e n a m e m p a t

429 55 1
                                    

click!

Aku mendengus perlahan, fokus aku mencari nama yang sesuai untuk baby jadinya terganggu. Aku tenung tajam lensa kamera Taehyung tanda geram. Dia tak habis-habis ambil gambar aku. Rupanya selama ini kalau aku tidur, atau bila-bila sahaja tanpa aku sedari dia ambil gambar aku. Banyak. Aku pernah tengok koleksi gambarnya sebelum ini.

Hampir semuanya dipenuhi dengan muka aku.

“Sudahlah tu, Tae. . Awak tak habis-habis ambil gambar saya terus. Saya tak boleh fokus cari nama baby.”

Taehyung tersenyum sambil menghampiri aku yang sedang duduk berlunjur di atas katil. “Sayang mahu tahu kenapa saya selalu ambil gambar sayang?”

Aku pegang pipinya, tersenyum kecil. “Kenapalah?”

Because i could watch you for every single minute, and find a thousand things that i love about you.” Aku tahan senyuman, mendengar bait kata yang meluncur keluar dari bibirnya, terlalu manis. Suaranya yang serak basah itu buat perut aku rasa bergeloncak tak tentu arah.

Aku terkelu lidah, tak tahu hendak membalas apa. Mata aku hanya meneroka setiap sudut wajahnya, dari mata, hidung, pipi dan akhirnya bibir kemerahannya itu. Rasa geram melihatnya, jari aku bergerak ke situ untuk menyentuhnya.

“Kenapa?”

“Geram saya dengan bibir awak.”

Dia tergelak halus. “Kenapa pula geram?”

“Sebab bibir ini, selalu cakap benda manis. Jadi saya geram,” Jari aku masih lagi bermain dengan bibirnya. Ada satu perasaan yang buat aku semakin geram dengannya. Jadi tanpa rasa malu, aku lekapkan bibir pada bibirnya sekilas. “Geram sangat.”

“Hm. .” Taehyung menggumam, ekspresinya seperti sedang berfikir. “Patutkah saya terus-menerus cakap benda manis. Mungkin saya dapat ciuman hari-hari dari sayang.”

Aku tergelak mendengarnya. “Mengadanya. . . Ini, tolong saya cari nama untuk baby. Saya tak tahu mahu pilih yang mana satu.”

Taehyung terus bangun, lalu mengambil tempat di sebelah aku. Matanya turut memandang ke arah skrin telefon aku yang terdapat banyak senarai nama bayi. Dia menggumam membaca nama-nama tersebut.

“Oh, kita letak nama Kim Jaehyun. Macam mana?” Tanya Taehyung setelah beberapa minit berfikir.

“Kim Jaehyun?”

“Iya gabungan nama kita berdua tahu.”

Aku kerutkan dahi. “Macam mana pula boleh jadinya dari nama kita berdua?”

“J dari nama sayang, Jung. Aehyun itu pula, dari nama saya.” Terangnya bangga sambil tersengih lebar.

Aku mencebik. Tidak puas hati. “Kenapa pula ambil satu huruf sahaja dari nama saya sedangkan hampir kesemuanya dari nama awak? Mana adil.”

Taehyung pula hanya ketawakan aku sahaja. Bertuah punya suami. Nasib aku sayang, kalau tak sudah lama aku tolak jatuh dari katil. Baru sahaja aku cubit pipi dia bila telefonnya tiba-tiba berdering. Panggilan itu disambut, lalu dia menjauhi aku. Bercakap secara senyap.

Aku jadinya tertanya-tanya, siapa agaknya pemanggil itu iya?

Tidak lama kemudian, dia kembali pada aku lalu mencium dahi aku. “Saya mahu keluar sekejap, sayang tidurlah dulu iya?”

Mata aku terus melihat jam, pukul sembilan malam. Cuma ada apa sebenarnya yang terjadi? Aku baguskan kedudukan duduk, memerhatikan Taehyung yang mula bersiap. Jam tangan dia lilitkan pada pergelangan tangan, lalu menyarungkan jaket denim pada tubuhnya.

“Awak mahu ke mana sebenarnya? Sekarang kan sudah malam.”

Urm, ada urusan dengan kawan sekejap sahaja. Sayang tidur dulu ya, jangan tunggu.” Balasnya lalu terus berjalan keluar dari bilik.

Hati aku berasa tidak sedap.

*****

[DIBUKUKAN] An Endless Love ✔Where stories live. Discover now