e n a m s a t u

415 57 5
                                    

“Empat bulan lebih?!”

Terangkat bahu aku akibat terkejut setelah mendengar jeritan serta merta Mama bila mengetahui usia kandungan aku yang sebenarnya. Mulut aku terkatup rapat, tidak berani hendak bercakap apa-apa. Hanya Taehyung sahaja yang kena cuci telinga dari tadi oleh Mama.

“Tae fikir ini perkara remehkah sehingga perlu diselindungkan dari Mama, huh? Kalau bukan Eunji yang bagitahu, mungkin sampai Shin melahirkan dulu baru kamu bagitahu Mama, kan?” Bebel Mama lagi. Taehyung hanya tersengih-sengih sambil menggaru kepala.

Aku angkat pandangan sehingga mata aku bertembung dengan mata milik Eunji. Dia jungkitkan keningnya sebelah bersama senyuman senget tanda kemenangan. Aku tidak tahulah apa yang sedang dia rancangkan, tapi aku tahu dia bakal rosakkan rumahtangga aku kelak bila aku hanya berdiam sahaja.

“Shin Jung,” Pantas kepala aku tertoleh memandang ibu. Degupan jantung aku tambah laju. “Makanlah, Mama sediakan semua ini khas untuk kamu. .jangan risau sayang, Mama bukan marahkan kamu. Mama marahkan Taehyung sebab buat kamu begini. Mujur budak bertuah ini tahu bertanggungjawab. Kalau tidak. .Mama hempuk dia guna kerusi.”

Aku anggukkan kepala lalu menyuakan beberapa potongan buah-buahan ke dalam mulut. Panjang tangan Mama terus tarik telinga Taehyung yang membuat dia mengadu sakit.

“Dasar budak nakal, suka berahsia dengan Mama. Baru benda bukannya hal kecil, ini penting untuk Mama tahu. Kenapa takut Mama marahkan Taehyung sebab buat Shin begitu sebelum ada ikatan, iya?”

Taehyung tertawa halus lalu meraup mukanya. Bukan hanya Taehyung, aku juga berasa malu yang amat. “Ma. . .janganlah cakap begitu.”

“Apa? Mama cakap betul iya. Patutlah Shin suka makan benda-benda masam, Mama sudah mula syak sejak itu, tahu? Anak bertuah.”

Sejujurnya, aku suka melihat keakraban Mama dengan Taehyung. Iya, walau aku sedia maklum yang Mama hanyalah ibu tiri Taehyung. Tapi Mama jauh lebih terlihat mesra dan rapat dengan Taehyung berbanding anaknya sendiri, Hanseong. Aku bersyukur juga sebab Mama dapat terima aku yang berbadan dua, meskipun diketahui yang aku mengandung terlebih dahulu sebelum kahwin.

Malahan Mama nampak betul-betul bahagia.

Aku belajar sesuatu dari apa yang berlaku, iaitu kejujuran adalah jalan keluar yang terbaik. Sepertimana aku berahsia dari ibu, akhirnya hanya aku yang mendapat masalah dari pembohongan aku itu. Begitu juga dengan Mama, jika dijujurkan lebih awal tetap sahaja keadaannya sama seperti sekarang ini. Hanya ketakutan untuk jujur itulah yang membuat keadaan lebih teruk. Padahal ia tidak seteruk itu.

Namun. . .pembohongan terbesar aku sekarang ini adalah berkaitan bapa kepada anak aku ini. Dia bukan anak Taehyung. Jadi macam mana aku mahu jujurkannya?

Adakah penipuan aku ini akan dimaafkan dengan mudah?

Aku lebih takut sekiranya rahsia ini dibongkarkan oleh orang lain. Dan aku takut jika orangnya itu adalah Eunji sendiri.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now