Bab 34

18.3K 433 8
                                    

"You!! daritadi asyik dengan phone je. tolonglah saya pilih baju ni." rungut Ani. Tidak senang dengan Zaed yang asyik dengan phonenya sejak mereka jejakkan kaki dalam butik itu.

"Zaed you dengar tak ni!! ish bak sini phone tu" Ani merampas telefon dari pegangan Zaed. Membuatkan Zaed sedikit berang. Apalagi dia ni?

"No! kalau you nak balik phone you ni, you kena teman I pilih baju ni." Ani mengangkat tangannya apabila Zaed cuba mengambil semula telefonnya. Tah apa yang susah sangat Zaed nak capai telefon dia tu. Mungkin tidak mahu terlalu dekat dengan Ani?

"Apa? awaklah pilih. Yang nak pakai baju tu nanti awak bukan saya"

"Yelah I tau lah tapi takkan you taknak bagi opinion you tentang baju yang I nak pakai nanti."

"Lagi satu, awak tak nak pilih baju untuk you ke? Zaed kita datang ni nak cari baju kahwin okey? Bukan nak hadap phone ni." Ani kembali bersuara apabila Zaed menyepi

"Jangan macam budak budak boleh tak? Bagilah phone I balik."

"No. Apa yang you tengok ni sampai beria-ia sangat--" kata-kata Ani terhenti apabila melihat foto Qisya terpampang pada skrin telefon. Dia merenung Zaed tajam.

"Sebabkan benda ni you taknak teman I?"

"No Ani. Listen.."

"Listen what? Zaed you jangan nak macam macam okay? kita ni dah nak kahwin. So can you please lupakan perempuan tak guna ni?"

"Don't you dare to call my wife 'perempuan tak guna'!" keras Zaed memberi amaran sambil merenung Ani. Tepat ke bola mata Ani. Tapi Ani langsung tidak takutkan renungan itu. Dia sudah lali dengan renungan itu.

"Zaed, please. Tolonglah! Kita dah nak kahwin. So please, tumpukan perhatian awak tu terhadap perkahwinan kita."

Zaed hanya diam. Perkahwinan apakah ini? Perkahwinan atas dasar apakah ini? Cinta? Huh! Kalau betul cinta, kenapa langsung sedikitpun perasaan gembira tu tiada? Memang impiannya selama ni untuk menjadi suami kepada Ani, tapi searang impian itu semakin lama semakin pudar. Wajah Ani dipandang kosong. Hatinya sedikitpun tidak bahagia melihat wajah itu. Tidak sebahagia dulu. '

'Patutkah perkahwinan ini aku teruskan?' bisik hati Zaed


------------------------------------------------------------------------------------------------------


Qisya duduk termenung di sebuah bangku dan pandangannya diarahkan kepantai. Hatinya tidak tenang. Air mata menitik satu persatu. Dia sudah terbayangkan kemeriahan perkahwinan Zaed dan Ani yang bakal berlangsung. Hati isteri mana yang tak sakit?

"Qisya?" Qisya hanya tersenyum hambar melihat Faiz yang kini duduk disampingnya

"Ada apa Faiz?"

"Ada orang nak jumpa awak kat depan"

"Siapa?"

Faiz sekadar menjongket bahu. Dia memandang Qisya sehingga Qisya hilang dari pandangannya.

"Yes sir? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

lelaki dihadapannya menoleh kepadanya. Matanya membuntang melihat insan dihadapannya itu. Jantungnya juga tidak berdegup normal. Senyuman yang diberikan Zaed memilukan hatinya. Sedaya upaya dia menahan agar air matanya tidak tumpah dihadapan lelaki itu.

"Qisya? boleh saya cakap dengan awak?"

Qisya hanya mengangguk. 

"Just the two of us"

"Tak boleh kat sini ke? Saya busy ni"

"Just the two of us. Please"

Qisya mengeluh perlahan. Dia akur sahaja. Lagipun hatinya begitu rindu dengan suaminya itu. Ya Allah..


--------------------------------------------------------------


"Awak nak cakap apa?"

Zaed memandang kosong jus oren dihadapannya. Ragu-ragu untuk memulakan bicara. Qisya dipandangnya sejenak. Laju Qisya membuang pandang.

"About my wedding.."

"Ya sure I will come" Qisya memotong. 

"No. I mean.. Saya dengan Ani--"

"Apa? Jangan kata awak tak jadi kahwin dengan Ani. Mcam tu je kan mainkan hati perempuan? Cukuplah hati saya yang rasa kekejaman awak. Jangan hati orang lain lagi."

Zaed buntu. Setiap bicaranya mesti dipotong oleh Qisya. Susah nak pujuk ni.

"Qisya, look. Saya akui saya sayangkan awak. And you know? Kalau awak minta cerai dari saya pun I wouldn't do that"

"Its okay Encik Zaed. Kalau awak tak nak ceraikan saya pun, biarkan saya tinggal sendiri. Saya taknak ganggu ketenangan awak dan Ani"

"Kenapa awak macam bahagia dengan perkahwinan saya dan Ani? Awak dah bencikan saya ke?" Zaed menyoal Qisya dengan penuh rasa ragu-ragu. Wajah tenang Qisya berubah. Dia tertawa sinis.

"Siapa kata saya bahagia dengan perkahwinan ni? Tipulah kalau saya bahagia dengan perkahwinan awak ni. Tapi apa yang boleh saya buat?"

"Kenapa awak tak fight for our relationship?"

"Zaed, saya dah buat macam macam untuk pertahankan rumah tangga kita ni. Tapi siapa saya kalau nak dibandingkan dengan cinta pertama awak tu." 

"Qisya.."

Qisya mencapai begnya lalu pergi dari situ. Air matanya disapu perlahan. Arghhh Zaed!!! Kalau kau datang nak naikkan kemarahan aku je baik takpayahlah!! Aku tak kesah pun lah dengan semua ni. Kau buat lah apa kau suka!!. Aku tak mampu nak halang lagi. ARGHHHHHHHHHHHH!!!


--------------------------------------------------------------------------------------------

so guys end for this chapter. Mata tak boleh lena so why not sis belanja satu chapter kan HAHAHHA ok night (sis dah gila)

*chapter ni gila pendek siot 

bos jadi suami?!Onde as histórias ganham vida. Descobre agora