BAB 16

23.1K 596 15
                                    

Zaed mengambil tempat duduk dihadapanku. aku mencuri-curi tengok wajahnya. agak tenang. aku menarik nafas panjang dan mencedokkan nasi goreng kepinggannya.

belum sempat nasi goreng itu sampai di pinggan, dia menarik pinggannya sambil memandangku tajam. aku mengetap bibir. haih aku ingat angin dia baik harini.

"mak, Qisya pergi kerja dulu" aku menyalam tangan mertuaku.

"eh Qisya tak sarapan dulu ke?"

"taklah mak. nanti Qisya makan kat luar"

" yelah. Qisya pergi kerja dengan Zaed ajelah ya? jimat sikit tak payah bayar tambang bas. lagipun kamu berdua ni satu pejabat."

aku memandang Zaed. dia memberi isyarat agar aku tidak bersetuju dengan cadangan mak. 

'aku taulah!'

"takpelah mak. lagipun Qisya nak cepat ni. Qisya pergi dulu, assalamualaikum"

setelah pasti kelibat menantunya sudah hilang dari mata. Puan Risma menepuk bahu anaknya. terkejut Zaed.

"kamu jangan ingat mak tak tahu kamu larang Qisya pergi kerja dengan kamu." Zaed berhenti menyuapkan makanan. as always, mak asyik nak bela Qisya je!

"Zaed tak selesa lah mak duk sekereta dengan dia tu"

"tak selesa apanya? kamu kena ingat, kamu tu suami dia. dan dia tu isteri kamu. jangan Zaed buat macam dia tu tak wujud dalam rumah ni." Puan Risma menasihati anaknya dengan lembut. dia tahu anaknya tidak suka dengan Qisya. mereka kahwin pun bukan atas dasar cinta. tapi atas persetujuan dia dengan mak Qisya. tapi sekarang Qisya sudahpun menjadi tanggungjawab Zaed. jadi Zaed perlu menjalankan tanggungjawabnya itu.

"mak, please. Zaed tak nak langsung pun kahwin dengan dia tu. mak yang nak sangat Zaed kahwin dengan dia kan? jadi mak je lah yang layan dia macam ratu kat dalam rumah ni" Zaed mengeluh perlahan. dia meninggalkan meja makan dan berangkat ke pejabat. tidak betah rasanya duduk disitu semata - mata untuk dengar tentang Qisya, Qisya dan Qisya!

sampai sahaja Zaed di pejabat, Qisya terus menjalankan tugasnya seperti biasa. dia meneliti setiap schedule bos nya dalam iPad. Zaed hanya mengangguk dan meminta Qisya untuk keluar.

"err, bos.."

"keluar"

'huh sabar Qisya.'

"ni ada kad untuk bos"

aku menghulurkan kad itu kepadanya, namun tiada sambutan. aku pun letak diatas mejanya.

"dari siapa?"

"kalau tak silap nama dia Ani." aku berpura-pura tidak kenal dengan perempuan itu. aku tidak mahu Zaed tahu yang aku kenal siapa Ani. 

  "Ani?" aku mengangguk. aku perasan ada riak terkejut di wajah Zaed. mungkin dia takut rahsia yang dia simpan selama ni terbongkar. tch!  

pagi tadi Ani ada datang ke pejabat. aku masih ingat lagi wajahnya. waktu itu aku tengok dia sedang berbual dengan Zaed di majlis kahwin tempoh hari. walaupun dah sebulan berlalu, rupa parasnya masih segar di fikiranku. Ani pula hanya menghulurkan kad itu tanpa banyak bicara. mungkin dia tidak tahu aku ni isteri Zaed. fuhh! nasib.

"saya keluar dulu bos"

Zaed membuka kad itu. 

'sayang, harini I kena fly pergi China. maybe satu bulan I kat sana. ada site kat sana yang I kena tengok. nanti sampai sana I contact you ya?' 

Zaed memandang kad itu dengan perasaan yang bercampur-baur. Ani sering memberitahunya last minute. itu adalah satu sikap Ani yang Zaed tidak suka. Ani selalu membuat keputusan sendiri. dia mencampak kad itu ke dalam tong sampah.

'Ani ni pun satu, tak boleh ke call je aku bagitahu benda ni? nasib baiklah Qisya tu tak tau awak siapa' Zaed mengeluh perlahan.


                                                 *          *          *          *          *          *        *

aku makan mee goreng basah dengan penuh selera. apa tidaknya, dari pagi tadi perut tak berisi. bila jumpa makanan, gelojoh lah jawabnya.

dalam aku tengah asyik menikmati makananku, seorang lelaki menarik kerusi dihadapanku dan dengan tanpa rasa bersalahnya di duduk memandangku. 

aku memandangnya pelik. aku mengangkat kening. siapa dia ni?

"tak payah lah buat muka macam tu. ni Mirul lah." dia menepuk-nepuk dadanya. aku cuba mengingat kembali. Mirul mana eh? agak lama aku mengingat.

"oh Amirul kawan Zaed kan? Ya Allah, maaflah Mirul. saya ni pelupa sikit" 

Mirul hanya ketawa melihat reaksi Qisya. comel

"awak buat apa kat sini?"

"aik kenapa? saya tak boleh ada kat sini ke cik Qisya oi?" 

aku mengecilkan biji mataku memandangnya. ek eh dia ni aku tanya betul-betul.

"taklah. terkejut saya ada orang tiba-tiba duduk depan saya ni. ingatkan orang nak culik saya tadi"

"awak ni Qisya, takkanlah saya nak culik isteri orang. kalau betul saya nak culik pun, saya culik cara baik tau." Amirul ketawa. aku hanya tersengih. kau culik aku cara baik pun tetap 'culik' jugak encik oi.

"Ahad ni awak free tak?"

aku teragak-agak untuk menjawab. kenapa dia tanya? dia nak ajak aku date ke? ewah ewah Qisya gatal!

"free kut. kenapa ya?"

"saya ingat nak ajak awak jalan-jalan"

aku memandangnya. lelaki kat depan aku ni tak tahu ke yang aku ni dah jadi isteri orang? kalau orang nampak aku berdua dengan lelaki sedangkan aku sudah bersuami, mesti pelbagai fitnah tentang aku akan tersebar.

"bukannya nak menolak Mirul, tapi awak tahulah kan saya ni dah ada suami. saya kena jaga maruah dan imej saya sebagai isteri orang. maaf" aku senyum tunjuk gigi. harap dia tak kecil hati.

Mirul tersengih malu. dia tahu yang pelawaannya itu pasti akan ditolak. tapi dia tetap juga mahu mengajak. katanya belum cuba, belum tahu.

"Qisya, ni kad saya. anything just call me okay? I got to go. see you" 

aku sekadar mengangguk. habis sahaja makan, aku meneliti kadnya. Amirul Farhan. aku tersenyum sendiri. entah kenapa sikap peramah yang ditunjukkan oleh lelaki itu sejak di majlis kahwin tempoh hari amat menyenangkan hatiku.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

YEY Amirul muncul lagi. heheheh. 

thankyou guys sebab baca dan vote cerita ni. sayang semua!

bos jadi suami?!Where stories live. Discover now