t i g a l a p a n

448 58 0
                                    

Pili air aku tutup selepas selesai membilas pinggan yang terakhir. Tangan yang basah aku lapkan pada tuala yang disediakan. Banyak kali Mama melarang aku untuk membasuh pinggan, tetapi aku lebih berasa segan dan malu bila hanya berdiam sahaja. Sudahlah makan disediakan, aku dilayan seperti tetamu istimewa, takkanlah hanya setakat mencuci pinggan sahaja pun aku enggan, kan?

“Oh, nampaknya aku lambat datang ya. Tidak sempat berkenalan dengan bakal adik ipar aku.” Satu suara menegur aku. Disebabkan aku masih sibuk menyusun pinggan ke tempatnya, aku hanya menganggukkan kepala tanpa memandang dia.

“I-iya, awak abang Taehyung kah?” Usai bertanya aku menoleh pandang dia. Senyuman yang aku kuntumkan buat dia terus mati. Mata aku membulat besar.

Dia, yang sedang duduk di atas meja bulat tersengih sinis pada aku. “Kenapa dengan muka itu, hah? Tak suka tengok aku?”

“K-kau?” Aku terkaku.

Han Seong, dia. . .abang Taehyung?

Dia tergelak besar secara sarkastik. Aku tahu dia hanya mahu menyindir aku ini. “Wah, terkejut ya? Nampaknya adik kesayangan aku itu belum bagitahu kau lagi tentang aku, kan?” Han Seong menepuk tangannya bersama senyuman sinisnya, sementara aku hanya diam menggenggam penumbuk. “Jadi, macam mana rasanya dapat gunakan orang lain untuk kepentingan kau sendiri, huh? Dasar perempuan, kononnya tak pandang duit aku, tapi. . .heh hipokrit.”

Aku mengetap bibir yang bergetar, menahan kecamuk emosi yang mula tidak stabil. Cuma apa semua ini? Aku mahu bersuara, aku mahu melawan kata-katanya tetapi mulut aku terasa seperti dikunci. Dan yang lebih aku takutkan adalah, aku akan menangis terlebih dahulu sebelum melawan. Kenapa Taehyung tidak pernah menceritakan semua ini pada aku?!

“Taehyung itu, memang bodoh. Tak sangka dia betul-betul kutip sisa dari aku ya. Sanggup dia jadi pak sanggup untuk terima kau yang sudah kotor jadi isteri di—”

“Abang!” Taehyung terus tergesa ke arah aku, lalu menyelindungkan aku di belakang badannya. “Jaga mulut abang.”

“Wah wah, hero sudah datang,” Han Seong berdiri tegak sebelum memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya. “Tahu apa, kamu berdua memang sesuai jadi pasangan. Satu hipokrit, dan satu lagi bodoh.” Dia ketawa besar, lalu membuka langkah ke depan meninggalkan aku dengan Taehyung.

Hati aku betul-betul sakit, sehingga aku rasa sukar untuk bernafas.

“Shin, awak okay? Saya minta maaf, Shin.” Taehyung berpaling pada aku, bahu aku dipegangnya sambil dia mencuba memandang wajah yang aku tundukkan. Mata aku rasa panas dan berair. “Shin, saya bukan bermaksud mahu selindungkannya dari awak, sungguh. Saya cuma, cuma belum dapat masa yang sesuai untuk jelaskan pada awak.”

Tangan Taehyung aku tolak perlahan. “Saya mahu balik.” Usai berkata, aku terus berjalan ke ruang tamu untuk mempamit pulang dari Mama dengan Papa. Jujur, semakin lama aku di sini semakin perit hidung aku rasakan. Bila-bila masa sahaja airmata aku akan jatuh berderai.

Seorang lagi manusia yang berada di ruang tamu membuat aku terkaku.

Jung Eunji.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now