BAB 19

20.9K 526 9
                                    

Aku mencampak badanku ke atas sofa

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Aku mencampak badanku ke atas sofa. 3 jam perjalanan kerumah baru kami ni betul-betul meletihkan. Aku menyandarkan kepalaku di sofa dan pejamkan mata untuk seketika. Zaed yang lalu disitu mengetuk kepalaku. Bodo ah dia ni. Tak tahu ke sakit?! Aku menjelingnya dari jauh.

"Beg kau ni siapa nak angkat?" Pandangannya dihalakan kepadaku. Tangan kanannya sudah mencekak pinggang manakala tangan kirinya pula menunjuk-nunjuk begku. Dah serupa makcik-makcik aku tengok dia ni. hahahah

"Angkatkanlah. Saya penat ni"

"Takde-takde! Angkat sekarang pegi bilik awak"

"Nantilah"

Zaed berjalan menghampiriku. Ditariknya telinga aku sampai tudung aku pun dah senget sana-sini. Tanganku dicapai lalu diletakkan atas beg ku.

"Pegi angkat sekarang. Ingat saya ni bos. Dengar cakap saya!" 

"Bos otak kau. Kau kan dah berhentikan aku kerja."

"Memanglah bukan. Tapi saya bos kat rumah ni. Saya kan suami awak. Dah, jangan banyak songeh. Pegi angkat sekarang"

Aku berjalan menuju ke sofa semula. Tah apa malang nasib aku, aku jatuh terduduk di lantai. Sengal gila bontot aku!! 

Zaed sudah galak mentertawakan aku. Dalam hati aku dah sumpah seranah lantai ni. Dengan Zaed sekali aku sumpah-sumpah sebab ketawakan aku. 

"Ni lah akibatnya kalau tak dengar cakap suami. Dah, meh bangun." Dia menghulurkan tangannya untuk bantu aku berdiri. Dengan teragak-agak aku mencapai tangannya. Dia menarik aku untuk berdiri. Dan sekarang.. aku berdiri betul-betul dihadapannya. Dup dap dup dap. Senyuman Zaed!! Aduhai~

Aku angkat begku menaiki tangga. Susah betul aku nak jalan sebab bontot aku, kaki aku semua sakit. Aku berhenti di tengah-tengah tangga untuk berehat sekejap. Zaed dibelakang apalagi, mula lah keluar bebelan dia tu suruh aku cepatlah itulah inilah. Boleh bernanah aku dengar celoteh dia tu.

Sebenarnya niat aku berhenti di tangga ni supaya Zaed kesiankan aku lepastu offer nak bantu aku angkat beg. Tapi hampeh! Ditinggalkannya aku sorang-sorang terpacak disitu. Aku tolak jugak dia ni dari tangga!

-

Usai mandi dan solat, aku turun ke bawah untuk cari apa-apa makanan yang ada. Perut aku dah lapar sangat ni sebab sejak petang tadi aku tidak makan. Aku buka peti sejuk. Hanya ada 2 biji epal. Hampeh betullah suami aku ni tak beli barang dapur -_-

"Awak tak beli barang dapur ke?" Aku menjerit dari dapur. Tiada sahutan.

"Awak dengar tak ni?"

"Oi !! Saya cakap dengan awak ni"

"Heh monyet jawablah!!" 

Aku mendengus geramm. Mana pulak perginya Zaed ni? Mahu tekeluar anak tekak aku menjerit.

Aku meletakkan pisau atas meja. Tertunda seketika aku nak potong buah epal semata-mata untuk cari dimana keberadaan monyet tu.

"Adapun! Saya tanya tadi, apasal diam? Tak dengar ke apa?" Aku menegur dia dari belakang

"Dengar. Kalau aku beli barang dapur banyak-banyak pun, kau reti ke nak masak."

Ewah-ewah nak perli aku pulak dia ni. Aku cekik kau baru tau!

