BAB 14

22.6K 591 6
                                    

fail di rak aku tilik satu persatu. mencari satu lagi fail yang belum aku siapkan sepenuhnya. aku mengambil fail tersebut dan mula menaip di komputer sambil menyanyi-nyanyi kecil. maklumlah, semua orang pergi lunch. jadi aku sorang ajelah. bukannya ada yang dengar. kalau ada pun, apa salahnya? suara aku merdu kot. haha perasan!

aku berhenti menaip. fikiranku mula menerawang ke dunia lain. tangan ku letakkan di bawah dagu. emm, Zaed kalau betul kau cintakan Ani, kenapa kau tak bantah aje perkahwinan kita ni? sekarang kita dua-dua terseksa! aku terseksa sangat Zaed! :')

aku sedar, aku tidak boleh menuding semua kesalahan kepada Zaed. aku juga yang salah. Zaed dan Ani dah lama bercinta. aku ni yang tiba-tiba saja menjadi perantaraan cinta mereka berdua. kalau aku taulah Zaed dah  berpunya, aku takkan setuju kahwin dengan dia. aku takkan..

aku menggeleng laju. keluhan berat lepas dari bibirku. 

'huh Qisya! stop! jangan fikir benda ni lagi. okey aku takkan fikir benda ni lagi' aku menenangkan hatiku sendiri dan menyambung semula kerjaku. 

                                                             *          *          *          *         *         *

"you! bila you nak lepaskan wife you tu? you dah lupa ke dengan janji you?" Ani sudah mulai menarik muncungnya.

"sabarlah sikit sayang. susahlah I nak lepaskan dia. you know my mom, she really love my wife"

Ani mendengus geram. menyampah betul dia dengar perkataan 'my wife' keluar dari mulut Zaed.

"you ni pun satu. you ikut je cakap mak you kan?! I terseksa tau setiap kali terbayang you dengan dia tidur berdua. I sedih setiap kali terbayang orang yang saya sayang dah hidup dengan orang lain. you tak tahu semua tu!" air mata mula mengalir dari mata Ani. 

Zaed bungkam. dari tadi dia berusaha meyakinkan Ani. tapi semuanya tak berjaya. pening! 

"sayang, sabarlah sikit. kalau ikutkan hati I, memang I tak nak kahwin pun dengan dia. I tak tahan asyik menghendap muka dia aje. but now i don't have any idea. i thought you understand me right sayang?" Zaed memegang tangan Ani.. laju Ani menepis

" memanglah I faham you. tapi berapa lama lagi I kena telan semua ni? kalau you sayangkan I, you please ceraikan dia and...

"kahwin dengan you?" laju Zaed memotong. sinar harapan mula terpancar dari mata Zaed. dia rasa, Ani sudah bersedia mengahwininya. wajah mulus itu ditatap dengan penuh kasih sayang.

Ani terkejut. bukan itu yang dia maksudkan. dia belum sedia lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri..dan ibu

"bukanlah macam tu maksud I. look, bukannya I tak nak kahwin dengan you, tapi you tahu kan I nak fokus kerja dulu. you faham I kan?" bicara Ani lembut. 

Zaed membisu. kadang dia pening dengan Ani. dirinya sahaja yang perlu difahami. terasa hendak marah Ani pun ada.. tapi dia tidak sanggup kerana dia terlalu sayangkan Ani.

"asyik you je yang I nak faham.."

"sayang.." Ani cuba memujuk Zaed.. dia tahu Zaed sebal dengan dirinya sebab asyik mengelak kalau topik 'kahwin' menjadi bualan mereka.

"takpalah I balik ofis dulu"

"you tak marah I kan?" Ani tersenyum manis memandang Zaed. cuba untuk melembutkan hati lelaki itu.

Zaed hanya menggeleng sebelum beredar.


"Qisya"

aku pekakkan sahaja telingaku. bukan sebab marah dengan dia, tapi ada banyak lagi kerja aku kena siapkan. nanti dia jugak yang marah

"Qisya!!!

laju aku berdiri.aduh dia marah ke? kalau aku tahulah dia tengah panas, tak aku pekakkan telinga tadi. 

'bodoh sangat lah kau ni Qisya' aku mengetuk kepalaku.

aku lihat muka Zaed sudah merah menahan marah. penumbuknya juga digenggam erat. 

"pekak ke?!! ke buat-buat tak dengar?!" jerit Zaed lalu menumbuk kuat mejaku. habis bergegar fail-fail diatas meja.

"maaf bos, saya tak dengar" aku dah macam gaya budak tadika, tunduk pandang lantai.

" lain kali tolong peka dengan sekeliling! where's my file?" 

aku menyerahkan fail tersebut kepadanya. badanku bergerak kehadapan sikit sebab dia merentap fail tersebut dengan kasar.


Zaed meletakkan fail di atas meja dengan kasar. stress betul dia hari ni. Ani asyik desak dia fikirkan cara untuk ceraikan Qisya. dia mengusutkan lagi rambutnya yang sudah kusut. pening!

Zaed menjerit kuat sebelum menumbuk cermin dibiliknya sehingga pecah. semua pekerja disitu curi-curi pandang kebiliknya. darah mengalir keluar dari penumbuknya dan membentuk kolam kecil berwarna merah pekat. serpihan-serpihan kaca juga ada di merata tempat.

aku segera masuk kebiliknya. Ya Allah!!!

aku berlari mendapatkan first aid di laci Zaed lalu duduk melutut dihadapannya. dengan tangan yang terketar-ketar, aku menyapu ubat. di tangannya. namun, dia menarik tangannya dari genggaman ku.

" kau boleh blah tak dari bilik aku?!! aku tak nak tengok muka kau kat sini. KELUAR!!!" tengking Zaed. aku hanya memandangnya meminta penjelasan. namun hampa. dia menolak tubuhku kasar kearah pintu dan menghempas pintu biliknya.

aku terpaku berdiri dihadapan pintunya. air mata satu persatu menitik dari mataku. aku memandang kosong pintu biliknya. 'apa salah aku? aku ada buat salah ke dengan dia' aku berkata dalam hati. tangisan ku semakin kuat. semua pekerja disitu memandangku hairan. 

aku kembali duduk semula ditempatku. aku memandang biliknya. sepi. tiada sedikit pun suara kedengaran. suasana di pejabat jugak agak senyap ketika itu. mungkin semuanya terkejut melihat kejadian tadi. aku tunduk diatas meja. pilu hatiku diperlakukan begitu oleh suami sendiri.  apa salah aku?


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aduyaii Zaed ni makin lama makin garang lah. kesian Qisya.

anyway im sorry sebab ayat-ayat dekat cerita ni memang hambar gila hahaha. thankyou kepada yang setia membaca cerita ni. stay tuned guys!! 


bos jadi suami?!Where stories live. Discover now