t i g a

952 140 6
                                    

Aku terus menerpa ke arah Park Hanseong bila terlihat kelibatnya memasuki perkarangan kolej. Sudah lama aku berdiri di semata-mata menunggu kedatangannya. Tapi dia berlagak selamba sahaja melihat aku.

Tak guna punya lelaki!

“Hanseong.” Aku mendepakan tangan, menghalang perjalanannya. “Kita perlu bercakap.”

Dia menjungkitkan keningnya sebelah, sambil mata dia meneliti aku atas ke bawah. “Soal apa?”

“Apa yang awak lakukan ke atas saya, malam itu? Ah, terus terang sahajalah, awak sentuh saya?”

Entah kenapa, Hanseong tersenyum lebar. “Oh, soal itu. Kenapa,” Dia menunduk ke paras bahu aku sedikit. “Kau mahukannya sekali lagi?”

“Biadap! Apa kau cakap?!” Kesabaran aku sudah semakin menipis, ditambah lagi dengan sikapnya yang seolah-olah tidak bertanggungjawab itu.

“Hey, bertenanglah.. Aku cuma tanya saja. Jadi, apa yang kau mau cakap sebenarnya? Cepat, aku tak ada banyak masa untuk hadap kau.”

“Aku cuma mahu kepastian, betul kau yang hantar aku malam itu, dan kau.. apakan aku?”

Dia menarik nafas dalam dan helanya perlahan. Rambutnya dia kuakkan ke belakang. “Inilah apa yang aku tak suka tentang perempuan, perempuan selalu gelabah tidak tentu hala. Iya, aku yang hantar kau malam itu, dan iya sekali lagi, aku sentuh kau. Ternyata kau masih dara, beruntung aku terima dare Chen.”

Mendengarkan kejujurannya itu, membuat aku dilanda amarah, sedih, segala perasaan yang berbaur. Sehingga aku mendapati yang genggaman tangan aku bergetar menahan kecamuk emosi.

“Begitu murah kau pandang maruah aku. Kau ingat aku ini patung atau apa? Aku bukan bahan ujikaji, sekalipun bukan benda yang boleh dipertaruhkan dalam permainan bodoh itu! Aku ada harga diri! Kau ingat semudah itu kau boleh hancurkannya?!”

Hanseong mendengus perlahan. “Mudahlah, sebab aku sudah lakukannya pun. Kau itu pun, janganlah berlagak seperti suci sangat. Konon tidak suka bergaul dengan lelaki, hasilnya malam itu kau yang terlebih teruja mahukan sentuhan aku.”

“Kurang ajar kau!” Aku layangkan penampar untuk menampar wajahnya kerana kesabaran aku sudah habis. Aku ingin memberikan rasa yang sama pada wajahnya sepertimana hati aku rasakan saat ini. “Jaga percakapan kau, jangan samakan aku dengan perempuan yang selalu kau tiduri sebelum ini. Aku bukan perempuan murah!”

“Oh..” Dia menganggukkan kepalanya sambil tangannya mengusap pipinya yang terkesan tamparan aku tadi. “Aku faham sudah apa motif kau. Kenapa tidak katakannya awal lagi? Tidak perlulah buat drama murah di sini.”

Aku terkedu mendengarnya. Apa maksud dia?

Tangannya laju menyeluk sesuatu di belakang seluarnya, dan dia mengeluarkan dompet kulit. Sejumlah wang dia tarik keluar lalu diletakkan ke dalam tangan aku, tidak sempat aku mengelak. Mata aku terkerdip-kerdip memerhatikan tindakannya. Lidah aku terkelu.

“Ini ada sejumlah wang, rasanya cukup gadis kelas bawah macam kau. Dan, aku ada lebihkan sedikit, manatahu kau mengandungkah, boleh gunakannya untuk biaya pengguguran kandungan.” Sambungnya lagi, sebelum dia membuka langkah untuk berlalu.

Pipi aku rasa ditampar kuat dengan kata-katanya itu. Naik turun dada aku menahan kemarahan yang membuak-buak. Walaupun sekerasa mana aku menahan sebak, akhirnya aku tewas juga. Setitik demi setitik airmata jatuh membasahi pipi aku yang hangat. Aku melihat sejumlah wang yang berada di dalam tangan aku.

Aku bukan perempuan lemah.

Park Hanseong,” Dia berhenti melangkah bila namanya aku seru. Lalu aku berjalan menghampirinya. “Aku minta maaf.”

Dia beriak hairan. “Untuk?”

“Satu, sebab ini,” Aku lemparkan duit tadi ke mukanya dengan kasar. “Dua, sebab ini!” Aku menumbuk mukanya dengan sepenuh hati dan kekuatan yang aku ada.

Dia terjatuh ke lantai, tepi bibirnya berjaya aku cederakan.

Aku bencikan lelaki!

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat