BAB 2

30.7K 775 21
                                    

Setelah 20 minit aku 'berdiri', akhirnya bas pun sampai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah 20 minit aku 'berdiri', akhirnya bas pun sampai. Lenguh kaki aku dibuatnya. Dahlah bas ni kadang-kadang berhenti mendadak. Nasib aku tak terterjun keluar. Kalau tak, adalah family aku ni buat party kenduri kat rumah. Ya Allah Qisya kau merapu dah terlampau ni!!

Aku memandang bangunan ZS HOLDING SDN BHD dari dalam bas. Fuyyo besarnya. Ni kalau aku kerja kat sini mesti mak aku happy ni. Arwah ayah pun mesti happy.

Ayah, Qisya janji pada ayah akan kerja sungguh-sungguh dan bahagiakan keluarga kita' aku berkata dalam hati. 

Ayahku pulang ke rahmatullah sejak aku berusia 13 tahun. Ayah meninggal sebab kereta yang Ayah pandu ke tempat kerja terlibat dalam kemalangan. Mak pada mulanya memang takboleh terima kenyataan yang ayah dah tiada. Tapi alhamdulillah dengan sokongan moral yang diberikan oleh saudara-mara terdekat, sekarang ibu boleh teruskan kehidupan seperti biasa. Okey Qisya dah! Takpasal pasal nanti nangis kat dalam bas ni.

"Okay have a sit"lelaki tadi menegur aku.

Aku menoleh memandang mamat kerek tadi tu. Have a sit? Aku tersengih. Lawak betullah dia ni!

"No need sir. Saya dah sampai dah pun! Anyway thankyou sebab offer" Aku menekan perkataan offer tu sebelum aku turun dari bas. Hah kau ingat aku perempuan aku takut nak berkasar dengan lelaki? Kau salah wahai encik belagak!

Aku berhenti di hadapan bangunan syarikat idaman aku. Mulutku ternganga melihat ZS HOLDING. Besarnya!! Tak sangka yang aku bakal berkerja kat sini. Ya Allah permudahkanlah urusan aku harini, amin. Aku menarik nafas dalam dalam sebelum masuk. Dengan lafaz bismillah, aku melangkah masuk dan menuju ke kaunter.

"Selamat pagi dan selamat datang ke ZS holding. Boleh saya bantu" Pekerja wanita dikaunter itu senyum kepadaku. Aku membalas senyuman nya. 

"aya nak jumpa encik Zaed Syakir. Saya ada interview dengan dia hari ni"

"Maaf cik, tapi encik Zaed belum sampai lagi." Pekerja itu kemudian menyuruhku untuk duduk di sofa berhadapan dengan kaunter sementara menunggu 'bos besar' tiba.

Aku mengeluh perlahan. Sudah 5 minit aku tunggu tapi masih tak datang lagi bos besar ni. 5 minit tu memang lah belum lama tapi bagi aku dah lama sangat ni! Nasib lah syarikat ni ada aircond, Kalau tak dah banjir ketiak aku ni. Eish ada pulak bos besar datang lewat. Taulah bos tapi kenalah patuhi masa. Encik Zaed Syakir ni bukan contoh bos yang baik!


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

James Reid sebagai Zaed Syakir.

maaf Nadine Lustre, pinjam james kejap hehehe

btw, sorry for the short update.

#shortnamatey

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now