BAB 11

23.8K 615 3
                                    

"kak, pengantin lelaki dah sampai. hensem giler suami akak. aiman yang gentleman ni pun hampir tergoda tau" 

aku memandang adik bertuah ku itu. gentleman lah sangat. macam sotong aje aku tengok.

tarik nafas. hembus nafas. tarik nafas. hembus nafas. perkara itu aku ulangi beberapa kali. dup dap dup dap jantung aku dari tadi. nervous! macam aku pulak yang nak lafaz akad nanti.

aku menuruni anak tangga diiringi oleh mak. aku mengukir senyuman yang paling manis sambil memandang semua tetamu yang hadir. kembang kempis hidung aku apabila aku terdengar kawan mak asyik puji aku ni cantiklah, comel. auch. nasib mak pegang. kalau tak, memang dah melayang aku kat udara. hehe

aku melihat bakal suamiku. sebelum tu, bismillahirrahmanirrahim.....

PPUK!!! aku berhenti melangkah. mak memandangku hairan. dia menggerak-gerakkan badanku. jangan risau mak. Qisya tak strok. Qisya cuma terkejut! Ya Allah! dia ni ke suami aku?!

aku lihat Zaed memandang ku geram. pasti dia juga terkejut setelah tengok wife dia ni. Ya Allah, apalah nasib kena kahwin dengan bos sendiri?!

aku mula melangkah. bukan kebawah. tapi keatas! mak pulak sempat tahan aku. mak aii Qisya tak nak!!!

mak memaksa aku turun kebawah. katanya jangan malukan dia depan orang ramai. aduyai! nak aje aku acting pengsan kat sini. tapi nanti orang pikir aku terkejut dapat laki hensem. pemikiran orang ni kita mana tau.

Zaed beberapa kali menarik nafas panjang. nervous sangat kut sebab nak lafaz akad nikah.

"aku terima nikahnya, Qisya Syazana binti Kamal dengan mas kahwin nya 3 ribu ringgit tunai"

dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada Zaed Syakir. aku menangis teresak-esak memeluk mak aku. bukan nangis kegembiraan ni. ni nangis terseksa! terseksa kahwin dengan bos sendiri! tak kenal pulak tu. tapi tak kenal maka tak cinta kan? hah Qisya jauh melencong!

mak memukul perlahan bahu ku. semua tetamu dan saudara-mara yang ada disitu memandang kearah ku. ah pedulilah apa dorang nak fikir! aku sedih ni!uarghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

aku menjeling ke arah 'suamiku'.santai saja dia membalas senyuman tetamu. aku yang duduk kat pelamin ni macam nak lari tau tak? hm nampak gayanya, mulai hari, detik, jam, dan saat ini aku akan menghadap muka yang sama saja. muka monyet!

majlis pada tengah hari itu alhamdulillah berjalan lancar. mak aku dan mak Zaed bersalam-salaman dengan tetamu yang ingin pulang.perkarangan rumah semakin lenggang. yang tinggal hanya saudara-mara terdekat.

aku berlari senyap senyap ke dapur untuk mencari makanan. lapar!. dasyhat betul perut aku berkeroncong. 

aku mebuka peti sejuk. aku mengambil 3 keping roti dan sapu jem strawberi. apa apa ajelah asal makan. akhirnya, roti tu dah selamat sampai di perutku. hehehe

"rakus"

aku menoleh. ha tudia monyet dah datang. 

"saya dengar ni saya dengar!" sengaja aku pegang cuping telinga ku.

Zaed hanya menjeling.

"masakkan aku something"

gulp! dia suruh aku masak ke tadi?! apa aku nak masak! aku mana terer masak-masak ni.

setelah berfikir panjang, akhirnya aku hanya mengambil mee kari di almari dapur. ni pun jadilah.

"eh apa tu?" Zaed suda terpacak di hadapanku

" ini ialah mee kari. tak nampak ke?" aku menunjuk mee kari tepat depan muka dia. 

"nak buat apa dengan mee tu?"

"aku nak berjoget dengan mee kari ni. ish awak ni! saya nak masaklah. kan tadi awak kata awak nak makan"

"siapa kata aku nak makan tu? masakkanlah saya sup ke apa ke"

bulat mataku dengar perkataan 'sup' tu. gooreng nasi pun aku failed, ni kan pulak sup! tak pasal-pasal jadi sup hangus!

"memilih sangat eh? ni nak makan ke tidak? kalau nak, saya masak mee ni. kalau tidak, pergi mandi sekarang. bau longkang dah saya hidu bau awak ni"

Zaed mencium bajunya. buruk mimik mukanya! hidulah bau kepet sendiiri! aku pulak besarkan mataku bila dia tengok aku. kononnya nak tunjuk kuat depan dia. 

"tak payahlah masak. saya makan kat luar je. makan mee ni pun bukan boleh kenyang. dah! tepi sikit!" Zaed menolak kepala isterinya.

                                                                  *          *          *          *          *

aku dengar bunyi pintu bilikku dibuka perlahan-lahan. cepat-cepat aku pejam mataku. aku tak mahu dia tahu yang aku tengah tunggu dia balik. 

aku terasa bahu ku seperti digoncang-goncang. haila, ni mesti kerja monyet sorang tu. hilang kut hidung dia kalau tengok aku senang.

"nak apa?" dalam keadaan marah pun aku cuba untuk bercakap lembut. mak pesan tak baik tinggi suara dekat suami. berdosa.

" pegi sana" aku menoleh kearah tempat yang ditunjuknya. sofa?

"buat apa? saya tak rasa nak baca majalah tu semua lah"

"no. tidur kat sana. aku nak tidur kat sini"

buntang biji mata aku dengar 'idea' tak bernas dia tu. ewah ewah encik suami, kau ajelah tidur kat sana. kau kan lelaki! 

"hish awak ni!!" aku akur sahaja. malas nak panjangkan lagi isu tak penting ni. kalau aku bantah cakap dia pun, last last dia jugak yang menang. lagipun tiada manfaat tengkar dengan dia ni. saya ulangi. TIADA MANFAAT!

aku bentang tikar di lantai. takut nanti tidur kat sofa, sengal tulang aku nanti. lantai ni luas, boleh lah aku bergolek sana sini. yahooo!

jam menunjukkan pukul 1 malam. tapi mataku masih lagi segar tak nak pejam. aku curi curi pandang suamiku yang sedang lena tidur. idea jahat suda berlegar-legar difikiranku. senyuman jahat juga suda mula terukir. hah kau tunggu Zaed! lihatlah hasil air tangan aku kahkahkah

aku mengambil pen-pen berwarna milikku dan bermula lah sesi melukis di wajah mulus milik encik Zaed. hahaha ambik kau. meh aku 'kacakkkan' lagi wajah kau yang dah kacak tu.


bos jadi suami?!Where stories live. Discover now