BAB 24

22K 501 1
                                    

Dua bulan kemudian..


Qisya duduk termenung berlapikkan rumput di taman mini rumah ibunya. Suasana pada petang itu sungguh tenang. Tapi fikiran Qisya tidak. Fikirannya jauh melayang. Sejak kejadian 2 bulan yang lalu, dia membawa diri ke rumah ibunya. Dia ingin menenangkan hatinya yang sudah hancur. Hancur sepenuhnya..

Puan Nita memandang anaknya dari jauh. Dia bersimpati atas apa yang menimpa pada Qisya. Hatinya seakan-akan hancur melihat tangisan satu-satunya anak perempuannya. Perasaan bersalah mula menghantui. Kalau lah bukan sebab keinginan yang tinggi untuk berbesan dengan Puan Risma, pasti Qisya tidak akan melalui ujian perkahwinan seberat ini. Luaran Qisya dilihat tenang. Tapi dia tahu, anaknya itu menangis sendiri menahan perit yang ditanggungnya selama ini. 

"Mak? Kenapa mak nangis ni?" Aiman menyapa ibunya dari belakang. Kemudian pandangannya dihalakan kepada Qisya yang sedang duduk peluk lutut seorang diri.

"Kamu tengok kakak kamu tu. Dah 2 bulan dia asyik termenung sendiri. Tiada perubahan. Mak kasihankan kakak kamu, Aiman."

"Takpe, biar Aiman cakap dengan kakak okey?" Aiman memeluk bahu ibunya.

"Ya nak. Mak bergantung pada Aiman. Tolonglah pujuk-pujukkan kakak kamu tu ya"

Aiman mengangguk.


Pandangan Qisya tiba-tiba gelap. Matanya sakit akibat ditekan terlalu kuat. Puas dia memukul-mukul tangan yang menutupi matanya dengan kuat, namun tidak dilepaskan. Nafasnya hampir sesak..

CAAK!! 

Aiman ketawa terkekek-kekek memegang perutnya. Lucu doh muka cuak kakak aku HAHAHHA.

"Gila lah kau ni Man!! Akak ingat siapalah tadi" Qisya menumbuk kuat perut adiknya. Aiman masih lagi galak mentertawakan Qisya. Aku luku jugak kang budak ni!!

Suasana kembali sunyi. Aiman memandang kakaknya yang asyik cabut rumput-rumput kecil. Dia menggeleng.

"Kak. habis botak rumput tu"

Qisya hanya menjeling.

"Akak kenapa ni? Akak ada masalah ke? Ceritalah dengan Aiman."

"Tiada apa-apalah Man."

"Betulkah tiada? Muka tu macam orang yang banyak sangat masalah je. Ceritalah"

"Masalah kecik je."

"Kecik ke besar ke tetap jugak masalah. Dah cerita." Aiman kini duduk bersila dihadapan kakaknya. Tangannya ditongkatkan ke dagu.

"Tiada apalah Man. Akak teringatkan Zaed je."

"Kenapa?Rindu? Kalau rindu, baliklah rumah Abang Zaed. Yang balik sini buat apa?"

"Kau ni!! Akak tak nak ceritalah" Qisya menumbuk perut Aiman. Senak perut Aiman dibuatnya.

"Yalah yalah. Gurau sikit pun tak boleh."Qisya menjeling. 

"Akak rindukan Zaed lah Man. 2 bulan tak jumpa dia, macam 20 tahun kau tau tak?"

Berguling-guling Aiman ketawa mendengar kata-kata kakaknya. Jiwang!!

"Ish kau ni nak dengar ke taknak? Aku sepak jugak kau ni kang. Eih buat naik darah aku je" Kali ni, Qisya meluku pula kepala si Aiman. Budak ni tah apalagi nak bagi, semua tak boleh pakai.

"Akak rasa nak jumpa dia lah"

"Habistu? Jumpa aje lah. Suami akak kan? Lainlah kalau akak nak jumpa suami Mak Lijah depan rumah tu. Boleh mengamuk dia." Sekali lagi tercetus tawa besar dari mulut Aiman melihat muka kakaknya yang dah macam harimau kelaparan. 

"Cakap dengan kau ni kan buat orang stress ajelah. Dah pegi sana. Tak ikhlas pun nak dengar cerita akak" Qisya menolak badan adiknya. Tapi, kalau dah kancil tolak gajah, memang tak bergerak lah jawabnya -_-

"Betullah kak. Akak tak rasa ke yang Abang Zaed tu pun mesti rindukan akak? Akak baliklah. Aiman bukannya nak halau akak ke apa, cuma Aiman tak nak tengok akak sedih-sedih macam ni lagi."

"Takde maknanya dia nak rindu akak Man. Haritu Zaed cakap yang dia akan ceraikan akak. Jadi buat apa lagi akak nak jumpa dia? Dia mesti rasa bersyukur kan sebab akak dah berambus dari rumah dia"

Aiman mengeluh. Susah betul mahu sejukkan hati batu Qisya. 

"Tapi dia belum ceraikan akak kan? Kenapa? Sebab Aiman rasa dia dah mula cinta dan sayangkan akak. Akak cubalah bagi peluang dekat Abang Zaed. Takkan disebabkan benda tu, akak terus nak menderhaka dengan suami. Akak kena ingat. Abang Zaed tu suami akak. Akak tak boleh abaikan tanggungjawab akak sebagai seorang isteri. Percayalah kak, apa yang berlaku pada akak selama ni, ada hikmah nya."

Qisya diam. Otaknya memproses nasihat-nasihat dari Aiman. Memang betul kata Aiman. Aku masih lagi sah bergelar isteri Zaed sampai lah harini. Aku tidak boleh terus menghukum Zaed. Dia juga manusia, melakukan kesilapan. Kenapa tidak dibagi peluang untuk menjadi lebih baik?

"Assalamualaikum"

Aku dan Aiman serentak menoleh.

Zaed?


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

To Be Continued...

Holla guys. Sekarang srs idea memang dah kosonggggggggggggggggggggg. So In sha Allah esok update next chap k? Oke bai! hahahahah

Thankyou for read and vote this story. 

Yang rasa bersalah sebab cerita hambar, Syuhadah

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now