"Siapa kata saya tak pandai masak?" Aku menafikan tidak mahu mengalah.

"Jadi awak pandai masak la ni?"

Dengan bangganya aku mengangguk walapun aku sikit pun tak tahu masak. Masak mee segera tu pandailah. Rendam dalam air panas and then siap.. Tu pun masak jugak kan? Hehe.

"Okey lah kalau macam tu" Senyuman nakal Zaed mula merisaukan aku. Aduh Qisya, kauni memang tempah maut betullah!! Aku berlalu ke dapur dengan pelbagai persoalan dan imaginasi yang bakal berlaku selepas ini. Memang masaklah kau kali ni Qisya~


Aku menggeliat bangun. Cahaya matahari yang masuk melalui tingkap menyilaukan mataku. Aku menguap panjang sambil melakukan aksi bina badan atas katil untuk merenggangkan otot-ototku. Lena betul tidur atas katil yang empuk ni. Selama ni asyik tidur atas lantai je. Pernah satu hari tu, aku berkeras juga mahu tidur atas katil. Tapi dia boleh pulak tolak aku dari katil sampai aku jatuh tergolek-golek ke lantai. Kejam!! Rasa macam nak sumpa-sumpaj aje si Zaed tu!!

Pagi ni aku tidak berkejar-kejar untuk ke pejabat. Sebab bos besar kesayangan ZS Holding dah berhentikan aku kerja. Katanya tak perlulah aku nak kerja di pejabat lagi. Kerja saja dirumah ni. Ish ish.


Aku lihat Zaed sedang duduk di ruang tamu sambil makan roti. Terkumat-kamit mulutku meniru gayanya makan. Tiba-tiba, muncul idea jahat dalam otakku. Aku tersengih sengih sendiri. Apa salahnya kita main kejut-kejut pagi ni kan? Suprise Encik Zaed muehehehehehe.

Perlahan-lahan aku turun dari tangga supaya tidak disedari oleh Zaed. Tangan aku kedepankan. Bersiap sedia untuk menyergah Zaed.

BAAA!!!

Zaed menoleh kepadaku dengan wajah selamba "Kau dah kenapa?"

Aku berlakon menepuk-nepuk sofa apabila kejutan ku tidak menjadi. Buat malu diri sendiri je!

"Jam berapa nak pergi pejabat?" Cepat-cepat aku menyoal untuk menutup rasa malu.

"Kejap lagi"

Aku hanya mengangguk. Sekali lagi aku cuba untuk mengacau Zaed. Remote televisyen aku capai dan mematikan siaran. Yess!! Bukan main merah lagi muka dia marah-marah. Haha!

"Saya gerak dulu lah. Awak jaga rumah ni elok-elok. Jangan keluar pegi mana-mana, faham" 

Aku berpeluk tubuh dan bahu kanan ku bersandar di dinding. Aku hanya menjongket bahu.

"Dengar tak ni?"

"Kalau saya nak keluar jugak kenapa?" Sengaja aku nak buat dia marah pagi-pagi ni. 

Zaed mengugut aku dengan membulatkan matanya dan jari telunjuknya digariskan keleher. Kononnya nak bagitahu kalau aku keluar jugak, I will die!!.  Aku tergelak besar disitu.. Kelakar betullah dia ni.

"Yalah yalah. Saya tahulah." Aku membalas dengan sisa tawa yang masih ada.

Aku memandang kereta Zaed sampailah hilang dari pandangan mataku. Aku melambai-lambai sambil tersenyum. Dah angau ni Qisya. Cepat-cepat aku menggeleng lalu masuk kerumah.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cewah Qisya bukan main lagi usik suami sendiri. Hhaahha

Btw story ni makin lama makin bosan en? Alaaa sorry lah idea sikit-sikit je keluar dia malu kot -_-

Thankyou kepada semua yg baca dan vote cerita ni. I appreciate it mwah

bos jadi suami?!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang