d u a e m p a t

491 65 0
                                    

Aku mengetap bibir rapat.

Jantung aku berdegup hebat sementara seluruh tubuh aku terasa menggeletar sebab gementar. Jari-jemari aku tidak henti-hentinya bergerak menandakan yang aku benar-benar gelabah dan takut. Mata dipejamkan semasa tangan aku menggenggam test pad yang baru sahaja aku beli tadi.

Aku bukannya terlalu bodoh sehingga tidak dapat mengecam perubahan drastik yang berlaku ke atas diri aku sejak belakangan ini. Mual dan loya, selain kelelahan yang melampau. Cuma satu sahaja yang terlintas di dalam fikiran aku, iaitu aku mengandungkan anak Hanseong.

Oh Tuhan, janganlah. . .

Aku tidak mahu, sungguh.

Aku menggigit bibir, sambil mencelikkan mata perlaha-lahan. Test pad yang berada di dalam tangan aku angkat sedikit demi sedikit, lalu ibu jari aku yang menutup bahagian pentunjuknya aku alihkan sehingga garisan merah kelihatan. Melihatkan sahaja berapa garis yang tertera, hati aku terasa sakit dan hancur. Disebabkan emosi aku berterabur, aku terus melemparkan test pad itu ke dinding lalu aku menjerit penuh frustasi.

( || ‘positif’ )

Aku tidak boleh terima semua ini!

Aku tidak mahukan semua ini!

Aku tidak mahu anak ini!

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now