BAB 6

24.8K 721 22
                                    

"Qisya teman saya lunch

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Qisya teman saya lunch."

Aku mendengus geram. Sejak 2 minggu aku kerja disitu, 2 minggu tu jugakla aku kena teman 'bos' ni makan. Beribu alasan aku bagi, ada saja jawapan yang keluar dari mulut bertuah dia tu dan aku terpaksa mengalah.

Mee basah seafood dihadapanku tidak kujamah. Bukan sebab kenyang ke apa. Perut aku ni bukan main lapar lagi. Tapi sebab mata bos tu asyik tengok muka aku aja. Tak selesa nak makan. Nak balas balik pandangan dia tu, memang tak berani lah. Pandangan maut!

"Bos janganlah asyik tenung saya macam tu. Saya dah lapar ni. Waktu lunch pun dah nak habis ni"

"Perasan awak eh? Saya tengok buskers kat sana tu"

Aku menoleh kebelakang. PPAP!! aku menampar perlahan pipiku. apasal lah perasan sangat ni Qisya. tak habis habis malu kan diri sendiri.

Aku berdiam diri sahaja. Mee basah cepat-cepat aku habiskan. Tak betah aku duduk depan dia ni. Malu betul!

"Dah habis ke?" Soal Zaed sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin. 

"Dah bos" Aku berdiri lalu melangkah pergi. Aku dengar Zaed memanggil namaku. Apa lagi lah yang dia nak ni? Aku menghampiri dia yang suda bercekak pinggang macam makcik-makcik.

"Banyak cantik muka kau Qisya. Ni semua siapa nak bayar?"

Bulat mata aku dibuatnya. Aku memandangnya. Dia memandangku. Dah sesi pandang memandang pulak! 

"Habistu saya ke yang kena bayar?"

"Habistu siapa? Saya?" Zaed menunjuk dirinya.

"Ha'ah lah. bos yang ajak saya makan kan? Bos lah yang belanja."

"Selama ni asyik saya saja yang belanja. Apa salahnya kali ni awak yang belanja"

Apa salahnya? Amboi amboi. Sudah terang lagi bersuluh yang memang ada salahnya. Dia yang ajak aku makan, Dia lah yang bayar. Sedap dia nak suruh aku bayar. Dahlah makan tak habis. Membazir! 

Aku membuka dompet dan mengambil not 50. Aku memandang duit itu dengan pandangan yang sayu. Baibai duit. Ada jodoh kita jumpa lagi ya (sobsob).

"Nah bos bayar lah. Saya nak balik ke pejabat cepat. Ada banyak lagi saya nak siapkan"

Aku menghulurkan duit itu kepada Zaed. Tapi hampeh! Dia melangkah pergi meninggalkan aku yang terkebil-kebil macam orang tengok dia berlalu dengan santai. Ish dia ni dahlah suruh aku bayar, lepastu tinggalkan aku sorang sorang kat sini. 

'Lain kali lunch sendiri ya bos. Jangan harap nak temankan! Kalau nak jugak, tu banyak bangla kat sana' Aku membebel sendiri sambil jari telunjuk ku menunjuk-nunjuk bangla yang sedang mencanai roti.

"Appa masaalah you tunjuk-tunjuk saiya!!" Bangla itu menjerit kearahku dengan pelat bangla dia yang pekat. Tergelak aku disitu. 

"Tara ada apa-apalah bos. Saiya main-main saja" Aku mengajuk percakapannya lalu beredar dari situ bersama tawa besar. Lucu betul bangla sorang ni.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Srsly chap ni short gila sebab idea merajuk tak nak datang. Heih

Soal bangla tu saya main-main ja tau. Jangan nak marah saya pulak hehehe

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now