BAB 25

21.9K 488 15
                                    

"Assalamualaikum"

Aku dan Aiman serentak menoleh

Zaed?

"Eh Abang Zaed! Bila sampai? Marilah sini join"

Aku mencubit-cubit peha Aiman. Gila budak ni. Yang pegi ajak Zaed tu kenapa?!

"Baru je sampai" Dengan spontan nya, dia duduk dihadapanku. Aku tunduk bila menyedari matanya merenungku. Renungan..arghhhh gila jangan renung aku macam tu!!!!! aku menjerit dalam hati.

Zaed beri isyarat pada Aiman supaya tinggalkan dia berdua dengan Qisya. Aiman yang pada mulanya terpinga-pinga, akhirnya faham akan maksud abang iparnya itu. Aiman mengangguk dan mengeyitkan mata sambil tersengih-sengih menunjukkan thumbs up nya.

"Nampaknya ada orang nak buat 'discussion' lah sekarang. Ermm Aiman masuk dululah" Aiman menepuk-nepuk bahu Zaed dan berbisik ke telinga Zaed. "Goodluck bang, kalau dia tak maafkan tu, jangan makan hati lah ya. Jual mahal je tu." Aiman tersengih-sengih lalu beredar meninggalkan Qisya dan Zaed disitu.

Zaed menumpukan pandangannya terhadap Qisya. Sungguh dia rindukan isterinya. 2 bulan hidup tanpa isteri disisi, jiwanya kosong. Dan sekarang, isterinya, Qisya Syazana sudah ada depan mata. Ditatapnya wajah itu puas-puas bersama senyuman lebar. Macam nak peluk-peluk je bini aku yang comel ni, getus hatinya.

"Sayang sihat?" Soalan Zaed memberhentikan aku daripada terus mencabut rumput. Terkejut dengan perkataan 'sayang' dari mulut Zaed. Hampir terlopong aku dibuatnya. Nasiblah aku cepat-cepat cover.

"Sayang masih marahkan abang?" Sekali lagi nafasku seakan terhenti mendengar Zaed bahasakan dirinya sebagai 'Abang'. Weh dah gila ke suami aku niiii???

"Sayang..abang nak minta maaf. Abang sikit pun tak berniat nak ceraikan sayang. Waktu tu Abang sayangkan Ani. Sebab tu Abang cakap macam tu dengan dia, untuk buktikan yang Abang sayangkan dia sangat-sangat. Tapi sekarang Abang dah sedar, apa yang Abang buat dekat sayang ni semuanya salah. Abang dah abaikan sayang sebagai isteri Abang. Maafkan Abang?"

Aku pandang wajah Zaed. Terpancar riak bersalah pada wajahnya. Sebenarnya sudah lama aku memaafkan perbuatan Zaed selama ni. Cuma, 2 bulan aku menjauh dari dia, sebab aku nak pujuk hati aku. Pujuk supaya melupakan semua perkara dan kembali semlua pada Zaed. Tapi ego terlalu berkuasa dalam diri saat itu. Aku sanggup meninggalkan Zaed dan tidak memberikan peluang langsung padanya. Sekarang, Zaed datang dan merayu memohon maaf dengan seikhlas hati. Apa salahnya aku berikan peluang itu pada Zaed sekarang?

"Sayang...say something"

Aku tersentak dari lamunan. "Hah? Errr s..sa sa" Aduh Qisya kenapa kau tetiba gagap ni.

Zaed gelak kecil melihat Qisya yang menggaru-garu kepala. Comel betul rasa macam nak cubit-cubit!! (oke author over)

"Sayang, cakaplah something. Abang risau ni."

Aku mula tersengih-sengih sendiri. Bermacam-macam idea jahat muncul dalam otak geliga ku ini. Apa kata kita kerjakan budak ni cukup-cukup? muehehehehehe

"Kenapa awak cakap nak ceraikan saya? Saya tanya ni jawablah!!"

