BAB 20

22.1K 543 16
                                    

Petang itu, Zaed keluar bersama Amirul. Amirul perasan wajah Zaed yang nampak muram sejak mereka berjumpa tadi. Ditanya, sepatah dijawab. Risau dia dengan sahabatnya itu.

"Bro, kau kenapa sebenarnya ni?" Zaed hanya menggeleng. Tambah risau lah Amirul dibuatnya.

"Ni ajak aku makan kat luar ni kenapa?"

"Lapar"

"Aik? isteri tak masak ke?" 

Zaed menggeleng. " Masak apa? Dia tu mana reti masak "

Amirul ketawa sambil menggeleng. Muka sahabatnya itu dipandang.

"Comel betul aku tengok si Qisya tu, Zaed. Kalau dia senyum lagi, perghh" Amirul tersenyum sendiri mengenangkan wajah Qisya sewaktu mereka jumpa. Molek aja gadis itu dipandang.

"Kau jumpa wife aku ke?!" 

"Ha'ah. adalah dalam dua kali.." sengaja Amirul menaikkan api cemburu Zaed.

"Woi, wife aku tu!!!" Zaed menumbuk bahu Amirul. Makin galak Amirul ketawakan Zaed. Tau pulak jealous.

"Taklah. Aku teserempak aje dengan dia haritu. Aku tengok dia makan sendiri, so aku temanlah. Apa salahnya kan?" Amirul mengangkat keningnya. Dia mahu tengok reaksi Zaed. Seperti yang dijangka, Zaed cemburu!!

"Apa salahnya kau cakap? Dia tu wife aku. Takboleh keluar dengan lelaki lain. Qisya ni pun satu. Yang dia pegi melayan kau ni buat apa?!" Ton suaranya dinaikkan. Qisya rupanya dalam diam pegi jumpa dengan si Mirul ni!

"Oh jadi dia takboleh keluar dengan lelaki lain sebab dia wife kau lah? Jadi yang kau ni keluar dengan si Ani tu boleh pulak ya?"

Zaed hanya menjongket bahu.

"Kau ni Zaed, buat apa lah kau pegi melayan si Ani tu? Kau dah ada isteri tau. Tanggungjawab kau sekarang ialah Qisya. Bukan si Ani tu. Kau nak tanggung dosa ke abaikan isteri kau tu? Lagi satu, Ani tu bukan mahram kau. Yang kau asyik bekepit sana sini dengan dia buat apa? Buat malu diri kau aje kalau orang tengok" 

Tch!! sentap betul nasihat berbau sindiran si Mirul ni. Bab macam ni, memang bagi je dekat Mirul. Dia pandang wajah sahabatnya itu dengan tenang walaupun hatinya suda sentap seribu bahasa.

"Masalahnya, kau tau kan aku sayang sangat dengan Ani. Dia tu lah cinta pertama aku tau. Cinta pertama! Kau lainlah. Kau apa tau. Awek pun takde."

Amirul ketawa. "Memanglah takde awek. Tapi kalau macam ni lah kau layan si Qisya tu, aku rasa aku akan berpunya.."

Bulat mata Zaed dengan omongan Amirul. Amboi bukan main lagi nakkan isteri orang. 

"Kau ni bro janganlah nak kacau isteri aku. Tak pasal-pasal kau kena ni hah!" Zaed menunjuk penumbuk nya dihadapan muka Amirul

"Tau pun cemburu! Apalah kau ni. Tamak betul. Dua-dua kau nak. Kalau nak Ani, ambil Ani ajelah. Qisya bak kat aku" Amirul ketawa berdekah-dekah. Lucu betul muka risau+cemburu Zaed.

"Kau jangan lah nak berahsia dengan aku Zaed. Aku kenal dengan kau ni bukan baru sehari dua tau tak? Dah lama dah pun sampai naik muak aku tengok muka kau ni. Kau cintakan Qisya kan?"

Suasana disitu menjadi serius. Soalan Amirul benar-benar mematikan akal Zaed.

"Aku tak tahulah Mirul. Aku sayang Ani. Aku taknak kehilangan Ani. Tapi aku taknak jugak kehilangan si Qisya tu. Kau tau tak? Ani siap desak aku lagi supaya ceraikan Qisya. Pening aku dibuatnya. Asyik desak desak aku je dari dulu."

Amirul merapatkan kerusinya dengan kerusi Zaed. Berminat dengan cerita sahabatnya. Panas!!

"Habistu? kau nak ceraikan Qisya ke?"

"Tak. Tapi aku dah janji dengan dia dulu yang aku akan ceraikan Qisya. Tu pun sebab waktu tu aku bengang gila bila dapat tahu aku kahwin dengan PA aku sendiri"

Ternganga mulut Amirul dengar penjelasan Zaed 

"Bodo ah kau ni Zaed. Suka sangat cakap tanpa fikir panjang. Hah sekarang ni kau nak buat apa? Kau nak tunaikan lah janji nonsense kau tu?"

Zaed menggeleng. Dia tidak mahu melepaskan Qisya. Ya Allah serabutnya!

"Sekarang aku tak tau nak cakap apa lagi. Kau sendiri pun tau perangai si Ani tu kan. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi tu dia usaha. Kau kena hati-hatI Zaed. Aku takut nanti Ani buat benda gila dekat isteri kau"

"Taklah. Pandai lah aku settlekan benda ni nanti."

Amirul menghela nafas panjang. Susah kes Zaed ni. Dia yang mendengar pun sudah dapat rasa bagaimana bebanan yang dihadapi oleh Zaed. Apalagi Zaed..


-


'Semua yang ada ada pada dirimu membuat aku ku aku jatuh cintaaaa'

Aku menyanyi-nyanyi kecil sambil mengemop. Terjoget-joget aku mengikut rentak lagu yang dimainkan di radio. Aku mengambil gambar Zaed sambil menyanyi-nyanyi  ataupun lebih tepat, merapu.

'Come on baby say you love me, love me say you love me!!' Aku terjerit-jerit sambil menunjuk-nunjuk gambar Zaed.

'TingTongTingTingTingTongTongTiiiiiiiiiingggggggggggg'

"Ya kejap kejap" Aku berlari segera ke pintu. Bingit telingaku dengar bunyi loceng rumah yang ditekan tak henti-henti. Siapalah manusia bertuah yang tak pandai tekan loceng elok-elok ni!!

Sebaik sahaja aku buka pintu, badanku ditolak kasar oleh satu sosok tubuh lelaki berbadan sasa sehingga aku terhumban ke dinding. Aku jatuh terhempas ke lantai dengan kuat. Ditariknya lagi aku supaya berdiri kemudian ditolak semula ke sofa. Malangnya, aku tidak jatuh atas sofa, tapi lantai. Aku menangis teresak-esak menahan sakit. Rambutku ditarik dan diheret aku ke dapur. Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Kaki aku hentak-hentak ke lantai. Lelaki tadi menendang perutku dengan kuat dan menyuruhku diam. 

Dalam keadaan aku yang sangat sakit, aku cuba untuk melihat siapa lelaki itu tapi gagal sebab dia memakai topeng. Sekali lagi, perutku ditumbuk beberapa kali sampai aku terasa senak. Aku terjerit-jerit memanggil nama Zaed. Lelaki tadi masih lagi menendang aku sekuat hati sampai aku rasa badan aku semua kebas. Darah mula mengalir dari wajahku. Nafasku juga sudah naik turun. Pandanganku mula kabur....

Zaed....


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JENG!!!!

Stay tuned guys untuk mengetahui apa yang terjadi dengan Qisya. MANALAH ZAED NI!!! hahahhaha oke author macam orang gila kat sini meroyan. Btw sorry if korang baca chap ni bosan bosan bosan~~~~~~~~~~~

Thankyou juga kepada semua yang baca dan vote cerita ni mwahh thankyouuuuuuuu.

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now