Bab 36

18.7K 421 35
                                    

"Zaed, semua barang hantaran dah beli kan?"

Zaed hanya mengangguk. Takda mood betul nak layan Ani.

"Kita pergi makan jom? Laparlah"

"Kita makan kat ruma ajelah. Mak dah masak. Mak suruh kita lunch kat rumah."

"Ala, kita makan kat luar jelah eh sayang? I teringin nak makan tomyam. Don't worry, my treat"

"Kita makan kat rumah jelah"

"Sayang."

"Ani!"

Ani merengus. Zaed ni kain hari makin keras kepala! Semua cakap dia kena ikut. Ani mengikut sahaja langkah Zaed dari belakang.


-------------------------------------------------------------------------------------------


Puan Risma tersenyum di pintu menyambut anaknya dan bakal menantunya.. kut?

Pada awalnya, Puan Risma menentang habis-habisan waktu Zaed cakap mahu berkahwin dengan Ani. Semua nasihat tak boleh pakai. Dari dulu memang Puan Risma tidak suka dengan perangai Ani. Adab, cara pakaian, semua zero. Puan Risma takut annti hidup Zaed tak teratur kalau kahwin dengan Ani.. 

Tapi, dia tidak mahu menghalang hajat anaknya itu kalau itu yang buat anaknya gembira. Akhirnya dia akur sahaja. Biarlah dia. Pandai buat, pandailah tanggung sendiri.

"Mama, how are you?" Ani berlari mendapatkan Puan Risma. Dia berlaga pipi dengan Puan Risma. Puan Risma pun turutkan sahaja. Mahu menjaga hati bakal menantu lah katakan.

" Jomlah makan. Mama dah masak."

"Yeke? Nasib Ani suruh Zaed balik sini. Tadi dia nak lunch kat luar tapi hati Ani ni kata mesti mak dah masak kat rumah. See, women's instinct" Ani ketawa kecil. Ketawa gedik sebenarnya! Bengang betul Zaed. Ikutkan hati, emmang hilang mulut Ani ni sekarang.

"Papa mana?"

"Papa lunch dengan client."

"Zaed hanya mengangguk.

"So, persiapan wedding korang macam mana? Barang hantaran dah beli?"

"Dah ma. Semua dah. Cuma cincin je belum cari lagi. Zaed ni busy sangat sampai takde masa nak teman Ani cari cincin."

'Aku yang busy ke kau yang busy!" getus Zaed didalam hati. Geram!

"Kalau macam tu, takpayah susah-susah. Mak ada cincin. Mak tak pakai dah pun. Rasanya muat dengan korang berdua. Kejap mama ambil ya"

Beberapa minit kemudian, Puan Risma turun bersama sekotak cincin di tangan. Ani mula menunjukkan muka tidak puas hati.

"Nah, cuba Ani pakai"

Mahu pengsan Ani dibuatnya. Cincin ni mak nak aku pakai waktu kahwin nanti? Mak ni bergurau ke apa? Cincin plain macam ni? No way!

"Ala mak, tak muat lah. Kecil sangat" Ani pura-pura berusaha masukkan cincin ke jarinya.

Zaed lantas menarik tangan Ani dan memasukkan cincin tersebut.

"Elok je aku tengok kau pakai Apa yang kecilnya?"

Ani menjeling. Zaed ni kan!

"Ani bukannya apa mak, tapi I don't like this ring. Ani nak yang ada diamond or something like that."

"Pakai je lah. Bazir duit aje beli barang yang dah ada."

"Zaed, I nak outfit I masa kahwin nanti grand. I kahwin sekali je dalam hidup. Salahkah kalau I nak semuanya perfect?"

Zaed diam. Cerewet betullah! Makin hari makin buat orang menyampah aje dengan perangai dia ni.

"Dahlah tu Zaed. Cincin ni mak bagi cadangan je. Kalau tak nak, takpelah"

Zaed diam sahaja dan sambung makan. Lantak kaulah Ani.


----------


Zaed pergi ke taman rumahnya untuk cari Ani. Sejak dari habis makan Ani asyik di taman sahaja. Merajuk lah tu.

Langkah Zaed terhenti. Cepat-cepat dia bersembunyi di balik tanaman-tanaman ibunya.

"Ya babe, sabar sikit boleh tak. Dalam 2 minggu lagi I akan kahwin dengan Zaed. Sabarlah sikit!"

"Yes babe. Kalau I kahwin dengan dia, I will make sure semua harta dia akan jatuh kat tangan I. And then, I will leave him and marry you. Be patient okay?"

"Ya, I janji. Habis je I kahwin dengan dia...."

"ANI!!!!" Bergema suasana disitu dengan jeritan Zaed. Telefon Ani jatuh ke tanah. Zaed berjalan menghampirinya dengan amarah yang membuak-buak.


"Zaed, I.. I can explain"

"Explain apa? Explain lah!" Jerit Zaed.

"I sebenarnya.. sebenarnya.. I"

"Sebenarnya apa?! Bukan main lagi aku tengok perangai kauni. Siapa lelaki yang awak telefon tadi? Siapa?!" Zaed mula mencengkam lengan Ani. Ani meronta-ronta minta dilepaskan. Namun hampa.

"Sakitlah Zaed!" Air mata Ani mula menitis

"Jawab! Siapa!"

"My client" Bohongan tidak berasas mula keluar dai mulut Ani. Zaed tersengih.

"Client? Apasal kau nak bagi harta aku dekat client takguna kau tu?" Bahasa Zaed mula berubah jadi kau-aku. Geram betul hatinya pada Ani hhanya Tuhan yang tahu. Kalau tak difikirkan Ani ni perempuan, dah lama pecah muka budak sorang ni!. Rupa-rupanya selama ni Ani kahwin dengan dia sebab harta! Shit!

"Kau tau tak? Kauni sebenarnya perempuan tak tahu malu! Pisau cukur! Sampai hati kau kan buaat macam ni dekat aku? Apa motif kau sebenarnya?!"

Ani yang sedari tadi menangis kini membalas renungan tajam Zaed. Tidak tahan dirinya dimaki. Dia menapak menghampiri Zaed dan merenung tajam tepat ke bola mata Zaed.

"Kau nak tahu sebab apa? Sebab aku nak harta kau dan hidup bahagia dengan bapak bayi ni!" Ani menunjuk perutnya.

Sekali lagi berita yang mengejutkan sampai ke pendegaran Zaed. Zaed mengundur ke belakang

"Ani, kau pregnant?"

"Yes! I'm pregnant. So what?!"

PPANGGG!!

Satu tamparan hinggap di pipi mulus Ani. Ani meraup pipinya.

Puan Risma yaang sedari tadi menjadi pemerhati akhirnya melepaskan geram pada Ani.. Sakit hatinya apabila anaknya diperlakukan sebegitu.

"Kau dasar perempuan tak tahu malu. Perampas laki orang! Kali ni kau nak rampas harta anak aku pulak? Lepasni kau nak rampas apa pulak? Kau dengar sini pompuan! Kau jangan berani nak datang rumah ni lagi. Kau jangan berani nak jumpa Zaed lagi. Berambus!

Ani berlari keluar dari rumah Zaed. Panas hatinya dengan dua beranak itu yang melayan dirinya seakan sampah.

Sebuah kereta meluncur laju menuju kearah Ani. Pemandu itu menekan brek tapi...

"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH"

Zaed memeluk ibunya. Tangisan dilepaskan. Puan Risma mengusap belakang anaknya untuk menenangkannya.

"Mak, Qisya ma. Zaed nak Qisya"

Puan Risma hanya mengangguk. Dia tahu anaknya pasti rasa bersalah terhadap Qisya.  


------------------------------------------------------


Okay guys so end for this chapter. Hahahahhahaha padan muka Ani. Ambik kau. Hoho

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now