l i m a s e m b i l a n

421 60 0
                                    

Selepas selesai mencuci pinggan dan beberapa kerja ringan yang lainnya, aku berjalan masuk ke dalam bilik. Ibu sudah terlebih dahulu masuk dalam bilik untuk jaga Jungmin. Tadi Min tiba-tiba pitam. Taehyung pula dalam bilik sedang mengemas bagasi kami berdua. Esok pagi kami akan bertolak balik ke rumah Mama. Kerja Taehyung banyak tertangguh. Lebih dua minggu kami di sini, termasuk aku ditahan lima hari dalam hospital tempoh hari.

Masuk sahaja aku dalam bilik, mata aku jatuh pada bagasi yang sudah tersusun kemas di sebelah pintu ini. Aku tersenyum kecil, laju sungguh suami aku ini buat kerja. Taehyung yang sedang termenung ke luar tingkap aku hampiri perlahan-lahan. Dia bukan sedar kehadiran aku di sini.

Aku terus peluk dia dan sembamkan muka pada belakang badannya. Wangi. Aku suka dengan bau wangian Taehyung, lembut sahaja. “Cepat betul awak buat kerja.”

Taehyung tertawa halus. Tangan aku yang sedang peluk perutnya diusap lembut. “Tak banyak pun yang perlu dikemas. Baju kita berdua sahaja pun.”

“Habis itu, kenapa tak tidur lagi? Tak mengantukkah, esok awak drive balik.”

“Sengaja, tunggu sayang masuk,” Dia leraikan ikatan jemari aku, lantas dia tarik aku perlahan ke hadapannya. Kedua pipi aku ditekup dengan tangannya. Senyuman manis tertempel pada wajahnya. “Ada benda saya mahu katakan pada awak.”

Aku kaitkan kedua tangan pada pinggang Taehyung sebelum tersenyum kecil. “Apa dia?”

“Saya minta maaf.”

“Untuk apa?”

Sebelah tangannya dia turunkan pada pinggang aku, sementara lagi sebelahnya bermain dengan juntaian rambut aku. “Sebab saya tak jaga awak baik-baik. Sayang hampir miscarriage, itu sebab kecuaian saya. Doktor bagitahu, sayang stress. Dan, pasal sayang jatuh lagi. . .”

“Tapi saya okay, kan?” Aku cuba tenangkan hatinya. Sejujurnya, aku langsung tak salahkan Taehyung malahan hanya dia yang aku fikirkan sekarang ini.

“Sayang cemburu ya, tengok saya rapat dengan Minra?”

Aku terus mencebik sinis. “Taklah, saya suka. Suka sangat.”

Taehyung tergelak lalu menarik aku ke dalam pelukannya. “Sayang juga awak dengan saya, ya.”

“Eh, siapa cakap saya sayang awak huh?”

“Egonya. . .tapi saya tahu awak penyayang orangnya.”

Aku tersengih malu. Memikirkan yang aku memiliki lelaki budiman seperti Taehyung sebagai suami aku. Hanya aku yang terlambat menyedari dia selama ini. Hanya aku yang terlalu buta. Disebabkan aku tutup hati untuk mana-mana lelaki, aku bencikan lelaki, jadinya aku gagal untuk melihat lelaki sebaik Taehyung. Sekarang aku sedar, bukan semua lelaki buruk. Dan sekarang, aku boleh bergantung pada Taehyung.

“Sayang, jom tidur. Awak tu kena banyak berehat, kesian baby kita.”

Aku hanya menganggukkan kepala sahaja, mengikut langkahnya yang membimbing aku perlahan ke birai katil. Taehyung lunjurkan lengannya dan letakkan kepala aku ke atasnya. Pinggang aku dipeluk erat. Disebabkan saiz katil aku terhad, jadinya kedudukan aku dengan Taehyung betul-betul rapat.

Sumpah, aku tak boleh hentikan senyuman. Lagi-lagi bila Taehyung cium dahi aku, lama. “Good night, sayang.”

“Good night, my beloved.”

Aku tutup mata untuk tidur tapi tak lama kemudian aku sedar semula bila ada sesuatu yang ganggu fikiran aku. Memikirkan yang kami akan pulang ke rumah Mama, dan pasti ada Eunji nanti. .

Wajah lena Taehyung aku tatap lama.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora