang berfikir-fikir. dia menilik satu persatu baju disitu. haila Qisya, sabar ajelah

"i think yang ni nampak cantik dengan awak" dia memilih gaun biru tua kembang dan dihiasi dengan manik-manik yang sangat cantik dan berkilau. aku sekadar tersenyum. aku setuju aje.

eh jap! dia kata aku cantik ke tadi? hehehe terimakasih 

kami pergi ke kaunter untuk bayar baju tersebut. terbelalak mataku tengok harga baju tu. RM350!. gile mahal! 

" eh awak. b..ba..baju ni mahal sangatlah. tak payah beli lah. kat rumah ada jugak baju saya warna biru. guna yang tu ajelah." aku menahan tangannya. dia hanya menjeling ku dan terus menarik tangannya. hish!

"kau diam je. aku taknak kawan-kawan aku ingat aku bawak orang gaji pergi wedding dia." 

AMBOI! orang gaji kau kata?! pedas jugak mulut dia ni.

aku mengikuti dia dari belakang. aku mengejek-ngejeknya dan mengajuk semua percakapannya tanpa suara. ala bukan dia nampak pun. lek.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


cerita saya sekarang ni macam dah berterabur kan? ayat pun tak menarik. hahaha sorry sebab ni first time saya menulis. its okay guys, just teruskan baca. 

okay i got to go. in sha allah sambung next chapter malam ni :)

bos jadi suami?!Där berättelser lever. Upptäck nu