Zaed terkejut apabila Qisya meninggikan suara kepadanya. Tidak pernah-pernah budak ni nak tinggikan suara.

"Sebab...sebab saya.."

"Sebab apa?!"

"Sebab saya sayangkan Ani."

"Sayang Ani? Lepaskanlah saya. Biar saya cari kebahagiaan saya diluar sana. Awak pergilah bersama Ani kesayangan awak tu"

"Mana boleh. Ani dah masuk rumah orang sakit jiwa. Takkan Abang nak tinggal dengan dia pulak? Ish merepek ah"

Serta merta plan ku untuk kenakan Zaed cukup-cukup tamat begitu sahaja. Lebih tertarik pada cerita Ani. Dia masuk rumah orang sakit jiwa? Biar betul?

"Rumah sakit jiwa? Kenapa boleh macam tu? Haritu polis yang tangkap dia kan? sepatutnya masuk penjara lah. Yang tiba-tiba masuk rumah sakit jiwa kenapa?" Hah Qisya dah mula lah soalan merapu dia tu.

"Memang lah haritu polis yang tangkap. Abang pun tak tahu sebenarnya. Semua ni Amirul yang bagitahu. Katanya Ani dah gila sebab Abang tinggalkan dia. Syarikat dia pun dah bankrap. Lagi gila lah dia dibuatnya. Dahlah dalam kepala dia tu asyik nak kerja, kerja, kerja" 

"Ya Allah, sampai macam tu sekali? kesian Ani" aku bercakap perlahan seorang diri.

"Tak payah kesian-kesian. Kesian lagi wife Abang ni. Diduakan oleh suami sendiri. Kejam kan? Pukullah Abang. Pukul cepat..!!" Zaed meroyan tak tentu fasal sambil memukul-mukul dirinya. Tak betul dah wire dia ni.

"Awak dah kenapa? Nanti tak pasal-pasal awak yang saya sumbat sekali dalam rumah sakit jiwa"

"Amboi. Kalau Abang masuk sana nanti ada orang rindu tak dapat jumpa Abang.."

Aku mencebik. Perasan betul. Tapi betullah, nanti I rindu pulaks kan muahahahha.

"Sayang maafkan Abang tak ni?" Zaed mencebik dihadapan Qisya. Matanya dipejam celik pejam celik. Konon nak tunjuk comel depan Qisya.

"Actually saya dah lama pun maafkan awak...."

"HOORAYYYYYYYY!!" Aiman sudah terloncat-loncat sambil menjerit bahagia. Macam aku nak ketuk-ketuk aje budak ni. Bukan main lagi curi-curi dengar perbualan orang.

"Hoi!! sedapnya kau dengar kitorang berbual eh. Budak mentah suka sangat sibuk urusan orang tua!"

Aiman tersengih-sengih. Melihat Zaed yang membulatkan matanya menyuruh dia pergi, dia akur sahaja.

"Adik sayang memang macam tu eh? Tak betul sikit"

"Dia tu bukan tak betul sikit, tapi tak betul BANYAK. Tah apalah dia tu.. Dah besar panjang tapi perangai kalah budak-budak. Tu lah pasal semua perempuan lari kalau tengok dia ni. Tak de yang melekat."

"Amboi lancar mengata adik sendiri." Zaed menarik hidung isterinya. Lega hatinya melihat tawa Qisya. Akhirnya, rumah tangganya kembali pulih. Sebelum ini dia mensia-siakan Qisya. Kali ini dia tidak akan mengulangi perbuatan bodohnya lagi. Dia akan menyayangi Qisya sepenuh hati. 

"Jomlah masuk. Dah nak maghrib"

"Jom"



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah berbaik pun BOS dengan PA ni hahahahha. Kesian Ani gila hanya sebab lelaki hmm (merapu).

In Sha Allah esok update next chap k? ya sabarlah sikit!! ahahhahahaha (over ). Thankyou again mueheheheh.

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now