BAB 5

27K 788 7
                                    

Aku duduk di ruang tamu menonton drama kegemaranku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku duduk di ruang tamu menonton drama kegemaranku. Mataku memang fokus kat tv, Tapi otak aku bukan main laju lagi berfikir dimana aku nak cari kerja. Pikir pasal kerja, terfikir pulak kejadian seminggu yang lepas. Bukan main lagi nak memilih pekerja yang ikut fesyen. Buka tudung pulak tu. Tah darimana lah dia dapat ajaran tu. Sesat betul.

" Amboi anak mama ni, jauh termenung"

"Eh mak. takdelah. Qisya nonton ni"

"Yalah tu nonton. Mata tu memanglah kat tv tapi mesti Qisya fikir sesuatu kan?"

Mak ni memang boleh baca fikiran oranglah. Aku gelak kecil. Aku memaut lengan ibuku. Nak bermanja manja kejap. 

"Qisya tak dapat kerja lagi mak. Pening kepala Qisya ni.. Tak tahu nak cari kerja kat mana. Sekarang ni bukan senang nak cari kerja."

"Memang lah susah sayang. Susah dapat sebab tak cari. Duk teperap je dekat rumah. Pergilah keluar cari kerja. Kalau ada rezeki, dapatlah tu"

Aku memandang ibuku sambil tersenyum kelat. Bukan tak mahu cari, tapi tak tahu nak cari dekat mana. Heish ni encik Zaed punya pasal lah ni. Kalau lah dia terima aku kerja, mesti sekarang ni aku dah duduk dekat meja PA dia tu. 

Qisya, asyik salahkan orang saja!


Aku keluar mengambil angin pada petang itu. Angin lembut yang menerpa wajahku betul betul menyamankan aku. Aku duduk memeluk lutut dan mata aku pejamkan lalu senyum ku ukir. Hilang sekejap masalah yang aku alami sekarang. 

"Hey"

Aku membuka mata. Excuse me? Siapa pulak yang berani ganggu ketenteraman Puteri Qisya ni?

"Sayalah" Lelaki itu membuka kaca mata hitamnya. Aku pula dah macam kena renjatan elektrik, laju aja berdiri. Dalam 7 juta manusia kat bumi ni, kenapalah aku kena menghadap monyet sorang ni?! Lepastu bukan main santai lagi dia duduk kat tepi aku. Kacau mood orang betullah dia ni! 

"Lama takjumpa" Ucap encik Zaed.

"Tak jumpa langsung pun tak apa" Agak perlahan suaraku tapi telinga mamat sorang ni memang tajam betul kut.

"Amboi garangnya"

Aku diam.

"Kerja mana sekarang?"

"Adalah kerja sikit. terlibat dengan oil and gas. Kenapa ya encik?" 

"Wow, hebat awak eh. Kerja kat mana?"

"Kat dapur ajelah!" Ih dia ni tak boleh nak tangkap ke waktu aku cakap 'oil and gas'? Sah sahlah kat dapur aje. Nak perli aku lah tu.

"Kesiannyaaaaa. Padan muka. Siapa suruh taknak kerja kat tempat saya"

Aku menjelingnya tajam."Amboi, bukan kau ke yang nak sangat pekerja 'berfesyen'untuk jadi PA kau. Yalah, aku yang tutup aurat ni kan tak layak kerja kat syarikat besar tu." Sengaja aku tekankan 'tutup aurat' tu. Biar dia ada keinsafan sikit. 

"Amboi perli saya ke?"

"Eh taklah. Saya cakap benda betul ni" aku senyum buat-buat lalu menjelingnya.

"Dah-dahlah tu marah dengan saya. Kerja ajelah dekat tempat saya"

"Encik Zaed, boleh tak jangan nak buat lawak kat sini. Kacau mood betullah"

"Eh taklah. Saya tak buat lawak pun. Saya serius ni. Tak nak kerja kat tempat saya ke?"

Ada jugak yang makan pasir ni! Sajalah tu nak kenakan aku. Kali ni nak bagi syarat apa pula? Kecik besar kecik besar aja aku tengok dia ni!

"Takpalah encik" 

"Tentang hari tu, saya minta maaf. Saya saja je nak test pekerja baru saya ni. Tak sangka pulak senang sangat naik angin. "

Aku memandangnya. Nak test? Jadi semua syarat nonsense tu sekadar test jelah? Gila punya orang.

"Bukannya cara pemakaian saya ni tak sesuai ke?" Aku tersengih memandangnya. Padan muka kena perli!

"Dah dah lah tu perli saya. Saya tau saya salah. Mesti awak fikir saya ni bos yang sesat jalan kan. "

YA MEMANG PUN SAYA TEFIKIR MACAM TU!. Tau pulak dia baca fikiran orang ya. Bravo!!!

" Im so sorry. Saya sangat perlukan PA sekarang. So kalau awak sudi..."

Aku senyum sinis. Ha tulah padan muka. Kang aku juga yang kau cari.

"Kita tengoklah nanti macam mana" Saja nak jual mahal. Biar serik sikit mamat ni.


bos jadi suami?!Where stories live. Discover now