Bab 44

18.2K 444 11
                                    

Sejak sampai di hospital, jantung Qisya berdegup laju. Sampailah mereka tiba di hadapan bilik dimana Ani dirawat, jantungnya masih tidak berdegup normal. Sesekali dia memandang Zaed, Zaed memberikannya senyuman.

"I'm here. Masuklah."

Qisya mengetap bibirnya sebelum membuka pintu bilik Ani perlahan lahan. Kelihatan Ani sedang terbaring lemah di atas katil.

"Ani." Ani menoleh. Matanya sedikit membulat melihat Qisya ada dalam biliknya.

"What are you doing here?" Qisya teragak-agak untuk mendekati katil Ani. Panahan mata Ani masih sama seperti dulu. Tajam.

"Ani, awak apa khabar?"

"You tengok I terbaring kat sini. You think I'm fine?" Ani menjawab. Qisya sedar air mata Ani jatuh walaupun Ani tidak melihatnya. Air mata kebencian kah itu?

"Ani, saya minta maaf."

Ani menoleh. Air mata mula jatuh berjuraian membasahi pipinya. Wajah Qisya ditatap.

"For what? What have you done to me?"

"Zaed.."

"No. I yang sepatutnya minta maaf dengan you. I'm very cruel. Perampas! I'm so sorry Qisya." Tangisan Ani semakin kuat. Qisya memeluk Ani untuk menenangkannya. Ya Allah.

"It's okay. Saya sikit pun tak berdendam dengan awak."

"You're to kind Qisya."

Qisya hanya membalas dengan senyuman. Akhirnya tangis Ani semakin reda. Qisya bersyukur akhirnya Ani sedar. Ya Allah terima kasih!

Zaed masuk kerana risau pada Qisya. Dia risau kalau Ani masih berniat jahat pada Qisya. Tapi, setelah melihat dua wanita dihadapannya itu berbual, dia tersenyum lega. Alhamdulillah.

"Zaed." Ani memandang Zaed dengan pandangan yang sayu. Qisya turut meoleh.

Jujur Ani masih sayangkan Zaed. Tapi dia bodoh! Dia persiakan semuanya. Terlalu lambat untuk baiki semuanya semula. 

Qisya ingin keluar untuk beri ruang pada Ani. Tapi Zaed menahan tangannya.

"Stay here." Zaed berkata perlahan.

"I'm sorry Zaed" Luah Ani dengan suara yang terketar-ketar menahan tangis. Zaed pula hanya diam.

"Zaed, I tahu apa yang I buat memang melampau. And I know, kalau benda ni tak jadi, mesti sekarang you dah kahwin dengan I."

Zaed menguatkan lagi genggamannya pada tangan Qisya. Tidak mahu Qisya sedih dengan apa yang dia dengar.

"Tapi, Allah itu adil. You deserve a good wife Zaed." Ucap Ani bersama senyuman tipis. Air mata yang mengalir disapu perlahan.

"I maafkan you. Mulai sekarang, just focus on your life."

Ani mengangguk bersama senyuman.

Alhamdulillah. Semuanya sudah selesai. Tiada lagi dendam yang terbuku di hati. Hanya bahagia, bahagia yang menanti.


-----------------------------------------


"Welcome back my princess!" 

Qisya memandang seluruh rumah dengan senyuman yang tidak pernah lepas dari bibir. Rindunya!

"Rindunya!" Qisyaa memeluk bantal sofa sekuat hatinya. Lepas rindu lah konon.

"Yang kat sini ni tak rindu?" Zaed menunjuk dirinya. Qisya mencebik. 

"Sama je."

Zaed buang pandang. Sama je? Hailah Qisya, pape jelah.


Habis satu rumah dironda oleh Qisya. Zaed pula hanya mengekori dari belakang. Macam-macam lah Qisya ni.

"Malam ni saya masak!" Qisya senyum lebar. Menampakkan lesung pipinya yang sememangnya menjadi kelemahan Zaed.

"Boleh ke?" Zaed mengangkat keningnya. Mencabar.

"Menghina? Hello, saya dah terer tau masak."

"Yeke, dulu pegang senduk pun susah...Auch!"

Zaed menyapu perutnya yang menjadi mangsa cubitan Qisya. Qisya sudah berpeluk tubuh sambil merenung Zaed.

"Tulah lama sangat berjauhan dengan saya. Semua perubahan saya awak tak tau."

"Siapa suruh lari?"

"Awak pergilah mandi!"

Zaed gelak melihat muka merah Qisya. Tukar topik lah tu. Temberang je lebih. 



Usai mandi dan solat, Zaed turun kebawah. Kedengaran Qisya menyanyi di dapur. Haih tak habis lagi ke budak ni masak?

"Takpayah lah nyanyi kat dapur. Tak elok."

"Kenapa pulak? Merdu apa." Qisya menjerit dari dapur.

"Nanti dapat laki tua. Nak?"

"Dah ada laki dah pun. Muda lagi. Ke awak maksudkan laki kedua?" Qisya ketawa terbahak-bahak sendirian di dapur. Zaed apalagi, habis memecut pergi dapur.

"Hello, orang perempuan takde kuota tambahan okay!" Zaed menarik rambut Qisya. Qisya apalagi, dengan segala kudratnya, habis tangan Zaed dipukul guna sudip.

"Gurau ajelah! Gurau sikit tak boleh." Qisya menjeling. 

"Jangan jeling. Tergoda aku!"

"Nyenyenye" Qisya membebel sendiri. Kalau layan Zaed. Tak masak lah makanan ni.

"Wahh, sedapnya bau."

Qisya sudah mencalit hidungnya. Bangga. Zaed menolak kepalanya perlahan. Perasan!

"Awak pegilah sana! Kacau!"

"Taknak."

"Pergi!" Qisya menjegilkan matanya sambil sudip sudah sedia untuk terbang. 

Zaed mengeluh perlahan lalu pergi ke ruang tamu. 

Alhamdulillah ya Allah. Kau selamatkan rumah tangga ku. Akhirnya isteriku kembali kepadaku. Aku harap, Qisya akan sentiasa disisi ku. Aku janji tidak akan mempersia-siakan Qisya lagi. Itu janji aku.

bos jadi suami?!Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt