BAB 15

22.3K 558 6
                                    

okey kali ni serius!! hahaha

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"kak, okey ke? sakit?" Aiman meletakkan belakang tapak tangannya di kepalaku. aku hanya menggeleng lemah.

"habistu akak senyap je ni kenapa?"

"tiada apa lah Man. akak letih je. banyak sangat kerja kat pejabat." aku mengurut perlahan kepala ku.

Aiman memandang wajahku. keningnya dikerutkan. mulutnya disengetkan ke kiri dan ke kanan. kononnya nak tilik muka akulah tu. aku menampar wajahnya. dia menjerit kesakitan sambil memegang pipinya. padan muka!

"buruk lah muka kau macam tu. macam beruk"

Aiman mencebik

"ala kalau Aiman ni buruk itu maknanya akak pun buruk. akak kan kakak Aiman." dia memaut bahuku dan melentokkan kepalanya ke bahu ku.

"eee kau ni macam sotong lah!"

Aiman ketawa besar. dia mencubit pipiku kuat dan berlari meninggalkan aku. takut lah tu hahaha.

mak menghampiriku bersama pinggan berisi karipap pusing berinti daging emm sedapnya!!.

 aku lihat ada seorang lelaki sedang mengekori mak dari belakang sambil buat gaya catwalk. terangkat-angkat kepalaku ingin tahu. tapi dia tu asyik berlindung di belakang mak aku.

"Ya Allah, kau rupanya Aiman! akak ingat sotong manalah tadi yang terhegeh-hegeh bawak jug tu. bak sini"

Aiman meluku kepalaku. sakit lah oi!

"dahlah. makan ni mak masak untuk anak mak."

Aiman dengan rakusnya melahap karipap buatan mak. sekelip mata je tup tup dah hilang 4 biji.

"Qisya, kamu sorang aje ke? suami kamu mana?"

Uhuk uhuk!! 

Aiman menepuk-nepuk belakangku. mak menghulurkan air teh. aku dengan pantas minum teh dengan sekali teguk sahaja. haila mak ni buat anak dia tercekik aja

"ish kamu ni. takkan mak tanya pasal suami, kamu dah tercekik macam tu."

aku hanya tersengih. karipap yang terkeluar sikit dari mulutku aku bersihkan.

"ni Qisya pergi sini, ada izin suami ke?"

"hah? a..ada. cuma dia busy sikit jadi dia tak boleh nak ikut sekali." maaf mak. ni tipu demi kebaikan ni. tak nak kena bebel! hahaha.

aku mengambil karipap di pinggan. eh kosong? mana perginya semua karipap aku?! 

Aiman bersandar di kerusi sambil menjilat-jilat jarinya. dah agak dah ni mesti dia yang bantai semua karipap. aku tumbuk perutnya. dia apalagi, mula lah keluar suara sotong dia tu. 

"kau ni makan tak ingat dunia kan. akak lapar ni"

"Aiman ingatkan akak tak nak. kan dah tersedak tadi"

"kalau aku tersedak tu bukan tandanya aku taknak makan. ish kau ni aku bantai kau kang."

Aiman menjelirkan lidah. ish pengotor lah adik aku sorang ni.

"mak, waktu mak mengandungkan dia ni kan, mak ada makan sotong tak? aku memandang nya sinis. ha amik kau. siapa suruh perli akak tadi.

Aiman sudah menunjukkan penumbuknya. elleh ingat aku takut lah tu. aku tunjukkan juga penumbuk sambil besarkan mataku.

"dahlah. mak libas korang dua baru tau. ni sapa nak kemas ni?" mak menunjuk pinggan dan gelas kosong diatas meja.

"suruh akak je lah. dia kan dah jadi isteri orang. bolehlah dia berlatih mengemas." Aiman berlalu dengan tawa yang besar. dia memukul-mukul punggungnya dan menjelirkan lidah kearahku. ish nama aje lepasan tapi perangai tah apa apalah.


*gambar dibawah ni ialah Aiman. (al ghazali). hensem doh cair!!

 hensem doh cair!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


aku merenung jam di dinding. sudah pukul 12 tengah malam. mana Zaed ni tak balik balik lagi. dia ni tau buat orang risau ajelah.

aku mundar mandir dihadapan katil. sudah pukul 1230 tapi kelibat Zaed masih belum muncul. akhirnya, aku duduk di tepi katil. penat asyik mundar-mandir. Zaed ni tak ingat jalan pulan ke apa?! hish

aku terdengar bunyi pintu dibuka perlahan. aku buka mataku perlahan-lahan. aku terlelap rupanya tunggu Zaed dari tadi. aku memandang jam di dinding. pukul 1? lewat macam ni baru Zaed pulang?

"awak dari mana?" aku menyoal Zaed yang tengah melonggarkan tali lehernya. dia hanya membiarkan soalanku begitu saja.

"saya tanya ni awak dari mana?"

"tak payah sibuk boleh tak? saya dari ofis lah!" dia mencapai tualanya lalu ke bilik air. 

aku mengeluh perlahan. ni mesti keluar dengan Ani lah ni. Zaed sejak kebelakangan ni asyik marah aje. aku pun tak tahu apa salah aku. aku paling tak boleh kalau lelaki tengking ni. rasa macam nak nangis aje. 

selesai aku bentang tikar di lantai, Zaed menghampiriku. aku memandangnya hairan. dia pulak seperti biasa pandang aku dengan muka ketat dia tu.

"kau bahagia ke dengan aku?"

soalan yang keluar dari mulut Zaed membuat ku terkaku. kenapa dia tiba-tiba tanya macam ni? apa kena dengan Zaed sebenarnya ni. ke ni ada kaitan dengan Ani. aku mulai berteka-teki sendiri

"awak, saya tak tahu apa saya dah buat dengan awak sampai awak marah saya macam ni. saya..."

"kau bahagia dengan aku ke tak? aku tanya kau ni!" 

terhinjut bahuku akibat terkejut. sekali lagi airmataku gugur. Zaed, jangan lah tengking saya macam ni. saya tak suka lah! aku menjerit dalam hati.

" hah tengoklah tu. orang tanya sikit  je dah nak nangis. leceh betullah dengan awak ni. " dia menampar lantai dengan kuat lalu naik ke katil. selimut ditariknya dengan kasar hingga menutupi seluruh tubuhnya

aku memandangnya kosong. kenapalah Zaed nak marah-marah ni. apa aku buat. aku tak ada pulak nak halang dia bercinta dengan Ani sampai dia nak naik angin ni. aku makin tak faham dengan sikap Zaed yang semakin lama semakin berubah. aku memejam mata erat-erat. cuba untuk membuang segala perlakuan Zaed terhadapku dari terus menganggu fikiranku.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

tettt!! Zaed ni asyik marah-marah je. nanti saya tamatkan riwayat kau di next chapter baru kau tau hahahaha. 

btw im so sorry kalau cerita ni tak berapa menarik ya. maklumlah saya baru sahaja cuba menulis ni. tapi dengan sokongan kamu semua, in sha allah saya akan habiskan jugak cerita ni. thankyou for reading guys. 

thankyou jugak sebab vote cerita ni. sayang readers semua.

#Zaedkejam!

#kesianQisya

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now