s e p u l u h

631 87 1
                                    

“Jadi,” Dia memulakan perbicaraan, sempat dia menyisip teh suam miliknya sebelum melanjutkan kata. “Shin sudah graduasi, ya?”

Aku anggukkan kepala. Pandangan aku alihkan ke arah lain pada saat aku perasan yang matanya terfokus pada aku. “Iya, begitulah.”

“Ada perancangan untuk bekerja di mana-mana?” Soalnya lagi, yang aku rasakan begitu menyibuk. Urus sahajalah diri sendiri, mengapa perlu bertanya berkaitan hidup aku.

Aku mengeluh halus. “Buat masa ini, saya masih mencari lagi. Kerja sambilan sahaja sementara menunggu tawaran di syarikat. Rasanya belum ada rezeki lagi, ya encik.”

Dia tertawa mendengar kata-kata aku. Seingat aku tiada juga membuat lawak tadi. “Janganlah terlalu formal, Shin. Saya abang awak juga, tahu?”

Abang?

Wah.

“Kita tidak sebapa dan tidak seibu, jadi macam mana datangnya awak menjadi abang saya?” Sindir aku penuh sarkastik. Tali beg aku kemaskan di bahu, dan berura-ura hendak berlalu. “Saya minta diri dulu, encik. Semakin lama saya di sini, sampai ke malam saya tidak dapat mencari sebarang pekerjaan. Terima kasih untuk minumannya.” Aku menundukkan badan tanda hormat dan segera berlalu.

Tapi dia menahan lengan aku, menghentikan langkah aku serta merta. Aku jadi bengang.

“Awak masih lagi seperti dulu, dingin dengan abang. Dengar sini, Shin,” Aku toleh pandang dia hanya untuk memberikan dia satu jelingan tajam. Menyampah. “Masalah itu cuma di antara ibu awak, ayah dan ibu saya. Janganlah sampai awak pula turut bencikan saya. Kita sama-sama tidak bersalah di dalam hal ini.”

Aku mencebik sinis. “Awak anak kepada si penghancur keluarga bahagia kami. Bagaimana awak boleh tidak bersalah di dalam hal ini?”

“Saya tidak meminta untuk dilahirkan oleh ibu saya, semua ini ketentuan Tuhan. Bagaimana awak boleh membenci saya sedangkan bukan saya yang berkahwin dengan ayah awak?” Dia tergelak di hujung ayatnya. “Mungkin ini kedengaran lucu bagi awak. Tapi percayalah, saya cuma mahu berbaik dengan awak. Apa salahnya kalau saya mahu menjadi abang awak, Shin?”

Aku ketap bibir rapat, memikirkan tentang pernyataannya itu. Bila difikirkan secara rasional, memang aku silap bila meletakkan kesilapan itu pada dia. Sedang ia adalah kesalahan ibunya dan ayah. Aku menundukkan wajah, melihat lengan aku yang digenggamnya.

Aku mendengus. “Boleh lepaskan tangan saya?”

“Oh,” Minho secepatnya melarikan pegangannya. “Sorry, sorry. Sebenarnya begini, abang ingat mahu ambil Shin bekerja di sini. Di kafe abang ini, itupun kalau Shin tak keberatanlah. Kan, lebih mudah untuk Shin.”

“Kafe ni, awak punya?”

“Iya, jadi awak mahu atau tidak?”

Aku mengemam bibir sebelum menganggukkan kepala secara lambat. Memandangkan ini sahaja peluang terdekat yang aku ada. Sebab jujur, aku sudah penat dan malas mahu mencari yang lain.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now